26/08/2026
⚽️🔥 BANGGA WARGA DR FC! 🔥⚽️
Setinggi-tinggi tahniah kepada Dr Al Hafiz, yang mencipta satu lagi sejarah membanggakan apabila menjadi ahli DR FC yang keempat mendapat pengiktirafan dan kepercayaan daripada pasukan bola sepak tanah air di pentas Liga Super.
Beliau kini secara rasmi menyertai Kelantan Red Warrior FC sebagai Pakar Rujukan Sport Related Injury(Medical Doctor Team).
Pelantikan ini membuktikan bahawa ahli DR FC bukan sahaja bersemangat dan berkaliber di atas padang, malah turut mampu menyumbang kepakaran profesional dalam arena bola sepak negara.
Semoga Dr Al Hafiz terus cemerlang dalam menjalankan amanah, menjaga kebajikan serta kesihatan para pemain, dan membawa nama DR FC ke tahap yang lebih tinggi.
Tahniah dan selamat maju jaya, Dr Al Hafiz!
Kami seluruh keluarga DR FC amat berbangga dengan pencapaian ini. ❤️⚽