Liverpool Malaysian Reds - Lmreds

Call

Liverpool Malaysian Reds - Lmreds ""Bukan Hanya Berita – Ini Adalah Perspektif Yang Orang Lain Tak Pernah Kongsi!"


Liverpool FC Analysis, Archives, Opinion, Data, Statistics

TAMAT PERLAWANAN |  Gol Palace : NketiahGol Liverpool : Mac Allister, Wirtz, IsakWirtz tunjuk cara bagaimana sudahkan pe...
08/11/2026

TAMAT PERLAWANAN |

Gol Palace : Nketiah
Gol Liverpool : Mac Allister, Wirtz, Isak

Wirtz tunjuk cara bagaimana sudahkan peluang depan gol kepada Barcola. Barcola p**a tolong tunjuk assist yang betul ke Wirtz.

Di hujung perlawanan, Wirtz memanfaatkan pengetahuan tadi untuk assist kepada Isak untuk selesa di hadapan dengan 3 - 0.

Di masa kecederaan, Palace menjaringkan gol menerusi sepakan penalti.

Penalti yang agak “pelik” kerana Kerkez yang dihantuk. Lebur cleansheet Pak Ali sedangkan hari ini hari dia juga.

Apapun 3 mata dari kota London.

TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA |  Gol Palace : -Gol Liverpool : Mac AllisterPalace lebih agresif, lebih banyak cipta peluang...
08/11/2026

TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA |

Gol Palace : -
Gol Liverpool : Mac Allister

Palace lebih agresif, lebih banyak cipta peluang.

Terkena palang, gol dibatalkan kerana ofsaid.

Tetapi Macca mengambil kesempatan untuk membuat tandukan gol pembukaan di near post hasil sepakan percuma Szoboszlai.

Pak Ali cemerlang dengan menepis 2 percubaan Palace setakat ini.

KESEBELASAN UTAMA | Crystal Palace vs LIVERPOOLIsak - Barcola - Gakpo di bahagian serangan. Harap tiada lagi mistake yan...
08/11/2026

KESEBELASAN UTAMA | Crystal Palace vs LIVERPOOL

Isak - Barcola - Gakpo di bahagian serangan.

Harap tiada lagi mistake yang ketara dari Pak Ali.

MATCHDAY | EPL 2026 2027CRYSTAL PALACE vs LIVERPOOL🗓️ 08 NOVEMBER 2026🕰️ 10.00 MALAM📍 SELHURST PARK, LONDON🎥 Astro Premi...
08/11/2026

MATCHDAY | EPL 2026 2027

CRYSTAL PALACE vs LIVERPOOL

🗓️ 08 NOVEMBER 2026
🕰️ 10.00 MALAM
📍 SELHURST PARK, LONDON

🎥 Astro Premier League 810 / 811

Bradley Barcola : “Saya Akui Ini Bukan Tahap Terbaik Saya”Menurut Barcola menerusi Liverpool Echo : “Saya berfikir ini b...
08/11/2026

Bradley Barcola : “Saya Akui Ini Bukan Tahap Terbaik Saya”

Menurut Barcola menerusi Liverpool Echo :

“Saya berfikir ini bukanlah tahap prestasi terbaik saya”.

“Saya dan rakan sepasukan sama sama membantu untuk mengembalikan prestasi terbaik saya seperti sebelumnya”.

“Saya berfikir selepas kami memahami corak permainan masing masing, keadaan akan menjadi lebih baik”.

“Kesemua individu mula memahami bagaimana saya bermain”.

Namun beliau tidak menyesal meninggalkan PSG untuk ke Liverpool.

“Ianya masa yang tepat untuk tinggalkan PSG”.

“Saya menghabiskan masa di sana dan banyak memenangi piala. Pada mulanya ianya sukar, kerana hubungan kami ibarat satu keluarga dan banyak mencipta momen indah”.

“Tetapi itulah bolasepak. Saya mengimpikan untuk bermain di EPL. Bila Liverpool datang kepada saya, ianya sesuatu yang sukar ditolak”.

“Saya tidak berfikir panjang dan terus menerima tawaran itu. Saya gembira di sini dan harap PSG juga baik baik sahaja”.

Nota Tambahan :

Setakat ini beliau hanya menjaringkan 3 gol hatrik dalam perlawanan menentang LASK. Dan ada beberapa assist.

Liverpool masih dipandang tinggi oleh pemain pemain top di luar. Cuma memerlukan masa.

Sedikit Analisis Mengenai Fenerbahce v LiverpoolKesilapan terbesar yang dijatuhkan hukuman oleh Fenerbahce adalah tiga g...
04/11/2026

Sedikit Analisis Mengenai Fenerbahce v Liverpool

Kesilapan terbesar yang dijatuhkan hukuman oleh Fenerbahce adalah tiga gol dari situasi bola mati.

Sepakan percuma Mason Greenwood;
Situasi sepakan penjuru gol Archie Brown;
Balingan jauh yang disudahkan Muriqi.

Faktor katik atau tinggi bukan punca, organisasi dan tanggungjawab di petak penalti.

Satu situasi ketika Gol Pertama Fenerbahce; Jacquet memalingkan mukanya ke arah lain. Dan bola terkena badan dia. Itu salah satu dosa besar di benteng. Apatah lagi tak tutup anu.

Situasi Gol Kedua Fenerbahce, bola terkena kepala Gakpo di saat Pak Ali keluar dan Archie Brown menolak bola masuk.

Ia bukan silap Pak Ali semata mata, ianya kegagalan seluruh unit pertahanan siapa yang perlu berada di mana ketika situasi itu.

Situasi Gol Ketiga agak menarik. Kegagalan mengawal bola kedua, 3 v 1 dan Muriqi tetap menang duel dan menjaringkan gol.

Tiga pemain tidak semestinya tiga pemain dapat mempertahankan ruang dengan baik. Alisson p**a terlalu statik di gol.

Kesimp**an :

Sebenarnya sistem serangan Iraola bukanlah gagal. Liverpool telah berjaya hasilkan peluang dan menjaringkan gol.

Tetapi yang merisaukan adalah disiplin yang konsistensi untuk mempertahankan kelebihan.

Data Opta mendedahkan Liverpool telah melepaskan 10 gol dalam 4 perlawanan UCL.

Liverpool kini seolah olah hilang fokus jika memperolehi kelebihan. Seolah olah mengejar jaringan sedangkan pada ketika itu leading.

Pasukan yang bersaing di peringkat tertinggi harus mempunyai daya konsistensi bertahan yang tinggi.

Trey Nyoni adalah future Liverpool. Itupun kalau perkembangan dia tak stagnant la.

Adakah ia masalah sistem atau pemain? Kedua duanya.

Liverpool ada pemain yang boleh bina serangan, kawal penguasaan dan hasilkan peluang. Tapi musuh terbesar mereka adalah pengurusan fasa permainan yang berbeza.

Dan persoalan terbesar kita sekarang :

Adakah Liverpool sekarang terlalu obses untuk lebih offensive hingga defending dan defensive transition jadi perkara kedua?

Nota Tambahan :

Kalah pun masih tangga 8 UCL. Bukan 17.

TAMAT PERLAWANAN |  Gol Fenerbahce : Greenwood, Brown, MuriqiGol Liverpool : Nyoni, IsakSelepas Gakpo assist Isak untuk ...
04/11/2026

TAMAT PERLAWANAN |

Gol Fenerbahce : Greenwood, Brown, Muriqi
Gol Liverpool : Nyoni, Isak

Selepas Gakpo assist Isak untuk kembali mendahului, Gakpo assist ke pemain lawan untuk Brown menyamakan kedudukan.

Muriqi menjaringkan gol selepas satu cross lambung ditanduk beliau tanpa ada cabaran.

Kekalahan pertama di UCL.

TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA |  Gol Fenerbahce : GreenwoodGol Liverpool : NyoniTrey Nyoni menjadi pemain muda kedua (19 ta...
04/11/2026

TAMAT SEPARUH MASA PERTAMA |

Gol Fenerbahce : Greenwood
Gol Liverpool : Nyoni

Trey Nyoni menjadi pemain muda kedua (19 tahun dan 127 hari) yang menjaringkan gol buat Liverpool di pentas UCL.

Namun tidak lama selepas itu, Greenwood menjaringkan gol penyamaan apabila bola sepakan percuma terkena benteng dan bergolek masuk.

Kesebelasan Utama | Fenerbahce vs LIVERPOOLJoe Gomez di bek kanan, Tsimikas di bek kiri. Nyoni dan Macca di DM. Szobo, M...
04/11/2026

Kesebelasan Utama | Fenerbahce vs LIVERPOOL

Joe Gomez di bek kanan, Tsimikas di bek kiri.

Nyoni dan Macca di DM.

Szobo, Munoz, Barcola dan Rio di barisan serangan.

Ryan Gravenberch tersisih akibat kecederaan tumit

MATCHDAY | UCL 2026 2027FENERBAHCE vs LIVERPOOL🗓️ 05 NOVEMBER 2026 | KHAMIS🕰️ 1.45 PAGI📍 CHOBANI STADIUM, ISTANBULLive :...
04/11/2026

MATCHDAY | UCL 2026 2027

FENERBAHCE vs LIVERPOOL

🗓️ 05 NOVEMBER 2026 | KHAMIS
🕰️ 1.45 PAGI
📍 CHOBANI STADIUM, ISTANBUL

Live : Bein Sports 820

Address

Kuala Lumpur

Telephone

+60123456789

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Liverpool Malaysian Reds - Lmreds posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share