SK KUALA KETIL TS25

  • Home
  • SK KUALA KETIL TS25

SK KUALA KETIL TS25 SEKOLAH KEBANGSAAN KUALA KETIL TS25

17 Mei 2026. Alhamdulillah. Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kuala Ketil. Tema 'colourful' dan Colour Block. Guru Bitara ...
17/05/2026

17 Mei 2026. Alhamdulillah. Sambutan Hari Guru Peringkat SK Kuala Ketil. Tema 'colourful' dan Colour Block. Guru Bitara Nadi Negara. Terima kasih kepada semua guru2 terutama AJK yang menjayakannya. Terima kasih pemberian hadiah, ingatan dan ucapan dari murid. Terima kasih kpd waris2 yg memberi sokongan kepada pihak sekolah.

Lagi gambar dan video di Telegram rasmi sekolah

https://t.me/+_JkTbpJzjlVmZjA1

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI KEDAH DARULAMAN 11 FEBRUARI 2026.Alhamdulillah Kejayaan manis buat s...
11/02/2026

ANUGERAH KECEMERLANGAN KOKURIKULUM PERINGKAT NEGERI KEDAH DARULAMAN 11 FEBRUARI 2026.
Alhamdulillah Kejayaan manis buat semua warga SK Kuala Ketil.
1.Sekolah Cemerlang KoKurikulum Kategori Bandar - GB dan semua Warga SK Kuala Ketil - JOHAN.
2. Persatuan Cemerlang Kokurikulum Kategori Bandar - Boombastic Band - NAIB JOHAN.
3. Guru Cemerlang Kokurikulum Kategori Sekolah Rendah - (Pn Siti Khatijah). NAIB JOHAN.
4. Murid Cemerlang Lelaki - (Mohd Faysal bin Mohd Fahmi). KETIGA.
5. Pengurusan Cemerlang KoKurikulum Sekolah Rendah - PK Ko - En Syazwan bin Sajahan. KETIGA

Kejayaan adalah kejayaan semua warga kerja SK Kuala Ketil. SENTIASA KE HADAPAN KE ARAH KEGEMILANGAN.

Guru Besar
SK Kuala Ketil

Alhamdulillah. 7 Feb 2026. Berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Ketil kali ke 50. Perasmian dilaksanakan oleh Tu...
07/02/2026

Alhamdulillah. 7 Feb 2026. Berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Ketil kali ke 50. Perasmian dilaksanakan oleh Tuan Wan Nor Azman bin Zainol Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Khas mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.
Terima kasih kepada kesudian tuan atas kata2 nasihat, motivasi dan sokongan kepada semua waris dan warga sekolah ketika merasmikan mesyuarat.
Tahniah kepada semua barisan AJK baharu yang dilantik untuk sesi 2026-2028.
Semoga permuafakatan antara waris dan pihak sekolah diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi kegemilangan sekolah dan anak2 didik SK Kuala Ketil.
Jazakumullah.

Guru Besar SK Kuala Ketil.

Alhamdulillah. 7 Feb 2026. Berlangsungnya Mesyuarat Agung PIBG SK Kuala Ketil kali ke 50. Perasmian dilaksanakan oleh Tuan Wan Nor Azman bin Zainol Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Sekolah Khas mewakili Tuan Pengarah Pendidikan Negeri Kedah.
Terima kasih kepada kesudian tuan atas kata2 nasihat, motivasi dan sokongan kepada semua waris dan warga sekolah ketika merasmikan mesyuarat.
Tahniah kepada semua barisan AJK baharu yang dilantik untuk sesi 2026-2028.
Semoga permuafakatan antara waris dan pihak sekolah diperkukuhkan dari semasa ke semasa demi kegemilangan sekolah dan anak2 didik SK Kuala Ketil.
Jazakumullah.

Guru Besar SK Kuala Ketil.

Lagi gambar dan video di bawah

Link Youtube PSS SK Kuala Ketil (video aktiviti pelajar)
https://www.youtube.com/

Link Padlet OPR Aktiviti Sekolah (laporan bergambar aktiviti sekolah)
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-opr-aktiviti-sk-kuala-ketil-n2me2xx2aa4qdvpp

Link Telegram (gambar-gambar aktiviti sekolah)
https://t.me/+_JkTbpJzjlVmZjA1

Link Padlet Youtube dan TikTok PSS Sekolah
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-tik-tok-youtube-pss-aktiviti-sk-kuala-ketil-vti1njp40hu9t55

Assalamualaikum. Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi 2026. Setelah sebulan berlalu, pelbagai aktiviti dan kejayaan tel...
03/02/2026

Assalamualaikum. Selamat Kembali ke Sekolah untuk Sesi 2026. Setelah sebulan berlalu, pelbagai aktiviti dan kejayaan telah dicapai oleh pihak sekolah umumnya dan murid-murid khususnya. Antara aktiviti dan kejayaan dicapai sepanjang Januari:
1. Pendaftaran Tahun Prasekolah, Tahun 1 dan gotong royong semua kelas - 10 Januari 2026.
2. Minggu orientasi Tahun 1 - 11 Januari hingga 5 Februari 2026.
3. Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan kepada semua murid - 13 Januari 2026.
4. Sambutan Isra' dan Mikraj peringkat sekolah - 14 Januari 2026.
5. Merentas Desa peringkat sekolah pada 21 Januari 2026.
6. Merentas Desa peringkat Daerah Baling pada 29 Januari 2026 dan sekolah telah mencapai kejayaan seperti berikut:
i. Johan pasukan lelaki bawah 12 tahun
ii. Johan pasukan perempuan bawah 12 tahun
iii. Johan keseluruhan bawah 12 tahun.
7. Program Cerdas Kognitif anjuran Unit Pemulihan Khas - 25-29 Januari 2026.
8. Pertandingan Beyblade Kedah Ultimate Spin Battle pada 16 Januari 2026 berlangsung di Stadium Darulaman. Seorang pelajar kita telah mendapat tempat kelima keseluruhan bawah 12 tahun.

Semua gambar, video dan laporan aktiviti-aktiviti boleh dilayari melalui link youtube channel, padlet opr dan aplikasi Telegram seperti di bawah. Mohon semua waris untuk subscribe, like dan join link yang dikongsikan di bawah untuk sentiasa mendapat maklumat2 berkaitan aktiviti anak2 masing-masing sepanjang tahun di sekolah dan luar sekolah.

Terima Kasih

Guru Besar
SK Kuala Ketil

Link Youtube PSS SK Kuala Ketil (video aktiviti pelajar)
https://www.youtube.com/

Link Padlet OPR Aktiviti Sekolah (laporan bergambar aktiviti sekolah)
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-opr-aktiviti-sk-kuala-ketil-n2me2xx2aa4qdvpp

Link Telegram (gambar-gambar aktiviti sekolah)
https://t.me/+_JkTbpJzjlVmZjA1

Link Padlet Youtub dan TikTok PSS Sekolah
https://padlet.com/SKKUALAKETILOFFICIAL/2026-tik-tok-youtube-pss-aktiviti-sk-kuala-ketil-vti1njp40hu9t55

Alhamdulillah menuai hasil kejayaan warga SKKK sesi 2025. 2 hari berturut2.1 Nov 2025. Majlis Apresiasi USTP 2025.1. Anu...
02/12/2025

Alhamdulillah menuai hasil kejayaan warga SKKK sesi 2025. 2 hari berturut2.

1 Nov 2025. Majlis Apresiasi USTP 2025.

1. Anugerah Pemimpin Pendidikan Digital Terbaik Daerah Baling - Tn Guru Besar SK Kuala Ketil.
2. Video PSS terbaik Daerah Baling. 4 pelajar SK Kuala Ketil.
3. Ketiga Anugerah Nilam Terbaik Daerah Baling. Guru Pusat Sumber Sekolah SK Kuala Ketil.

2 November 2025. Majlis Apresiasi Sektor Pembangunan Murid PPD Baling bagi Tahun 2025. 6 anugerah diperolehi dan yang terbanyak oleh Sekolah Rendah daerah Baling.

1. Pengurusan Kaunseling Terbaik Daerah Baling.
2. Pegawai Teknikal Sukan terbaik Daerah Baling - En Afif.
3. Pegawai Teknikal Kesenian Terbaik Daerah Baling. Pn Nursyahaiza.
4. Ketiga Anugerah Kesenian Cemerlang Daerah Baling.
5. Anugerah Pancaragam Cemerlang (Boom astic Band) Daerah Baling.
6. Ketiga Anugerah Koakademik Bahasa Inggeris Daerah Baling.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima dan kepada seluruh warga SK Kuala Ketil.

Sentiasa Ke Hadapan Ke Arah Kegemilangan.

Alhamdulillah. Kegemilangan pelajar, guru dan sekolah diteruskan lagi.10 & 11 November 2025.Sempena anugerah Digital Uti...
11/11/2025

Alhamdulillah. Kegemilangan pelajar, guru dan sekolah diteruskan lagi.
10 & 11 November 2025.
Sempena anugerah Digital Utilisation and Technology Awards (DUTA) peringkat negeri Kedah yang berlangsung di JPN Kedah. SK KUALA KETIL antara sekolah rendah yang mendapat banyak anugerah bagi sesi 2025.
1. Kedua pemimpin digital terbaik peringkat negeri Kedah - Tn Guru Besar.
2. Kedua TV PSS terbaik peringkat negeri Kedah.
3. Kedua pertandingan video PSS terbaik peringkat negeri Kedah.
4. Ketiga pengurusan PSS terbaik peringkat negeri Kedah.

Syabas dan tahniah kepada Guru Besar, AJK Pusat Sumber Sekolah, pelajar2 dan semua warga SK Kuala Ketil atas kejayaan yang dicapai. InsyaAllah kejayaan ini akan diteruskan untuk tahun2 akan datang.

Jazakumullah dan tahniah kepada semua.

Alhamdulillah. 2 Okt 2025. Sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang peringkat negeri Ked...
03/10/2025

Alhamdulillah. 2 Okt 2025. Sempena Majlis Apresiasi Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Cemerlang peringkat negeri Kedah. 3 anugerah lagi diperolehi oleh warga SK Kuala Ketil.
1. *Platinum* Anugerah Inspirasi PRS (Murid - Ahmad Faysal).
2. *Platinum* Anugerah Perkhidmatan Pengurusan Bimbingan Kaunseling Cemerlang Sekolah Rendah.
3. *Emas* Anugerah Inspirasi Guru B&K sekolah rendah (Pn Noorsiah).
Pemenang akan mewakili negeri Kedah ke kebangsaan pada 13 Oktober di Terengganu nanti. Doakan yang terbaik.
Tahniah kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling atas kejayaan gemilang warga sekolah dan juga kpd pihak PPD Baling atas bimbingan berterusan.

Alhamdulillah 28.09.2025. Selesai menandatangani kontrak 3 tahun A***n dgn Akademi Selangor FC bermula 1 Jan 2026 hingga...
28/09/2025

Alhamdulillah 28.09.2025. Selesai menandatangani kontrak 3 tahun A***n dgn Akademi Selangor FC bermula 1 Jan 2026 hingga 31 Dis 2028. Pelajar kedua dari SK Kuala Ketil selepas Zhafran pada tahun 2024. Tahniah diucapkan buat Khalis A***n dan keluarga. Semua perbelanjaan, kelengkapan sukan dan yuran sekolah ditanggung sepenuhnya oleh SELANGOR FC
Terima kasih juga kepada pihak Akademi Selangor FC atas kesudian hadir ke sekolah untuk menyerahkan borang kontrak dan kit permainan utk A***n. Tahniah juga buat semua coaches bola sepak dari SK Kuala Ketil dan Kenari Kid Kuala Ketil. Semoga impian untuk menjadi pemain bola sepak peofesional akan tercapai satu hari nanti berkat doa semua. Amiin.

Guru Besar
SK Kuala Ketil

https://vt.tiktok.com/ZSDt1s6Py/

Alhamdulillah..keputusan keseluruhan Boombastic Band SK Kuala Ketil dalam  Malaysia World Band Competition/National Band...
15/09/2025

Alhamdulillah..keputusan keseluruhan Boombastic Band SK Kuala Ketil dalam Malaysia World Band Competition/National Band Competition 2025 yang berlangsung selama 4 hari 4 malam bermula 11 -14 September 2025 di Alor Setar Kedah.

12.09.2025
1. Terbaik Colorguards Street Parade Divisyen Brass Band (Kebangsaan).
2. Tempat Kedua Street Parade Divisyen Brass Band (Kebangsaan).

13.09.2025
1. Ketiga Drum Battle Division 1(Antarabangsa).
2. Keempat Colorguards Battle (Antarabangsa).

14.09.2025
1. JOHAN Brass and Winds Battle Open International Category Division 2 (Antarabangsa).
2. Best Outfit Brass and Winds Battle Open International Category Division 2 (Antarabangsa)
3. Terbaik Colorguards Overall (Antarabangsa).
4. Terbaik Colorguards Divisyen Brass Band (Kebangsaan).
5. Conducter terbaik Brass Band Team (Kebangsaan).
6. Terbaik Colorguards Overall (Kebangsaan).
7. Naib Johan Marching Field Show Divisyen Brass Band (Kebangsaan).

11 pencapaian yang luar biasa. Tahniah dan terima kasih kepada semua pihak terutama kepada semua guru2 dan staf, jurulatih2, waris2 dan pelajar2 yang menunjukkan kesungguhan luar biasa untuk mencapai kejayaan gemilang dengan izinNya jua. Detik berharga juga apabila YB Menteri Pendidikan sempat menyantuni pelajar2 dan guru2 SK Kuala Ketil semasa acara penutup, terima kasih YB. Semoga pengalaman dan kejayaan yang dicapai dapat memartabatkan lagi SK Kuala Ketil ke mata dunia satu hari nanti insyaAllah.

Tahniah Khalis A***n bin Mohd Khoiri kerana dipilih menyertai skuad Kedah ke peringkat kebangsaan MSSM Bolasepak tahun 2...
03/09/2025

Tahniah Khalis A***n bin Mohd Khoiri kerana dipilih menyertai skuad Kedah ke peringkat kebangsaan MSSM Bolasepak tahun 2025. Satu pencapaian yang membanggakan kerana bukan senang untuk mendapat tempat ke kebangsaan dalam acara ini dan merupakan wakil tunggal daerah Baling.
Tahniah juga kepada 3 pelajar olahraga iaitu Iman Nadihirah, Alisya Husna dan Adam Abdullah yang mendapat saguhati dan pengiktirafan dari PPD Baling kelmarin kerana sumbangan hebat yang diberi ketika mewakili daerah Baling ke peringkat negeri kejohanan olahraga MSSK 2025.
Terima kasih kepada semua guru2 yang berusaha menggilap bakat pelajar kearah kegemilangan serta waris2 yang banyak memberi sokongan. Semoga kegemilangan berterusan buat anak2 pelajar.
Jazakumullah.

03/09/2025

31 Ogos 2025. Pasukan Seni Nilam Tari turut sama mempersembahkan tarian perpaduan bersama2 10 buah sekolah lain di hadapan Pentas Diraja. Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar2, guru2 dan waris2. Salah satu kebitaraan sekolah yang tidak dapat dipertikaikan lagi. Satu pengiktirafan besar kepada sekolah kerana bukan semua sekolah dipilih mempersembahkan persembahan yang diatur. Persembahan sangat menarik dan memukau semua penonton yang hadir. Terima kasih kepada semua pelajar2, guru2 dan waris yang banyak berkorban masa bersama2 dengan anak2 pelajar menjayakan persembahan ini. Jazakumullah.

Address


09300

Telephone

+601155095978

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SK KUALA KETIL TS25 posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to SK KUALA KETIL TS25:

  • Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility?

Share