Kelab sukan dan rekreasi ppnskl

Kelab sukan dan rekreasi ppnskl KELAB SUKAN DAN REKREASI (KEKANSI) PEJABAT PERHUBUNGAN NEGERI SABAH KUALA LUMPUR

Pertandingan bowling kelab KEKANSI PPNSKL 2026
31/07/2026

Pertandingan bowling kelab KEKANSI PPNSKL 2026

Pada 30 Julai 2026, Kelab Kekansi telah menganjurkan Aktiviti Sukan Bowling yang bertempat di Ampang Point. Program ini ...
31/07/2026

Pada 30 Julai 2026, Kelab Kekansi telah menganjurkan Aktiviti Sukan Bowling yang bertempat di Ampang Point. Program ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pejabat Perhubungan Negeri Sabah Kuala Lumpur, Puan Dg. Norsiah Hj. Ag. Duraman.

Pertandingan bowling tersebut telah disertai oleh tujuh (7) kumpulan. Penganjuran program ini bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan ahli kelab, memupuk semangat kerjasama berpasukan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti riadah.

Secara keseluruhannya, program ini telah berlangsung dengan lancar dan mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada semua peserta. Diharapkan penganjuran aktiviti seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam kalangan warga Kelab Kekansi.

Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Program Pendakian Bukit Batu Sawah dan Rekreasi pada 13 Jun 2026 bersamaan ha...
15/06/2026

Biro Sukan dan Rekreasi telah menganjurkan Program Pendakian Bukit Batu Sawah dan Rekreasi pada 13 Jun 2026 bersamaan hari sabtu.Penganjuran program ini bertujuan untuk menggalakkan amalan gaya hidup sihat melalui aktiviti fizikal di samping mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat kerjasama antara ahli KEKANSI. Selain itu, program ini juga memberi peluang kepada peserta untuk beriadah, mengurangkan tekanan serta menikmati keindahan alam semula jadi.

15/06/2026
KEKANSI telah menganjurkan aktiviti badminton pada 16 April 2026 (Khamis) bertempat di D’Star Arena Complex, Ampang. Akt...
20/04/2026

KEKANSI telah menganjurkan aktiviti badminton pada 16 April 2026 (Khamis) bertempat di D’Star Arena Complex, Ampang. Aktiviti sukan ini bertujuan untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan peserta di samping memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli. Melalui penganjuran aktiviti seperti ini, diharapkan para peserta dapat membina disiplin diri, meningkatkan keyakinan serta mengekalkan keseimbangan antara kesihatan dan kehidupan seharian.


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) & MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB SUKAN DAN REKREASI KEKANSIMesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta...
14/04/2026

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN (AGM) & MAJLIS BERBUKA PUASA KELAB SUKAN DAN REKREASI KEKANSI

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) serta Majlis Berbuka Puasa Kelab Sukan dan Rekreasi KEKANSI telah diadakan pada 4 Mac 2026 (Rabu) dengan jayanya. Majlis ini telah dihadiri oleh para ahli kelab KEKANSI.

Dalam Mesyuarat Agung Tahunan KEKANSI kali ini, sesi pelantikan ahli jawatankuasa baharu bagi sesi yang seterusnya telah dilaksanakan dengan lancar. Pelantikan ini diharapkan dapat meneruskan usaha memperkukuh aktiviti kelab serta memupuk semangat kerjasama dalam kalangan ahli.

Majlis berbuka puasa turut diserikan dengan kehadiran ahli keluarga kakitangan, sekali gus menambahkan lagi kemeriahan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara warga kelab.

Semoga dengan penganjuran program seperti ini, hubungan ukhuwah dan semangat kekeluargaan dalam kalangan ahli KEKANSI akan terus diperkukuh, di samping memupuk budaya kerjasama dan kebersamaan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan pada masa hadapan.

Address

3 Towers 1-7A
Kuala Lumpur
50450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab sukan dan rekreasi ppnskl posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share