Picklr Unimas

Picklr Unimas A club for enjoying pickleball, building skills, and fostering camaraderie.

03/09/2026
03/09/2026
Satu Sukan, Satu Gelanggang, Satu Malaysia!Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh rakyatMalaysia dari keluarga UNIMAS Pick...
31/08/2026

Satu Sukan, Satu Gelanggang, Satu Malaysia!

Selamat Hari Kebangsaan buat seluruh rakyat
Malaysia dari keluarga UNIMAS Picklr!

Let's keep serving pride and passion on and off the court!

Great game and great energy, Rela Dinkers! 🀝⚑️Menang kalah adat permainan, yang penting silaturahim. Jumpa lagi di gelan...
26/08/2026

Great game and great energy, Rela Dinkers! 🀝⚑️
Menang kalah adat permainan, yang penting silaturahim. Jumpa lagi di gelanggang! πŸ“

PICKLEBALL FRIENDLY MATCH
FULL RESULTS

24 MATCH
UNIMAS PICKLR - 19 Wins
RELA DINKERS - 5 Wins

Salam Maulidur Rasul 1448H. Semoga cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibukti...
24/08/2026

Salam Maulidur Rasul 1448H.

Semoga cinta kita kepada Baginda Nabi Muhammad SAW bukan sekadar pada ucapan, tetapi dibuktikan melalui akhlak dan amalan seharian.

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad.

21/08/2026

πŸŽ‰ Tahniah Kontinjen Staf UNIMAS! πŸŽ‰
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada seluruh Kontinjen Staf Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atas pencapaian cemerlang di Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia (SUKUM) 2026 yang berlangsung di UniSZA

πŸ… 6 Pingat Emas
πŸ₯ˆ 7 Pingat Perak
πŸ₯‰ 6 Pingat Gangsa

Pencapaian ini mencerminkan semangat kesukanan, komitmen, disiplin dan kerjasama yang tinggi dalam mengharumkan nama UNIMAS di pentas SUKUM 2026.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi untuk terus melakar lebih banyak kecemerlangan pada masa akan datang.
Syabas dan tahniah, Kontinjen Staf UNIMAS! πŸ’™β€οΈπŸ’›

20/08/2026

Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) sekali lagi mencatat pencapaian cemerlang apabila berjaya memperoleh penarafan lima bintang dengan markah penuh 100% dalam penilaian Sistem Pengumpulan Data Universiti Awam (MyMoheS) bagi data berakhir 30 Jun 2026. Pencapaian ini telah diumumkan semasa Mesyuarat Kualiti Data Bil. 2/2026 yang berlangsung di Universiti Malaysia Terengganu baru-baru ini. Penilaian MyMoheS merangkumi tiga komponen utama, iaitu Masa Penghantaran (20%), Kesempurnaan Data (40%) dan Kualiti Data (40%). Kejayaan memperoleh markah penuh bagi penilaian ini membuktikan keupayaan UNIMAS dalam mengekalkan tahap pengurusan data yang konsisten dan berintegriti.

Kejayaan mengekalkan penarafan lima bintang ini merupakan hasil komitmen dan kerjasama berterusan semua pihak yang terlibat dalam pengurusan data MyMoheS di UNIMAS. Sehubungan itu, pihak universiti merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Pemilik Data (PTj), Pusat Perancangan Strategik, Pengurusan Kualiti dan Risiko (SQRC) selaku Penyelaras MyMoheS UNIMAS, Bahagian Pengurusan Data dan Analitik selaku kumpulan teknikal, serta semua pihak yang telah memberikan kerjasama dalam memastikan pengurusan dan penghantaran data dilaksanakan dengan cemerlang.

17/08/2026

TAHNIAH DAN TERIMA KASIH, ATLET UNIMAS!

Kontinjen Universiti Malaysia Sarawak menutup cabaran Kejohanan Sukan Staf Antara Universiti Malaysia Ke-46, SUKUM UniSZA 2026 dengan meraih keseluruhan 19 pingat: 6 emas, 7 perak dan 6 gangsa.

Pencapaian tersebut meletakkan UNIMAS di kedudukan ke-11 daripada 20 kontinjen yang bertanding. Pingat-pingat ini hadir menerusi acara olahraga, catur, tenpin boling, futsal, petanque, badminton dan dart.

Kita juga perlu mengakui bahawa sasaran awal 8 emas, 8 perak dan 8 gangsa, bersamaan 24 pingat, masih belum berjaya dicapai. Berbanding sasaran tersebut, UNIMAS kekurangan 2 emas, 1 perak dan 2 gangsa, jurang keseluruhan sebanyak lima pingat.

Pecahan tujuh pingat perak menunjukkan bahawa UNIMAS sebenarnya berada hampir dengan kedudukan tertinggi dalam beberapa acara. Namun, sebahagian peluang pingat belum dapat diterjemahkan kepada emas, manakala beberapa acara yang diharapkan menyumbang pingat tidak berakhir dengan keputusan podium seperti disasarkan. Dalam kejohanan yang ditentukan oleh margin kecil, setiap mata, catatan masa, pusingan dan keputusan perlawanan membawa kesan besar terhadap kedudukan akhir.

Walau bagaimanapun, faktor khusus bagi setiap sukan perlu dinilai melalui sesi pascanilai yang berasaskan data, meliputi ketepatan sasaran, pemilihan dan persediaan atlet, prestasi mengikut pusingan, tahap kecergasan, strategi pertandingan serta kekuatan lawan. Tidak adil untuk meletakkan kegagalan mencapai sasaran kepada atlet semata-mata tanpa penelitian menyeluruh.

Raihan 19 pingat tetap merupakan hasil pengorbanan besar para atlet, jurulatih, pengurus pasukan, pegawai kontinjen dan seluruh barisan sokongan. Setiap pingat membawa kisah disiplin, keberanian dan kesungguhan warga UNIMAS yang berjuang membawa nama universiti serta Sarawak.

Sasaran 8–8–8 belum tercapai kali ini, tetapi pencapaian dan pengalaman di UniSZA menjadi penanda aras penting untuk memperkemas persediaan kontinjen pada kejohanan akan datang yang dijadualkan akan berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Tahniah dan terima kasih kepada seluruh Kontinjen UNIMAS. Kemenangan pasti akan diraikan, segala kekurangan akan dinilai dan perjuangan pasti akan diteruskan.








Address

Unimas Corporate, Aras 3, Bangunan Canselori, Universiti Malaysia Sarawak Kota Samarahan
Kota Samarahan
94300

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Picklr Unimas posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Picklr Unimas:

Shortcuts

Share