07/03/2026
🏆 FULL TIME: Moyan Alpha FC 7 – 3 Borneo Kickers FC
📅 Friday | 06 March 2026 | Cascara Arena
Alhamdulillah! Moyan Alpha buktikan semangat dan kerjasama padu malam tok. Berikut ulasan permainan:
Set 1: Menang tipis 1-0. Gol penalti dari Naim Gonzalez selepas pemain Moyan Alpha dijatuhkan dalam kotak penalti. Permulaan yang mantap, tapi masih perlu fokus lebih konsisten.
Set 2: Moyan Alpha melebarkan jurang 4-1 dengan gol Muqrinho, A-Pitõ, Põkō dan Denelito. Team menguasai pertahanan dan serangan dengan konsisten, tunjuk kematangan di padang.
Set 3: Borneo Kickers cuba menyerang dari pelbagai arah, tapi pertahanan Moyan Alpha kekal teguh. Gol tunggal set ini dari Ajimão, memastikan kemenangan berpihak kepada kita.
Set 4: Moyan Alpha mula selesa dengan jurang jaringan. Tersilap sikit hingga kebobolan 2-1, tapi Põkō menambah satu jaringan lagi untuk Moyan Alpha.
🔥 Tahniah kepada semua pemain yang bagi komitmen penuh!
⚽ Gol malam tok: Naim Gonzalez, Muqrinho, A-Pitõ, Põkō, Denelito, Ajimão.
Satu Moyan, Satu Jiwa, Satu Padang! 💚