17/10/2024
JEMPUTAN KE OPEN DAY BEAUFORT TAEKWONDO CLUB (CAWANGAN PENAMPANG)
🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋🥋
Dengan segala takzimnya, kami ingin menjemput Datuk/Datin/Tuan/Puan serta anak remaja mahupun kanak-kanak untuk menghadiri Open Day kami seperti ketetapan berikut :
Tarikh : 19 Oktober 2024 (Sabtu)
Masa : 11 pagi - 2 petang
Tempat : Dewan Raya Kg Terawi
Aktiviti :
🔹Taklimat drpd Coach Ejoy
🔹Persembahan Seni Pertahanan Diri & Tayangan Video
🔹Pameran
🔹Pendaftaran Ahli Kelab
Kebaikan menyertai Kelab Taekwondo:
❣️Taekwondo meningkatkan stamina, kekuatan dan fleksibiliti untuk kesihatan fizikal.
❣️Taekwondo memberikan kemahiran asas seni pertahanan diri untuk meningkatkan keyakinan diri dalam situasi bahaya.
❣️Bagi anak-anak yang masih bersekolah, boleh mendapat markah tambahan PAJSK selain aktiviti kokum di sekolah.
❣️Dapat mendisiplinkan anak-anak, fokus dan belajar berdikari dalam kelab beruniform
❣️Anak-anak boleh kurangkan masa penggunaan gajet seperti hp dan komputer.
❣️Membina hubungan sosial yg sihat dan kesejagatan masyarakat setempat.
❣️Taekwondo melibatkan aspek mental, seperti pengendalian tekanan dan pengembangan kebolehan menyelesaikan masalah.
❣️Latihan seni pertahanan diri membantu dalam mengawal emosi dan mengurangkan stres.
❣️Menyertai pertandingan boleh meningkatkan keyakinan dan memberi peluang untuk menunjukkan kemahiran yang dipelajari.
Jom‼️Mari datang bersama sekeluarga anda‼️