25/10/2023
Assalamualaikum dan salam segayong.
Bagi memberi peluang kepada anak-anak Gayong Sarawak untuk terus maju ke hadapan, pihak pertubuhan akan menghantar 20 orang atlet untuk di ketengahkan ke peringkat PSSGM Kebangsaan pada pertandingan KEJOHANAN SILAT REMAJA PSSGM KEBANGSAAN yang akan berlangsung pada 3- 5 November 2023 bertempat di Wisma PSSGM Kebangsaan di Ampang.
Bagi Tujuan tersebut, sejumlah RM 20,000.00 diperlukan untuk membawa pasukan (anak-anak muda Sarawak) bagi memenuhi matlamat Silat ini dalam melahirkan lebih ramai atlet-atlet yang berpotensi untuk diketengahkan dalam podium.
Oleh itu, pihak pertubuhan dengan ini memohon bantuan kepada anak-anak Gayong Sarawak khususnya untuk sama-sama menyumbang bagi memastikan seluruh perjalanan program ini dapat dipenuhi. Semoga setiap sumbangan kita akan menjadi satu amal kebajikan yang berpanjangan kepada agama, bangsa dan negara kita.
Bantuan boleh disalurkan ke :
PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG SARAWAK
BANK KERJASAMA RAKYAT (BKRM)
11-0126299-1
sila tulis
ref
Semoga Allah membalas jasa baik semua dengan sesuatu yang lebih baik. Aminn..