SSBC Badminton Putatan

SSBC Badminton Putatan Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from SSBC Badminton Putatan, Sports Team, putatan Sabah, Kota Kinabalu.

Sesi latihan "Junior Program" dijalankan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bertempat di dewan Keramat dan Dewan Juara B...
25/09/2025

Sesi latihan "Junior Program" dijalankan setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat bertempat di dewan Keramat dan Dewan Juara Badminton Arena Putatan

Asas permainan amat penting dalam permainan badminton.

Kelab kami menyediakan modul latihan berpandukan Latihan BAM. Dan di selia oleh jurulatih yang berpengalaman.

Daftar harini untuk kemasukan bulan ini.

๐Ÿ“ฒ http://wassap.my/60135249335/SSBC

SSBC
BADMINTON PUTATAN

Tahniah kepada semua anak-anak SSBC!Syabas dan tahniah buat semua pemain muda SSBC yang telah beraksi cemerlang dalam ke...
17/07/2025

Tahniah kepada semua anak-anak SSBC!

Syabas dan tahniah buat semua pemain muda SSBC yang telah beraksi cemerlang dalam kejohanan MSSD PENAMPANG

Limi - Johan Bawah 12 Tahun
Aidil - Tempat Ke Dua bawah 15 Tahun
Safwan - Tempat Ketiga Bawah 15 Tahun
Danish - Tempat Ketiga Bawah 12 tahun
Azry -Tempat Ketiga Bawah 12 Tahun

Ada yang berjaya membawa pulang pingat dan ada juga yang menunjukkan peningkatan yang sangat membanggakan.

Setiap usaha, keringat dan semangat juang di gelanggang itu jauh lebih bermakna dari sekadar kemenangan. Ini baru permulaan. Teruskan berlatih, teruskan bermimpi, kerana kejayaan yang lebih besar sedang menanti anda semua!

โ€œYou donโ€™t have to be great to start, but you have to start to be great.โ€
SSBC sentiasa bersama dalam perjalanan ini. ๐Ÿ’ช๐Ÿธ๐Ÿ”ฅ




Selamat Hari Raya Aidiladha 1446HSemoga kita semua diberi kekuatan dan keikhlasan dalam meneladani makna sebenar pengorb...
07/06/2025

Selamat Hari Raya Aidiladha 1446H
Semoga kita semua diberi kekuatan dan keikhlasan dalam meneladani makna sebenar pengorbanan...

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan antara team Gegurllss SSBC dan geng akak2 legend dari Badminton Jua...
22/05/2025

Alhamdulillah, selesai sudah perlawanan persahabatan antara team Gegurllss SSBC dan geng akak2 legend dari Badminton Juara!

Semangat, teamwork dan sorakan masing-masing memang padu habis!

Walaupun hanya perlawanan santai, tapi semangat juang tu tetap macam main untuk final kejohanan! Beeesttt.. ๐Ÿ‘๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Terima kasih Akak2 Legend Badminton Juara untuk sparring yang best โ€“ next round, kita repeat lagi ya?

Majlis Raya SSBC 2025 โ€“ Bila keluarga badminton berkumpul, meriah dia lain macam!Semalam, Jumaat 25 April 2025โ€ฆ satu har...
26/04/2025

Majlis Raya SSBC 2025 โ€“ Bila keluarga badminton berkumpul, meriah dia lain macam!

Semalam, Jumaat 25 April 2025โ€ฆ satu hari yang penuh warna buat kami di Sabah Shuttle Badminton Club (SSBC). Dalam suasana raya yang sederhana tapi penuh makna, kami semua โ€“ pemain, keluarga, sahabat โ€“ berkumpul, bermaafan, dan paling penting menyambung silaturahim.

Dari ketupat ke rendang, dari senyuma hingga penuh tawa โ€“ semuanya mengingatkan kami bahawa SSBC bukan sekadar kelab. Kita ni satu keluarga.

Terima kasih semua yang hadir, yang menyumbang masa, tenaga dan kasih sayang untuk jayakan majlis ni. Momen-momen semalam? Memang akan kami simpan dalam hati.

Sampai jumpa di gelanggang โ€“ dengan semangat yang lebih kuat, dan hati yang lebih dekat.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin! Hari yang dinantikan telah tiba, mari kita rayakan dengan penuh syuk...
30/03/2025

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!

Hari yang dinantikan telah tiba, mari kita rayakan dengan penuh syukur dan kebahagiaan. Semoga hari yang penuh keberkatan ini menyemai nilai-nilai kasih, pengampunan, dan persaudaraan antara satu sama lain.

Dengan ingatan tulus ikhlas
SSBC PUTATAN

Semangat & Dedikasi! ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅPemilihan Pemain Badminton Yayasan Sabah untuk Kejohanan Julai 2025 ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅHari ini, Headcoach Jerry b...
24/02/2025

Semangat & Dedikasi! ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅ

Pemilihan Pemain Badminton Yayasan Sabah untuk Kejohanan Julai 2025 ๐Ÿธ๐Ÿ”ฅ

Hari ini, Headcoach Jerry berpeluang menjadi juri dalam pemilihan pemain badminton ( Staff Yayasan Sabah ) yang akan mewakili Negeri Sabah pada bulan Julai nanti.

Melihat semangat dan bakat luar biasa daripada staf Yayasan Sabah benar-benar menginspirasikan!

Tahniah kepada semua yang terpilih! Teruskan latihan dan persiapkan diri untuk membawa nama Sabah ke peringkat yang lebih tinggi. Yang tidak terpilih kali ini, jangan putus asaโ€”teruskan usaha kerana peluang sentiasa ada untuk mereka yang tidak pernah berhenti berusaha.

2 KEJOHANAN BERBEZA NAMUN PODIUM YANG SAMA.TAHNIAH SSBC TEAM merangkul kejuaraan bagi kategori Bergu Lelaki dan tempat k...
17/02/2025

2 KEJOHANAN BERBEZA NAMUN PODIUM YANG SAMA.

TAHNIAH SSBC TEAM merangkul kejuaraan bagi kategori Bergu Lelaki dan tempat ketiga bagi Perseorangan Lelaki.

โœ… Kejohanan Badminton Bergu Lelaki Daerah Kudat
โœ… Kejohanan Badminton Perseorangan Lelaki Tiger BC. (Juara Arena Putatan)

Tahniah buat Coach Jerry, Coach Amirul Dan Tuan Shahrizuan.

Tahniah juga buat semua ahli SSBC yang menyertai. ( Naufal, Azlan, Ben, Darrren, Hafiz dan Syawal)

SSBC Badminton Putatan

KEJOHANAN BADMINTON SSBC & JEMPUTAN SIRI  ( 1) 2025.TAHNIAH buat semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terli...
10/02/2025

KEJOHANAN BADMINTON SSBC & JEMPUTAN SIRI ( 1) 2025.

TAHNIAH buat semua pemenang dan terima kasih kepada semua yang terlibat.

Edisi Liga Kumpulan seramai 16 pasangan menutup tirai dengan sempurna.

Tahniah sekali lagi buat semua.. Kita jumpa di edisi seterusnya..

Address

Putatan Sabah
Kota Kinabalu
89600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when SSBC Badminton Putatan posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category