Azrul Talib

Azrul Talib Racing

20/05/2026

BOS MotoGP Pertahan Keputusan 2 Kali Mula Semula

Ketua Pegawai Eksekutif Dorna Sports, Carmelo Ezpeleta mempertahankan keputusan pengelola MotoGP yang memulakan semula perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya 2026 sebanyak dua kali, biarpun ia dicemari dua kemalangan ngeri.

Perlumbaan penuh dramatik yang dimenangi oleh penunggang VR46 Ducati, Fabio Di Giannantonio itu pastinya lebih diingati dengan insiden menakutkan yang menyaksikan dua pelumba, Alex Marquez dan Johann Zarco terpaksa dikejarkan ke hospital.

Tetapi, tindakan mengibarkan bendera merah dan menyambung semula saingan buat kali ketiga itu mengundang kritikan terbuka daripada beberapa pelumba, termasuk Pedro Acosta dan Jorge Martin yang menyifatkan ia sebagai tidak wajar.

Begitupun, Ezpeleta menolak dakwaan melulu pelumba dan menegaskan Litar Barcelona-Catalunya kekal selamat, malah menyifatkan sukan itu amat bernasib baik kerana tahap kecederaan yang dialami mangsa tidak menjadi lebih kritikal.

"Pertama sekali, kita sangat bernasib baik. Memang Alex dan Zarco cedera parah, tetapi ia tidak menjadi lebih teruk. Insiden Alex dan Pedro itu boleh berlaku dalam mana-mana perlumbaan, namun ia bukanlah sesuatu yang normal dan litar ini sama sekali tidak membahayakan," kata Ezpeleta memetik laporan Motorsports.

Terus bersama MotoDotMy




19/05/2026

JAGA-Jaga Geng 'Max', 'X', QJMotor Fort 600 Dah Sedia Nak 'Serang' Pasaran Malaysia!

Teka-teki membabitkan kehadiran skuter berprestasi dari QJMotor, Fort 600 di pasaran tempatan nampaknya bakal terjawab apabila pihak QJMotor Malaysia memberi bayangan kehadirannya tak lama lagi.

Seperti diketahui, QJMotor Fort 600 ditayangkan di pentas EICMA tahun lalu dan kehadirannya berjaya mencipta sensasi.

Tampil dengan rekaan unik, QJMotor Fort 600 ini dikatakan menggunakan platform, enjin dan yransmisi yang sama dengan Kymco AK550.

Justeru, kuasa yang dihamburkan adalah sebesar 53 hp pada 7,500 rpm dan tork 54 Nm pada 5,750 rpm.

Terus bersama MotoDotMy





19/05/2026

PEDRO Acosta Akui Jentera KTM Belum Cukup 'Berbisa' Nak Cabar Kejuaraan Dunia MotoGP

Pelumba Red Bull KTM, Pedro Acosta tanpa berselindung mengakui KTM tidak mempunyai 'senjata' yang cukup untuk mencabar gelaran dunia MotoGP sehingga penghujung musim.

Memetik laporan GPOne, ketika ditanya sama ada dia mempunyai peluang untuk bersaing merebut kejuaraan sehingga penghujung musim dengan jentera KTM ketika ini, jawapan yang diberikan Acosta adalah: "Tidak.”

Kenyataan kontroversi itu disuarakan pelumba Sepanyol itu ketika sesi ujian pasca perlumbaan di Litar Barcelona-Catalunya, semalam yang menjadi penampilan pembangunan terakhir jentera 1000 cc MotoGP musim ini.

Mengimbau kembali kemalangan ngerinya pada perlumbaan Grand Prix (GP) Catalunya sehari sebelumnya, Acosta mengakui dia tidak merasa takut dengan apa yang terjadi.

"Dalam sukan ini, perkara sebegini memang boleh berlaku," katanya.

Terus bersama MotoDotMy





19/05/2026
19/05/2026

GILIRAN pelumba muda berbakat negara, Qabil Irfan Azlan untuk beraksi di pentas kejuaraan Moto4 European Cup 2026 yang berlangsung di Catalunya, hujung minggu ini.

Seperti diketahui, pelumba berusia 14 tahun itu sudah berada di Eropah sejak hujung bulan lalu untuk menjalani persiapan denganjuara ESBK 2025 itu akan beraksi bersama pasukan MLAV Racing.

Sebagai info, grid permulaan Moto4 European Cup 2026 cukup padat apabila ia menampilkan sejumlah 60 pelumba.

Tetapi berdasarkan peraturan, hanya 30 pelumba terbaik sahaja akan layak terus ke perlumbaan utama berdasarkan keputusan Qualifying 2.

Persoalan, di usia 14 tahun, siapa menemani Qabil Irfan di Eropah ketika ini?

Terus bersama MotoDotMy






17/05/2026

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli menamatkan perlumbaan GP Catalunya 2026 di tempat ke-7, sekali gus keputusan terbaiknya pada musim ini.

Dalam perlumbaan yang berlangsung penuh mendebarkan, juara menjadi milik pelumba CFMoto Aspar, Maximo Quiles.

Tahniah Hakim Danish!

Terus bersama MotoDotMy




17/05/2026

SKRIP hampir sama pada Perlumbaan 1 WorldSBK di Rep.Czech berulang pada Perlumbaan Superpole yang menyaksikan Nicolo Bulega (Aruba.it Racing Ducati) muncul juara.

Tempat kedua rakan sepasukannya, Iker Lecuona dan melengkapkam podium Pusingan 5 kelas elit WSBK 2026 di Most itu adalah Yari Montella (Barni Ducati).

Terus bersama MotoDotMy






17/05/2026

ARIIC 400 GS Buat Kemunculan Di MBS 2026?

Seperti diketahui, jenama pengeluar motosikal dari China, ARIIC dijadual melancarkan beberapa model terbaharunya bersempena acara Malaysia Bike Show (MBS) 2026 hujung bulan ini.

Setakat ini, ada 2 model yang boleh dikatakan 'sah' akan dilancarkan iaitu ARIIC Touch 250 dan ARIIC Gobi 250 tetapi menariknya, ada satu lagi model akan membuat debut di acara berkenaan.

Dan model berkenaan adalah model yang dipertontonkan buat kali pertama pihak ARIIC secara global ketika MForce Bike Holdings Sdn Bhd membuat lawatan ke China yang turut disertai pihak media pada tahun lalu, ARIIC 400 GS.

Lebih menarik, ARIIC Malaysia turut menayangkan imej promosi yang tampak cukup mirip ARIIC 400 GS di laman sosial rasmi mereka dalam bentuk siluet.

Setakat ini, spesifikasi lengkap model berkenaan belum didedahkan secara rasmi.

Tetapi antara maklumat awal yang boleh dijangka dan dapat kami lihat ketika 'membelek' ARIIC 400 GS di China adalah ia bakal dipacu oleh enjin bersesaran 369 cc, 1 Silinder, Penyejuk cecair, Fi dengan transmisi auto dengan kuasa pada angka 33.5 Hp @ 7,500 rpm dan tork 38.3 Nm @ 5,500 rpm.

Selain itu, ciri-ciri seperti Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) dwi-saluran, Kawalan Cengkaman, panel meter TFT, fork jenis terbalik (USD), penyerap hentak berkembar, lampu LED sepenuhnya serta penghadang angin boleh laras secara manual juga ada.

Terus bersama MotoDotMy






14/05/2026

Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azrul Talib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category