Xtif Generasi Felda Johor di Perantauan

  • Home
  • Xtif Generasi Felda Johor di Perantauan

Xtif Generasi Felda Johor di Perantauan Generasi Felda Johor di Perantauan

🇲🇾🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026 🌺🇲🇾DARI XTIF GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUANDari tanah rancan...
30/08/2026

🇲🇾🌺 SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-69 TAHUN 2026 🌺🇲🇾

DARI XTIF GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN

Dari tanah rancangan FELDA yang menjadi saksi keringat dan perjuangan generasi terdahulu, lahirlah anak-anak FELDA yang membawa semangat berani bermimpi, gigih berusaha dan tidak mudah menyerah kalah.

Walau jauh di perantauan, jati diri sebagai anak FELDA dan anak Johor tetap subur di hati. ❤️💙

🇲🇾 Jalur Gemilang kita kibarkan sebagai lambang cinta kepada Malaysia.
💙❤️ Bendera Johor kita junjung sebagai tanda bangga dengan negeri kelahiran dan akar perjuangan kita.
🌴 FELDA p**a sentiasa menjadi sebahagian daripada sejarah, identiti dan perjalanan hidup kita.

Merdeka bukan sekadar bebas daripada penjajahan, tetapi terus berdiri teguh, bersatu dan membina masa depan dengan usaha sendiri.

Di mana bumi dipijak, di situ semangat anak FELDA berdiri.
Di mana kami berada, di situ nama Johor dan Malaysia kami bawa.

Satu hati. Satu semangat. Satu Malaysia. 🇲🇾
Anak FELDA tetap anak FELDA — pantang mengalah, terus melangkah! 🌾🔥

🇲🇾 MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! 🇲🇾

Ikhlas daripada:
❤️💙 XTIF GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN 💙❤️







Alhamdulillah, Kak Yatie baru berkesempatan menziarah dan menyampaikan kutipan sumbangan kepada balu Allahyarham Mohd Fa...
15/08/2026

Alhamdulillah, Kak Yatie baru berkesempatan menziarah dan menyampaikan kutipan sumbangan kepada balu Allahyarham Mohd Fauzi.

Semoga sedikit sumbangan ini dapat meringankan beban keluarga Allahyarham. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang dan bersama-sama membantu. Semoga segala amal kebaikan ini mendapat ganjaran daripada Allah SWT. 🤲🏻

Al-Fatihah buat Allahyarham Mohd Fauzi. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman. 🤲🏻

Yatie Bakar

10/07/2026

Assalamualaikum dan salam Jumaat.

Buat seluruh Generasi FELDA Johor di Perantauan, semoga urusan untuk p**ang ke kampung dipermudahkan.

Kepada yang sedang memandu hari ini, pandulah dengan cermat, patuhi undang-undang dan jangan tergesa-gesa. Semoga selamat sampai ke destinasi dan dapat meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Selesai menunaikan tanggungjawab dan p**ang mengundi sempena PRN Johor 2026, jangan lupa apabila kembali semula ke bandar nanti, teruskan juga pemanduan dengan berhati-hati. Yang penting, pergi dan p**ang dengan selamat.

Semoga perjalanan anda semua sentiasa dalam lindungan Allah SWT.

Selamat p**ang ke kampung, selamat mengundi, dan selamat kembali ke perantauan.



#𝗠𝗮𝗷𝘂𝗝𝗼𝗵𝗼𝗿

08/07/2026

Selamat Hari Peneroka 2026

Dari perantauan with 🫶 🫰 ❤️

07/07/2026

Selamat Hari Peneroka FELDA 2026

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari Peneroka bukan sekadar satu sambutan. Ia adalah hari untuk kita mengenang segala pengorbanan insan-insan yang sanggup meninggalkan kampung halaman, meredah belukar dan hutan, membina rumah dan memulakan kehidupan baharu demi masa depan anak-anak.

Kami masih ingat...

Bunyi motosikal ayah menuju ke ladang setiap pagi. Ibu yang tidak pernah mengeluh walaupun penat seharian. Rumah-rumah FELDA yang sentiasa terbuka untuk jiran. Budak-budak berkaki ayam bermain bola sampai senja, mandi paya, memancing, memanjat pokok, dan gelak tawa yang memenuhi setiap jalan merah kampung

Itulah zaman yang tidak mungkin akan berulang.

Hari ini ramai antara kami sudah merantau. Ada yang bekerja di bandar, berniaga dan membina kehidupan di tempat orang. Namun sejauh mana kami pergi, hati tetap akan kembali kepada tanah rancangan yang membesarkan kami

Buat ayah dan ibu yang bergelar peneroka, terima kasih kerana segala penat lelah dan pengorbanan. Keringat kalianlah yang membawa kami ke tahap kehidupan hari ini.
Semoga Allah SWT mengurniakan kesihatan yang baik kepada semua peneroka dan penerokawati.

Buat yang sedang diuji dengan kesakitan, semoga dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kesembuhan. Dan buat semua peneroka yang telah kembali ke rahmatullah, marilah kita sedekahkan Al-Fatihah. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh mereka dan menempatkan mereka dalam kalangan orang yang beriman.

Kepada sahabat-sahabat di kampung, terima kasih kerana masih menjaga tanah rancangan, menjaga silaturahim dan sentiasa mengambil berat tentang ibu bapa kami ketika kami berada jauh di perantauan.

Jangan sesekali malu mengaku kita anak FELDA. Di sinilah kita belajar erti susah, menghargai rezeki, mengenal semangat gotong-royong dan membesar dengan kasih sayang sebuah komuniti.

Rumah mungkin semakin sunyi. Ramai orang lama sudah tiada. Namun kenangan itu akan sentiasa hidup dalam hati.

Selamat Hari Peneroka FELDA Ke-70.
Terima kasih, ayah dan ibu. Terima kasih warga peneroka. Tanpa kalian, kami tidak akan berada di sini hari ini.

Kami akan sentiasa bangga menjadi anak FELDA. ❤️

Ikhlas daripada,
Generasi FELDA Johor di Perantauan.

Kurang empat hari lagi sebelum berlangsungnya Sambutan Hari Peneroka Peringkat Negeri Johor di FELDA Ulu Belitong pada 2...
16/06/2026

Kurang empat hari lagi sebelum berlangsungnya Sambutan Hari Peneroka Peringkat Negeri Johor di FELDA Ulu Belitong pada 20 dan 21 Jun, namun tiba-tiba program tersebut dihentikan.

Bukan program kecil. Lebih 5,000 kehadiran telah disahkan melibatkan warga daripada 73 rancangan FELDA seluruh Johor.

Ramai sudah memohon cuti, menyusun jadual dan membuat persiapan untuk hadir. Kami, Generasi FELDA Johor di perantauan, juga telah menerima jemputan dan amat menantikan peluang untuk p**ang serta memeriahkan sambutan ini.

Lebih daripada itu, kami ingin berkongsi dengan ibu bapa dan keluarga tentang pelbagai aktiviti serta program untuk Generasi FELDA yang telah dilaksanakan melalui inisiatif Kerajaan Negeri Johor sepanjang dua tahun kebelakangan ini.

Antara acara yang paling dinantikan sudah tentu majlis penyerahan hak milik kepada 210 peneroka. Ini bukan perkara kecil, sebaliknya detik yang amat bermakna bagi mereka yang sekian lama menunggu.

Namun, semuanya terhenti begitu sahaja.

Sudah tentu ramai tertanya-tanya. Sambutan Hari Peneroka ini bukanlah perkara baharu. Ia diadakan setiap tahun dan sebelum ini tidak pernah berdepan situasi pembatalan saat akhir seperti ini.

Jadi, apa sebenarnya yang berlaku?

Dalam keadaan ini, timbul pelbagai persoalan dalam kalangan warga FELDA. Adakah pembatalan ini berkait dengan faktor politik semasa menjelang PRN Johor, sedangkan kerajaan negeri Johor sebelum ini dilihat sangat rapat dengan komuniti peneroka? Mengapa program sebesar ini perlu dihentikan pada saat-saat akhir tanpa penjelasan yang jelas kepada ribuan warga yang telah membuat persiapan?

Jika benar wujud sebarang percaturan politik di luar sana, janganlah sampai peneroka dan anak-anak FELDA menjadi mangsa. Kami bukan bidak dalam permainan politik sesiapa.

Yang kecewa bukan seorang dua. Yang terkesan bukan satu rancangan, tetapi 73 rancangan FELDA seluruh Johor. Yang menunggu p**a bukan puluhan orang, tetapi lebih 5,000 warga FELDA.

Hari Peneroka sepatutnya menjadi ruang untuk menghargai keringat peneroka yang membuka tanah, membangunkan FELDA dan membesarkan generasi hari ini. Jangan sampai nilai dan semangat itu tenggelam kerana kepentingan lain.

Kami tidak meminta banyak. Kami hanya mahu penjelasan yang jujur dan penghormatan kepada peneroka yang telah banyak berjasa.

Jangan sampai akhirnya yang menjadi mangsa adalah peneroka dan anak-anak FELDA sendiri.

15/06/2026

SALAM TAKZIAH

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Seluruh warga Group XTif Generasi FELDA Johor di Perantauan merakamkan ucapan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Mohd Fauzi Abu Talib atas pemergian beliau yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Jun 2026 pada usia 51 tahun.

Kami turut berdukacita dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga diberikan ketabahan, kekuatan serta kesabaran dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa Allahyarham, menerima segala amal kebajikannya, melapangkan kuburnya, menerangi alam kuburnya serta menempatkan beliau dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

"Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nya jua kami kembali."
(Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un)

Ikhlas daripada,
Group XTif Generasi FELDA Johor di Perantauan

09/06/2026

🎵 PERTANDINGAN CIPTA LAGU AI BERTEMAKAN GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN 🎵

Pilihan Lagu AI 12

Dengarkan lagu ini dan berikan penilaian anda.

👍 Jika anda merasakan lagu ini adalah pilihan terbaik untuk mewakili Generasi Felda Johor di Perantauan, sila berikan Like/Reaction sebagai undian anda.

🗳️ Jumlah Like/Reaction tertinggi akan menentukan lagu yang dipilih sebagai lagu rasmi pertandingan ini.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua. Selamat mendengar dan mengundi! 🎶🌟

09/06/2026

🎵 PERTANDINGAN CIPTA LAGU AI BERTEMAKAN GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN 🎵

Pilihan Lagu AI 11

Dengarkan lagu ini dan berikan penilaian anda.

👍 Jika anda merasakan lagu ini adalah pilihan terbaik untuk mewakili Generasi Felda Johor di Perantauan, sila berikan Like/Reaction sebagai undian anda.

🗳️ Jumlah Like/Reaction tertinggi akan menentukan lagu yang dipilih sebagai lagu rasmi pertandingan ini.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua. Selamat mendengar dan mengundi! 🎶🌟

09/06/2026

🎵 PERTANDINGAN CIPTA LAGU AI BERTEMAKAN GENERASI FELDA JOHOR DI PERANTAUAN 🎵

Pilihan Lagu AI 10

Dengarkan lagu ini dan berikan penilaian anda.

👍 Jika anda merasakan lagu ini adalah pilihan terbaik untuk mewakili Generasi Felda Johor di Perantauan, sila berikan Like/Reaction sebagai undian anda.

🗳️ Jumlah Like/Reaction tertinggi akan menentukan lagu yang dipilih sebagai lagu rasmi pertandingan ini.

Terima kasih atas sokongan dan penyertaan semua. Selamat mendengar dan mengundi! 🎶🌟

Address


Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Xtif Generasi Felda Johor di Perantauan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share