23/08/2026
21 Ogos 2026
Program jelajah perlawanan persahabatan pasukan Bolasepak Singa Utara (TANKUR - Zon Utara) diteruskan Kali ini ke daerah Ranau. Perlawanan pertama menentang PADERA FC pasukan daripada Pejabat Daerah Ranau yang diadakan di Padang Kompleks Sukan Ranau.
Perlawanan yang sangat menarik, dimana penyerang daripada pasukan Singa Utara FC Fread Filemon Saih dengan Jaffridin masing-masing menjaringkan 2 gol peribadi perlawanan ini. Tetapi kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah dengan keputusan penuh 6 - 4.
Selepas selesai perlawanan pihak pasukan tuan rumah mengadakan satu majlis makan malam bersama Pegawai Daerah, tetapi oleh kerana terdapat majlis rasmi Pegawai Daerah mewkilkan Penolong Pegawai Daerah yang menghadiri majlis makan malam tersebut dengan bersertakan majlis bertukar cenderamata antara Dua pasukan yang mewakili jabatan masing-masing.
Mewakili Pasukan Singa Utara FC peneraju utama Tuan Ds Sr Quzami Hassan memberi dan seterusnya menerima cenderamata yang disampaikan oleh puan Penolong Pegawai Daerah.
Ucapan terima kasih kepada seluruh AJK Daerah Ranau, pihak Pejabat Daerah Ranau dan pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan perjalanan program Kali ini. Sampai kita bejumpa lagi pada jelajah bulan September di Daerah Kota Kinabalu.