Maja Noorzain

Maja Noorzain Official page For Noorazmahirah Binti Noorzain.

20hb Mei 2026 | Tongod Tongod merupakan salah sebuah daerah yang terbesar dan terletak di tengah - tengah Negeri Sabah. ...
21/05/2026

20hb Mei 2026 | Tongod

Tongod merupakan salah sebuah daerah yang terbesar dan terletak di tengah - tengah Negeri Sabah.

Saya hadir menyertai rombongan YAB Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor ke Daerah Tongod untuk dua majlis yang diadakan, Perasmian Bangunan Mahkamah Anak Negeri & seterusnya di sebelah petang Perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tongod.

Kehadiran YAB Ketua Menteri ke Daerah Tongod ini bukanlah yang pertama kalinya, namun ini adalah siri lawatan yang ke-4 sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Ketua Menteri. Keprihatinan beliau terhadap rakyat di Daerah Tongod mencerminkan bahawa beliau adalah pemimpin untuk semua, tidak kira di mana kedudukan geografi waima di bandar atau di luar bandar tidak akan terlepas pandang dalam pemerhatian beliau.

Tahniah rakyat Tongod ! Teruslah menyokong Kerajaan GRS kerana kerajaan ini adalah yang bekerja untuk rakyatnya.

Sehingga berjumpa lagi Tongod ! ☺️

21/05/2026

Pemimpin yang baik itu adalah pemimpin untuk semua. Jangan sombong, jangan ego, jangan lupa asal usul ! Kekuatan sebenar sesebuah parti adalah datang daripada ahli-ahli di akar umbi…

17 Mei 2026 | SICCSesi santai, eratkan ukhwah dan terus memperkukuhkan semangat perjuangan bersama barisan Pergerakan Be...
17/05/2026

17 Mei 2026 | SICC

Sesi santai, eratkan ukhwah dan terus memperkukuhkan semangat perjuangan bersama barisan Pergerakan Beliawanis Parti Gagasan Rakyat Sabah 🌸

Bukan sekadar pertemuan biasa, tetapi ruang untuk berkongsi pandangan, menyusun gerak kerja serta mengukuhkan perpaduan dalam kalangan anak muda wanita yang terus komited membawa suara rakyat dan membina masa depan Sabah yang lebih baik.

Dengan semangat kebersamaan, Beliawanis akan terus melangkah ke hadapan sebagai nadi kekuatan wanita muda yang aktif, berwibawa dan sentiasa dekat dengan masyarakat .


17 Mei 2026 | SICC  Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah bukan sekadar himpunan perjuangan, tetapi menjadi ...
17/05/2026

17 Mei 2026 | SICC

Persidangan Agung Khas Parti Gagasan Rakyat Sabah bukan sekadar himpunan perjuangan, tetapi menjadi medan memperkukuhkan kesatuan, semangat serta hala tuju demi masa depan rakyat dan negeri Sabah yang lebih maju, stabil dan sejahtera.

Dengan iltizam dan semangat kebersamaan, seluruh kepimpinan serta ahli parti terus berdiri teguh membawa aspirasi rakyat, memperjuangkan pembangunan, kestabilan politik dan kesejahteraan negeri di bawah payung perjuangan Parti Gagasan Rakyat Sabah.

Semoga persidangan ini menjadi titik pengukuhan perpaduan dan pemangkin kepada perjuangan yang lebih padu demi Sabah tercinta.


16 Mei 2026 | SICC KK Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia 🇲🇾 Dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Ha...
16/05/2026

16 Mei 2026 | SICC KK

Program Inspirasi Beli Barangan Malaysia 🇲🇾

Dirasmikan oleh
YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor
Ketua Menteri Sabah

Serta turut dihadiri oleh
YB Datuk Armizan Mohd Ali
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia

Memang ngam la program macam ni
Shopping sambil support produk tempatan… baru betul semangat ‘beli lokal’
Kadang barang Malaysia ni bukan kalah pun, cuma kalah sebab kita belum try lagi , Daripada shopping benda jauh-jauh, baik support produk sendiri… lagi puas hati, lagi ngam di poket 👍🏽🇲🇾

esok pun masih ada tu , masih sempat lagi jom datang beramai-ramai esok yaaaa 😄

13 Mei 2026 | Tuaran Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman yang berlangsung semal...
14/05/2026

13 Mei 2026 | Tuaran

Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Sulaman yang berlangsung semalam menjadi platform penting dalam memperkukuhkan semangat kerjasama, perpaduan serta perancangan gerak kerja organisasi demi memastikan setiap agenda dan program yang dirancang dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun, berkesan dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Terima kasih kepada semua ahli jawatankuasa yang hadir serta memberikan komitmen, idea dan pandangan bernas demi memperkasakan peranan beliawanis di Bahagian Sulaman. Semoga semangat kebersamaan ini terus menjadi pemangkin untuk melahirkan lebih banyak program yang bermanfaat, aktif dan dekat di hati masyarakat. 🤝🌸

Hadir ke Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas 2026 hari ini.
23/04/2026

Hadir ke Majlis Istiadat Pembukaan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri Sabah Yang Ketujuh Belas 2026 hari ini.

22/04/2026
Salam takziah buat semua mangsa kebakaran. Semoga dipermudah segala urusan 🤲🏻
19/04/2026

Salam takziah buat semua mangsa kebakaran. Semoga dipermudah segala urusan 🤲🏻

16hb April 2026 | Lahad Datu Kemeriahan raya masih terasa di Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka YBhg Datuk Haji Abdul H...
17/04/2026

16hb April 2026 | Lahad Datu

Kemeriahan raya masih terasa di Majlis Kesyukuran dan Rumah Terbuka YBhg Datuk Haji Abdul Hakim, ditambah dengan kehadiran YAB Ketua Menteri, DSP Haji Hajiji Haji Noor. Majlis diselitkan lagi dengan bacaan doa sambutan ulang tahun kelahiran tuan rumah. Selamat ulang tahun kelahiran Datuk ! 🥳

Suasana yang meriah, kehadiran sanak saudara keluarga sahabat handai, juadah yang sedap & pelbagai, persembahan yang memukau, dapat lagi duit raya ! Alhamdulillah, pulang dengan hati yang gembira ☺️

Saya sempat bersua bersalam raya, bergambar kenangan dan melepas rindu dengan sahabat2 Ketua-Ketua Beliawanis Lahad Datu.

Terima kasih tuan rumah & warga Lahad Datu , insya Allah bertemu lagi 💜

14hb April 2026 | Kg Serusup Tuaran Alhamdulillah..saya bersama rombongan daripada Yayasan Kebajikan Sabah yang diketuai...
14/04/2026

14hb April 2026 | Kg Serusup Tuaran

Alhamdulillah..saya bersama rombongan daripada Yayasan Kebajikan Sabah yang diketuai oleh Datuk Hajah Diyanah Abdullah, Pengarah YKS datang menziarahi dan menyantuni keluarga adik Balqis di kediaman mereka di Kg. Serusup. Ibunya Puan Nurain Lu Abdullah disahkan menghidap penyakit kanser payudara tahap 4 dan sedang menjalani rawatan.

Pihak YKS menyerahkan sumbangan daripada YAB Ketua Menteri, bantuan ubat-ubatan dan juga bakul makanan. Selain itu, saya juga memberikan sedikit sumbangan buat keperluan belajar adik Balqis.

Semoga Puan Nurain terus diberikan kekuatan dan kesihatan yang baik.

Address

Kota Kinabalu
88###; 89###

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Maja Noorzain posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share