09/08/2026
Sebahagian gambar yang sempat diambil sempena penyertaan pasukan U12 SK Pekan Menumbok dalam Kejohanan MSSD Kuala Penyu tahun 2026.
Pasukan hanya berjaya menamatkan saingan sehingga peringkat kumpulan sahaja dengan 1 kemenangan, 2 seri dan 1 kekalahan.
Walaupun tidak berjaya lolos ke pusingan kalah mati dan mempertahankan kejuaraan, pasukan yang baru dibentuk selama 4 minggu ini menunjukkan prestasi yang positif untuk memberi cabaran dalam kejohanan yang akan datang.
Pengalaman berharga buat 11 orang pemain U11 daripada kesemua 15 pemain yang juga adalah permata yang bakal menjadi sandaran SK Pekan Menumbok pada edisi akan datang.
We fall and we rise!!! Trust the process!!!