Kenyir Volleyball Club - K.V.C

Kenyir Volleyball Club - K.V.C TNB Kenyir volleyball team (Men & Women)
Established : 2023
Location : Residensi TNB Kuala Berang.

15/10/2023
*Family Kenyir VC*Jamuan makan kecil kecilan + friendly funplay bersama team Tanjung Putat untuk meraikan para pemain KV...
12/10/2023

*Family Kenyir VC*

Jamuan makan kecil kecilan + friendly funplay bersama team Tanjung Putat untuk meraikan para pemain KVC yang mewakili Terengganu ke sukan TNB tempoh hari.

Terima kasih untuk sokongan dan ke'sporting'an semua ahli. Lain kali kita ejas lagi, insyaAllah 😁😉

Tahniah semua !
07/10/2023

Tahniah semua !

Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan bertanding untuk ACE Malaysia Tour.Tarikh : 6-7 OktoberTempat : Dewan F...
05/10/2023

Selamat maju jaya kepada semua pasukan yang akan bertanding untuk ACE Malaysia Tour.

Tarikh : 6-7 Oktober
Tempat : Dewan FRU Wakaf Tapai

Kepada yang berkelapangan, bolehlah sama-sama hadir bagi memeriahkan lagi kejohanan kali ini 😁

P/s : KVC tak hantar wakil kali ni. Edisi depan insyaAllah kami turut serta. Pemain-pemain masih lagi 'healing' selepas sukan TNB yang lepas 🤣 Goodluck untuk semua vollers 🫡

Pengalaman pertama buat "ubi-ubi muda" di peringkat kebangsaan. Kebanyakan pemain bukanlah berlatar belakangkan sukan bo...
02/10/2023

Pengalaman pertama buat "ubi-ubi muda" di peringkat kebangsaan. Kebanyakan pemain bukanlah berlatar belakangkan sukan bola tampar namun masih boleh memberi cabaran kepada pasukan-pasukan lain yang lebih berpengalaman.

Kota Rom tidak dibina dalam sehari. Begitu juga dengan para pemain. Kita akan kembali dengan lebih kuat dan lebih bersedia untuk edisi akan datang insyaAllah.

Tahniah buat para pemain lelaki dan wanita.
Terengganu bangkit. Tranung Nelang.

Tamat sudah kejohanan bola tampar sukan TNB Kebangsaan selama 2 hari.Cabaran getir buat kedua-dua pasukan lelaki dan wan...
30/09/2023

Tamat sudah kejohanan bola tampar sukan TNB Kebangsaan selama 2 hari.

Cabaran getir buat kedua-dua pasukan lelaki dan wanita Terengganu apabila diletakkan bersama pasukan Johor, Kuala Lumpur (bagi lelaki) dan Kuala Lumpur, Selangor (bagi wanita).

Pasukan lelaki tewas 31-22 kepada Johor dan 31-22 juga kepada KL manakala wanita tewas 31-10 kepada KL dan 31-8 kepada Selangor.

Untuk keputusan akhir, Johor dinobatkan sebagai juara sukan bola tampar TNB Kebangsaan 2023 setelah menewaskan HQ di peringkat akhir manakala bagi wanita, Selangor berjaya menewaskan HQ. Ketiga dan keempat masing-masing dirangkul oleh Selangor, KL (lelaki) dan Perak, Negeri Sembilan (wanita).

Tahniah buat kontinjen Terengganu kerana telah berusaha bersungguh-sungguh sepanjang kejohanan dan juga komited dalam persediaan serta latihan sebelum kejohanan.

Tewas kali ini bukan bermaksud kalah tetapi bakal menjadi permulaan kepada sebuah kejayaan. Kami akan bangkit dan akan kembali dengan lebih kuat insyaAllah. Moga pasukan bola tampar Terengganu akan terus maju dan bersemangat untuk masa akan datang ✊️🔥

Bismillah. Match day.Game akan bermula jam 8.30 pagi di Sport Arena, Uniten.Mohon doa semua untuk kontinjen Terengganu. ...
28/09/2023

Bismillah. Match day.

Game akan bermula jam 8.30 pagi di Sport Arena, Uniten.

Mohon doa semua untuk kontinjen Terengganu. InsyaAllah kita boleh ✊️🔥

Debaran kian terasa1 hari lagi 🏐🔥Ayuh Terengganu kuuu ! Peteh Tranung Peteh ⚫️⚪️
28/09/2023

Debaran kian terasa

1 hari lagi 🏐🔥

Ayuh Terengganu kuuu ! Peteh Tranung Peteh ⚫️⚪️

12 Rabiul Awwal 1445 اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى...
27/09/2023

12 Rabiul Awwal 1445

اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
كَمَا صَلَّيْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
و بَارِكْ عَلٰى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ
كَمَا بَارَكْتَ عَلٰى سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
وَعَلٰى آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ
فِيْ الْعَالَمِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدُ مَجِيْدٌ

Moga cinta kita terhadap Rasulullah terus subur dan mekar.

Moga kita semua mendapat syafaat dan dapat berkumpul bersama baginda di syurga kelak.

Amin ❤️

Alhamdulillah, tamat sudah latihan pusat bagi team bola tampar TNB Terengganu.Pada 23hb, perlawanan persahabatan telah d...
27/09/2023

Alhamdulillah, tamat sudah latihan pusat bagi team bola tampar TNB Terengganu.

Pada 23hb, perlawanan persahabatan telah diadakan di antara pasukan TNB wanita vs Pendidikan HTRG di sesi pagi dan TNB lelaki vs Tanjung Putat VC pada waktu petang.

Untuk 24hb, satu lagi perlawanan persahabatan telah diadakan di antara pasukan TNB lelaki vs Pendidikan HTRG.

Para pemain masing-masing komited dan bersungguh-sungguh sepanjang latihan pusat yang diadakan. Semoga apa yang diusahakan sepanjang latihan akan dipermudahkan olehNya sehingga hari pertandingan nanti, insyaAllah. Terus semangat pasukan Terengganu ! 🔥

Latihan pusat 22-25 Sept. Team lelaki dan wanita.Persediaan bagi sukan TNB 2023.29-30 SeptemberUniten Bangi
22/09/2023

Latihan pusat 22-25 Sept. Team lelaki dan wanita.

Persediaan bagi sukan TNB 2023.
29-30 September
Uniten Bangi

Address

Residensi TNB Kuala Berang
Kuala Berang
21700

Telephone

+601111441539

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kenyir Volleyball Club - K.V.C posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share