Sepak Takraw SSN Sarawak

Call Website

Sepak Takraw SSN Sarawak Pasukan Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak)

13/09/2026

Pemakluman dan Hebahan

Kenyataan Rasmi
Pembukaan Semula Sekolah-Sekolah Terjejas Jerebu Di Daerah Serian

13 September 2026

Pejabat Pendidikan Daerah Serian

13/09/2026
13/09/2026

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH! ✨📚

Warga SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak) mengucapkan Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua atlet murid selaras dengan pengoperasian semula sekolah-sekolah terjejas akibat jerebu.

Semoga semua murid kembali dengan selamat, semangat baharu, azam yang lebih tinggi dan tekad untuk terus mencipta kecemerlangan dalam akademik, sahsiah serta sukan. 💪📖🏆

Sepanjang berada di sekolah, marilah kita bersama-sama menjaga keselamatan dan kesihatan. Gunakan pelitup muka apabila perlu, minum air secukupnya, kurangkan aktiviti luar terutama ketika cuaca panas atau berjerebu, dan sentiasa berada di kawasan yang selamat serta terlindung.

🎓 Disiplin Teras Kejayaan
❤️ Kesihatan Tanggungjawab Bersama
📖 Fokus Pembelajaran Capai Potensi
🏆 Sukan Melahirkan Juara
👨‍👩‍👧‍👦 Sekolah Kita Keluarga Kita

“Sekolah Selamat, Murid Sihat, Pembelajaran Berkualiti, Masa Depan Gemilang.”

Ayuh kita melangkah bersama dengan penuh keyakinan untuk meneruskan perjalanan menuju kecemerlangan.

SSN SARAWAK NO. 1, YES WE CAN!
BERSATU HATI • MELANGKAH PASTI • MENJULANG PRESTASI




🖤♥️💛
13/09/2026

🖤♥️💛

01/09/2026
01/09/2026

Keputusan Penuh | U12 - Antara Regu
Separuh Akhir akan dijalankan pada Rabu, 2/9/2026

SYABAS & TAHNIAH!Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada 11 orang atlet murid Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (Sekolah Su...
27/08/2026

SYABAS & TAHNIAH!

Setinggi-tinggi syabas dan tahniah kepada 11 orang atlet murid Sepak Takraw SMK Tabuan Jaya (Sekolah Sukan Negeri Sarawak) yang terpilih mewakili Kontinjen Sarawak ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2026.

Kejayaan ini merupakan kebanggaan buat pasukan kita serta hasil daripada usaha gigih, disiplin, komitmen dan semangat juang yang tinggi sepanjang menjalani latihan dan pertandingan.

Seluruh warga SMK Tabuan Jaya mendoakan agar semua atlet diberikan kesihatan, kekuatan, keyakinan dan ketenangan sepanjang kejohanan. Berjuanglah dengan sepenuh hati, junjung tinggi semangat kesukanan dan berikan yang terbaik demi Sarawak!

📅 28 Ogos – 3 September 2026
📍 Centre Court Paroi, Negeri Sembilan

🔥 SSN SARAWAK, YES WE CAN!
Bersatu Hati • Melangkah Pasti • Menjulang Prestasi

🦅 SARAWAK… FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH!
Agi Idup Agi Ngelaban, Ooohaa…!

Semoga pulang membawa kejayaan, pengalaman berharga dan kebanggaan untuk Sarawak! 💪🏆

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2026Selamat berjuang dan Semoga Berjaya buat seluruh K...
27/08/2026

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MAJLIS SUKAN SEKOLAH MALAYSIA (MSSM) TAHUN 2026

Selamat berjuang dan Semoga Berjaya buat seluruh Kontinjen Sepak Takraw Sarawak yang akan membawa cabaran Bumi Kenyalang ke Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) Tahun 2026.

📅 28 Ogos – 3 September 2026
📍 Centre Court Paroi, Negeri Sembilan

Berjuanglah dengan penuh semangat, disiplin dan keyakinan. Pamerkan kemampuan terbaik, kekalkan fokus dalam setiap perlawanan dan junjung tinggi semangat kesukanan. Jadikan setiap libasan, rejaman dan hadangan sebagai bukti keberanian serta tekad anak Sarawak!

Semoga segala usaha, latihan dan pengorbanan selama ini diterjemahkan dengan prestasi terbaik dan kejayaan membanggakan. Kami di Sarawak sentiasa mendoakan perjuangan kalian. ❤️💛🖤

Bawa semangat Bumi Kenyalang ke gelanggang MSSM!
🔥 SARAWAK… FLY KENYALANG FLY, FLY HIGH! 🔥
💪 AGI IDUP AGI NGELABAN… OOOHAA!

SARAWAK BOLEH! 🏆
SEPAK TAKRAW SARAWAK BOLEH! 🏆

Address

SMK Tabuan Jaya, Jalan Wan Alwi
Kuching
93350

Opening Hours

Monday 07:00 - 18:00
Tuesday 07:00 - 18:00
Wednesday 07:00 - 18:00
Thursday 07:00 - 18:00
Friday 07:00 - 18:00

Telephone

+6082364936

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Sepak Takraw SSN Sarawak posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share