Bukit Galing Golf Club

Bukit Galing Golf Club Dibangunkan sejak 1991, BGGC kini turut memiliki Mini Driving Range.

Bukit Galing Golf Club (BGGC) sebelum ini dikenali sebagai Galing Golf & Recreation Club (GGRC) merupakan padang golf 9 lubang yang terletak di Markas Briged Tenggara PGA, Kuantan.

KEJOHANAN GOLF MONTHLY MEDAL BUKIT GALING GOLF CLUB (BGGC)Pada 24 September 2022, BGGC telah mengadakan Kejohanan Golf M...
24/09/2022

KEJOHANAN GOLF MONTHLY MEDAL BUKIT GALING GOLF CLUB (BGGC)

Pada 24 September 2022, BGGC telah mengadakan Kejohanan Golf Monthly Medal dan disertai seramai 22 orang pemain.

Selain Pegawai Kanan Polis, Pegawai Rendah Polis dan pesara, kejohanan kali ini turut disertai oleh YDH SAC Dato' Hasan Basri bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara PGA, DSP Ku Majidin bin Che Ku Jusoh, Penolong Pegawai Pemerintah BN7 PGA dan DSP Nor Azman bin Paimin, Kapten BGGC.

Kejohanan ini bertujuan melahirkan pemain-pemain baru bagi mewakili Briged Tenggara ke Kejohanan Golf Piala Ketua Polis Negara pada masa akan datang. Selain itu kejohanan juga bertujuan mengeratkan ukhwah dan silaturahim di kalangan ahli-ahli BGGC.

12/07/2022

Flight AJK GGRC yang turut memeriahkan mini game semasa Klinik Pembangunan Sukan Footgolf 2022 Peringkat Negeri Pahang di GGRC.

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN FOOTGOLF 2022 PERINGKAT NEGERI PAHANGKuantan - Pada 17 hingga 18 Jun 2022, Kementerian Belia da...
12/07/2022

KLINIK PEMBANGUNAN SUKAN FOOTGOLF 2022 PERINGKAT NEGERI PAHANG

Kuantan - Pada 17 hingga 18 Jun 2022, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah menganjur Klinik Pembangunan Sukan Footgolf 2022 peringkat Negeri Pahang di Galing Golf and Recreation Club (GGRC), Markas Briged Tenggara, Kem Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing.

Klinik tersebut merupakan anjuran bersama KBS bersama Footgolf Malaysia dan telah dirasmikan oleh YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Turut hadir ialah SAC Dato' Hasan Basri bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara PGA bersama Tuan Mohd Arizan Rozaid dan Puan Nor Dalilah binti Haji Ahmad Tajuddin, Pegawai Penyelaras KBS Negeri Pahang.

Klinik ini diadakan bagi memberi pendedahan, promosi dan mengembangkan potensi serta minat peserta terhadap sukan footgolf yang telah dimodenisasi daripada sukan golf. Klinik ini telah disertai seramai 40 peserta termasuk 5 peserta wanita dari Batalion 7 PGA, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah (Polisas), Akademi Bolasepak Negara Mokhtar Dahari dan Pusat Tahfiz Kuantan.

Tenaga pengajar p**a terdiri dari En. Jeffrey Dean (Jeffrey Cottam), pengasas Footgolf Malaysia dan En. Hafiz Zainuddin.

Hasil daripada klinik tersebut juga, pihak KBS dan Footgolf Malaysia berhasrat untuk merintis usaha bagi menjadikan GGRC sebagai padang footgolf pertama di Negeri Pahang dan Pantai Timur.

- Mohamad Idris Abdul Majid (MIAM)

KEJOHANAN GOLF PIALA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 7 PGAKejohanan yang diadakan di GGRC pada 8 April 2021 ini telah dirasm...
11/04/2021

KEJOHANAN GOLF PIALA PEGAWAI PEMERINTAH BATALION 7 PGA

Kejohanan yang diadakan di GGRC pada 8 April 2021 ini telah dirasmikan oleh DSP Ku Majidin bin Che Ku Jusoh, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA. Kejohanan edisi kedua ini telah disertai seramai 32 orang pemain dan Pasukan Ibu Pejabat Batalion 7 PGA telah dinobatkan sebagai Johan.

Fairway dan Tee Box baru yang sedang disiapkan...
11/04/2021

Fairway dan Tee Box baru yang sedang disiapkan...

Permandangan dan layout GGRC...
11/04/2021

Permandangan dan layout GGRC...

KEJOHANAN GOLF GGRC SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-214 Pada 10 April 2021 jam 0730hrs, YDH SAC Hasan Basri bin Ahmad S...
11/04/2021

KEJOHANAN GOLF GGRC SEMPENA PERINGATAN HARI POLIS KE-214

Pada 10 April 2021 jam 0730hrs, YDH SAC Hasan Basri bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara PGA telah menyempurnakan perasmian Kejohanan Golf GGRC Sempena Peringatan Hari Polis Ke-214. Kejohanan yang diadakan di Galing Golf & Recreation Club telah disertai seramai 18 orang pemain. Kejohanan turut dihadiri oleh ACP Hj. Sanudin bin Md. Isa, Timb. Komander Briged Tenggara PGA dan DSP Ku Majidin bin Che Ku Jusoh, Penolong Pegawai Pemerintah Batalion 7 PGA.

MAJLIS PERASMIAN GALERI & FAIRWAY BARU GGRCPada 18 Mac 2021, Dato' Seri Abd Rahim bin Jaafar, Pengarah JKDNKA telah meny...
09/04/2021

MAJLIS PERASMIAN GALERI & FAIRWAY BARU GGRC

Pada 18 Mac 2021, Dato' Seri Abd Rahim bin Jaafar, Pengarah JKDNKA telah menyempurnakan Majlis Perasmian Galeri & Fairway baru GGRC dengan disaksikan oleh YDH Dato' Kasuahdi bin Haji Ali, Timb. Pengarah JKDNKA dan SAC Hasan Basri bin Ahmad Safar, Komander Briged Tenggara merangkap Penaung GGRC.

Address

Markas Briged Tenggara & Batalion 7, Pasukan Gerakan Am, Kem Bukit Galing
Kuantan

Opening Hours

Monday 07:00 - 19:00
Tuesday 07:00 - 19:00
Wednesday 07:00 - 19:00
Thursday 07:00 - 19:00
Friday 07:00 - 19:00
Saturday 07:00 - 19:00
Sunday 07:00 - 19:00

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Bukit Galing Golf Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Bukit Galing Golf Club:

Share

Category