AFJ FC

AFJ FC AFJ JUNIOR FC since 2023

30/08/2026

Season B
AFJ FC u14 vs Pengalat Fc (FT 1-1)

Ranau - 22/08/2026RANGKUMAN AKSI PERLAWANAN AFJ FC U14 Perjalanan AFJ FC U14 dalam Titan Youth Cup 2026 menyaksikan aksi...
22/08/2026

Ranau - 22/08/2026
RANGKUMAN AKSI PERLAWANAN AFJ FC U14

Perjalanan AFJ FC U14 dalam Titan Youth Cup 2026 menyaksikan aksi penuh semangat, disiplin dan perjuangan daripada barisan pemain muda.

Setiap perlawanan menjadi medan untuk menguji kekuatan, membina pengalaman dan membuktikan semangat juang pasukan. πŸ’ͺ⚽

Setiap minit di atas padang adalah pengalaman berharga. Teruskan berjuang, terus percaya pada proses dan terus melangkah ke hadapan.

AFJ FC U14
Trust The Process! πŸ’™βš½

JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026AFJ FC Bawah 14 Tahun yang dibarisi oleh pemain-pemain Bawah 13 Tahun tetap berban...
26/07/2026

JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026

AFJ FC Bawah 14 Tahun yang dibarisi oleh pemain-pemain Bawah 13 Tahun tetap berbangga dengan pencapaian pasukan apabila berjaya mara sehingga ke peringkat suku akhir (pusingan kalah mati) selepas menamatkan saingan di tempat kedua kumpulan dengan rekod 3 kemenangan dan 1 kekalahan.

Tahniah dan terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan komitmen, disiplin yang tinggi serta mempamerkan semangat kesukanan dan permainan yang adil (fair play) sepanjang kejohanan.

Ucapan penghargaan juga buat semua ibu bapa yang sentiasa memberi sokongan padu kepada anak-anak serta pasukan sepanjang kejohanan berlangsung.

Perjalanan ini menjadi pengalaman yang sangat berharga dan menjadi pembakar semangat untuk terus berusaha serta kembali lebih kuat pada kejohanan akan datang.

FIGHT ON 🫑πŸ’ͺ🏻

πŸ”₯⚽ HARI PERTAMA β€” PERJUANGAN AFJ FC U14! ⚽πŸ”₯Dua perlawanan, satu kemenangan dan satu kekalahan tipis. Namun perjuangan ma...
25/07/2026

πŸ”₯⚽ HARI PERTAMA β€” PERJUANGAN AFJ FC U14! ⚽πŸ”₯
Dua perlawanan, satu kemenangan dan satu kekalahan tipis. Namun perjuangan masih belum berakhir! πŸ’ͺπŸ”₯

❌ AFJ FC U14 1–2 Jaguar FC Black
βœ… AFJ FC U14 3–1 Legawa FC

AFJ FC U14 terpaksa akur dengan kekalahan tipis 1-2 dalam aksi sengit menentang Jaguar FC Black, dan seterusnya bangkit di perlawanan kedua dengan kemenangan bergaya 3–1 menentang Legawa FC.

πŸ”₯ Esok adalah hari penentuan

Masih berbaki 2 perlawanan dan peluang untuk melangkah ke peringkat seterusnya masih terbuka luas.

Esok kita bangkit! Esok kita berjuang! Esok kita buru kemenangan! πŸ’ͺ⚑

COME ON AFJ FIGHT ON πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

πŸ”₯βš”οΈ JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026 βš”οΈπŸ”₯AFJ FC U14 DATANG BUKAN SEKADAR MELENGKAPKAN JADUAL. KAMI DATANG UNTUK BER...
25/07/2026

πŸ”₯βš”οΈ JAGUAR YOUTH CHAMPIONSHIP CUP U14 2026 βš”οΈπŸ”₯

AFJ FC U14 DATANG BUKAN SEKADAR MELENGKAPKAN JADUAL. KAMI DATANG UNTUK BERTARUNG! πŸ’™βš½

Setiap padang adalah medan perjuangan. Setiap wisel adalah panggilan untuk berperang. Tiada ruang untuk takut, tiada tempat untuk mengalah. Lawan siapa sekalipun, kami turun dengan satu misi berjuang habis-habisan demi lencana di dada dan pasukan.

Biar peluh membasahi bumi. Biar semangat menggegarkan padang. Kemenangan bukan diberi, kemenangan mesti dirampas dengan usaha, disiplin dan keberanian!

πŸ† AFJ FC U14 β€” FIGHT ON πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻πŸ’ͺ🏻

Buat julung kalinya, penyertaan AFJ FC u16 dalam kejohanan bola sepak Jaguar Youth Championship Cup 2026, satu pengalama...
25/07/2026

Buat julung kalinya, penyertaan AFJ FC u16 dalam kejohanan bola sepak Jaguar Youth Championship Cup 2026, satu pengalaman berharga dalam usaha membangunkan bakat pemain muda.

Dalam kejohanan ini, pemain AFJ FC U16 bersama pemain TABS II U16 berganding bahu memberikan saingan yang sengit serta mempamerkan semangat juang, disiplin dan komitmen yang tinggi sepanjang pertandingan.

Semoga penyertaan ini menjadi titik permulaan kepada lebih banyak kejayaan dan pengalaman berharga buat semua pemain pada masa hadapan.

FIGHT ON πŸ’™βš½

Terima Kasih SAFA🀝🀝..Jumpa Sabtu ni.
09/06/2026

Terima Kasih SAFA🀝🀝..Jumpa Sabtu ni.

Address

Kota Kinabalu
88200

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when AFJ FC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category