12/02/2026
SEMPERIT KLASIK: CONFIRM JADI, WANGI & RAPUH😋🔆
Bila nak masuk bulan ramadhan ni… macam biasa dah start busy cari barang raya lah, buat kuih raya lah… Baru tak kalut kan settle semuanya awal awal hehe. Ramadan nanti, biarlah kita fokus pada ibadah, bukan masih kelam-kabut di dapur 🥰💛
Ini resepi semperit klasik yang memang tested & proven.
Teksturnya rapuh, baunya wangi, dan rasanya tak muak. InsyaAllah, konfemm jadi cantik bila dibakar 😋
🧈 Bahan-bahan:
• 250gm buttercup
• ½ cawan gula aising
• 1 sudu kecil esen vanilla
• 1½ cawan tepung gandum
• 1 cawan tepung custard
• 1 cawan tepung jagung
• Pewarna kuning 1 sudu kecil (optional)
Masa mix telur gula semua jangan lama, asal sebati je. Pastu lepas letak semua tepung. Mix je sampai sebati, jangan lama . Kalau doh lekat kat tangan lagi, tambah je gandum sikit sikit sampai tak melekat & doh jangan keras sgt. Kalau keras boleh berderai selepas bakar.
Resepi ini pun saya ambil dari seseorang yang baik hati sudi berkongsi ilmu bakingnya. Jadi saya kongsikan semula di sini, mana tahu bermanfaat dan boleh dicuba juga polej awk yg baca ni 🤍
Ilmu yang dikongsi dengan ikhlas, insyaAllah akan berpanjangan kebaikannya. Selamat mencuba, semoga dapur wangi dan hati pun senang 😍😍🫰🏻