18/06/2024
"Belajar Silat pun kena bayar ke?, Orang dulu-dulu belajar silat free sahaja."
Ramai yang berpendapat macam ni, mereka rasa Guru Silat tidak makan, tidak naik kereta, tidak ada rumah dan sebagainya.
Zaman dulu, bila belajar silat, murid tahu adab, mereka datang mesti akan membawa sesuatu kepada guru silat. Contohnya makanan dan sebagainya. Tapi zaman sekarang berbeza. Guru pun perlukan duit untuk sara hidup.
Tapi tengok yuran seni beladiri lain sanggup bayar mahal, bila silat, mintak rm30 katanya mahal. Allahu.
Eh, status ni bukan nak mengeluh ya, sebab Alhamdulillah ibu bapa yang hantarnya anak silat, bayar. Cuma nak tegur/nasihat beberapa segelintir yang ada berfikiran macam ni.
Btw sebagai jurulatih, ia adalah pekerjaan professional, tak kisah jurulatih taekwondo, karate dan sebagainya, bila jadi jurulatih sama macam jadi cikgu di sekolah, sebagai pendidik.