26/05/2026
Berikut merupakan sumbangan terakhir Allahyarham Muhammad Azlan Bin Azhari bersama pasukan Kedah dalam perlawanan Kejohanan Ragbi Piala Agong 2026 Edisi Ke-42 ketika menentang Johor di UUM Sintok, Sabtu lalu.
Secara keseluruhan, beliau menunjukkan aksi yang cukup memberangsangkan dalam membantu gerakan unit 'forward' pasukan Kedah, seterusnya berjaya menghadiahkan 'try' kedua pasukan bagi memberikan tekanan kepada pasukan pelawat. Selepas melakukan 'try' pada minit ke-34 itu, beliau dilihat sedikit bergelut dengan keadaan fizikalnya, sebelum rebah dan diusung keluar pada minit ke-40.
Semoga roh Allahyarham Muhammad Azlan Bin Azhari sentiasa dicucuri rahmat, dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Al - Fatihah.
๐๐