20/04/2026
Dalam training, ramai player nampak sangat "menjadi".
Passing cantik.
Movement nampak smooth.
Drill pun jalan ikut plan.
Tapi bila masuk game... cerita lain p**a.
Ada yang lambat buat keputusan.
Ada yang hilang positioning.
Ada yang tak nampak option.
Dan paling ketara — struggle bila ada pressure.
Persoalannya, adakah latihan kita betul-betul bantu situasi dalam game?
Hakikatnya, drill sahaja tak cukup. Tapi ini bukan bermaksud drill tak penting. Bagi saya, drill tetap relevan.
Cuma bezanya — level of demand dalam drill itu sendiri.
Contoh mudah: jika buat passing exercise. Kalau sekadar cukup syarat:
• pass sampai
• movement ikut giliran
Memang drill akan nampak "cantik".
Tapi untuk jadikan ia lebih effective, detail perlu lebih tinggi:
• speed of pass
• timing movement
• body orientation
• communication
• quality of first touch
Bila demand meningkat, automatically akan wujud satu "stress level" dalam latihan. Dan "stress" inilah yang penting.
Sebab dalam game:
• masa terhad
• ruang sempit
• pressure sentiasa ada
Kalau training terlalu selesa, game akan terasa terlalu laju.
Sebab itu, selain SSG dan game-based approach, drill juga boleh jadi sangat bernilai — jika kita berjaya cipta pressure melalui demand.
Akhirnya, dalam bola sepak - bukan siapa paling kuat atau paling laju yang sentiasa menang.
Tapi siapa yang lebih faham situasi, dan buat keputusan lebih cepat... walaupun dalam tekanan.