Beaufort Taekwondo Club

Beaufort Taekwondo Club Beaufort Taekwondo Club (W.T) - Official Page Gentisan Sepanggar

Lokasi Latihan /Training Location :
Dewan Tmn Putera Jaya Telipok (SAT/3pm-5pm)
Dewan Tmn Telipok Ria (SAT/5pm-7pm)
S.K Bukit Padang
S.M Teknik Likas
Dewan Kg.

Seramai tiga ahli Kelab Taekwondo Beaufort berada dalam pasukan Taekwondo  berjuang membawa cabaran dalam Edisi Sukan Ma...
14/08/2024

Seramai tiga ahli Kelab Taekwondo Beaufort berada dalam pasukan Taekwondo berjuang membawa cabaran dalam Edisi Sukan Malaysia kali Ke-21, 2024, di Kuching Sarawak.

Atlet2 yang terlibat ialah Dyana Fawizah Mhd Zaini, Angelia Joli Anthony Tuh dan Harry Lee Clare. Turut Berada dalam pasukan ialah Master Yong Nga Fun selaku Jurulatih merangkap Chaperon dan Master Mhd Zaini Usop sebagai Pengurus Pasukan.

Pada edisi SUKMA 2024, Sabah menghantar 22 orang yang dibarisi oleh 17 atlet dan 5 oang pegawai.

Dengan semangat kesukanan yang tinggi, moga pasukan Sabah beroleh kutipan pingat utk Kontinjen Sabah.


TB 2018
31/03/2024

TB 2018

Pengaktifan Kelas Latihan Taekwondo,Lokasi: Bangunan Pusat Kesenian & Kebudayaan Bisaya, Jalan Kompleks JKR Beaufort Jur...
13/09/2022

Pengaktifan Kelas Latihan Taekwondo,
Lokasi: Bangunan Pusat Kesenian & Kebudayaan Bisaya, Jalan Kompleks JKR Beaufort

Jurulatih Bertauliah Dan Berpengalaman Luas:
- Sukan Taekwondo - kejohanan domestik, kebangsaan antarabangsa
- Mengendalikan Kelas² latihan
- Membimbing ahli dalam pembangunan sahsiah (Personality).
- Mempunyai Pusat Latihan Di Beberapa Daerah
- Melahirkan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih yang berintegriti dan mampu menggalas tanggungjawab.

Yuran yang rendah tidak bererti berkualiti rendah, kami tetap mempastikan mutu latihan berada pd tahap optima serta memenuhi kriteria/standard silibus TM/WT. Taekwondo For All.

TB
11/10/2021

TB

3RD SERIES TM (WTF) EXAMINERS AND INSTRUCTORS SEMINAR 2020Badan induk Taekwondo kebangsaan iaitu Taekwondo Malaysia (WTF...
17/02/2020

3RD SERIES TM (WTF) EXAMINERS AND INSTRUCTORS SEMINAR 2020

Badan induk Taekwondo kebangsaan iaitu Taekwondo Malaysia (WTF) bersama Badan Induk Taekwondo Negeri, Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah telah mengadakan Seminar penguji dan Jurulatih yang julung kali diadakan di Negeri Sabah.

Penyertaan dari Kelab Taekwondo Beaufort dalam seminar tersebut diketuai oleh Master Zaini Bin Usop (Ketua Jurulatih) bersama para jurulatih iaitu Pn. Yong Nga Fun @ Catherina, En. Afiq Basil Bin Adi Zaini, En. Kevin Amit, En. Ahmad Fareez Bin Yahya dan En. Yusrijal Bin Emin.

Seminar tersebut telah berlangsung pada 16 Februari 2020 yang bertempat di Nantapuan Hall, Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu. Majlis dihadiri oleh Grand Master S. Krishnamurthy (Naib Presiden Taekwondo Malaysia), Grand Master Moi Chee Keong (Jawatankuasa Eksekutif TM), Master Johnny Loke Shee (Jawatankuasa Eksekutif TM) dan Master Francis Langkab (Presiden Taekwondo Bersatu Negeri Sabah).

Syabas diucapkan kepada Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah atas usaha menganjurkan seminar tersebut dan Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih yang telah mendapat pentauliahan daripada Taekwondo Malaysia (WTF).

Keep The Team Work Spirit
21/11/2019

Keep The Team Work Spirit

Best Photo Of 2019
21/11/2019

Best Photo Of 2019

UJIAN KENAIKKAN TALI PINGGANG CAWANGAN KOTA KINABALUKelab Taekwondo Beaufort telah mengadakan ujian kenaikkan tali pingg...
24/09/2019

UJIAN KENAIKKAN TALI PINGGANG CAWANGAN KOTA KINABALU

Kelab Taekwondo Beaufort telah mengadakan ujian kenaikkan tali pinggang siri 2, tahun 2019 bagi cawangan Kota Kinabalu pada 21 September 2019 (Sabtu) yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Putera Jaya, Telipok.

Seramai 60 orang ahli dari beberapa pusat latihan (SM/SK St Peter, Tmn Putera Jaya, SK Tobobon & Kolej Vokasional Beaufort) telah menyertai sesi ujian kenaikkan tali pinggang tersebut.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Master Francis Langkab (Examiner/UTSA President) yang sudi hadir menyempurnakan sesi ujian kenaikkan tali pinggang yang turut dihadiri oleh Master Mhd Zaini Usop (Ketua Jurulatih), barisan jurulatih/pembantu jurulatih dan ibubapa ahli yang terlibat.

Majlis Ujian Kenaikkan Tali Pinggang BFTTC Cawangan Tambunan Seramai 47 orang pelatih Kelab Taekwondo Beaufort Cawangan ...
16/09/2019

Majlis Ujian Kenaikkan Tali Pinggang BFTTC Cawangan Tambunan

Seramai 47 orang pelatih Kelab Taekwondo Beaufort Cawangan Tambunan telah menjalani ujian kenaikkan tali pinggang (Belt Upgrading) pada 15 September bertempat di Dewan Terbuka S.K Kitou, Tambunan.

Majlis ini turut menyaksikan kejayaan 6 orang pelatih yang berjaya menjalani ujian ke tali pinggang hitam (1st Dan Black Belt).

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Master Francis Langkab (Examiner/Presiden UTSA) yang hadir menyempurnakan majlis ujian tersebut. Turut hadir adalah Master Mhd Zaini Usop (Ketua Jurulatih), Afiq Basil (Jurulatih), barisan pembantu jurulatih dan para ibubapa yang terlibat.

Tahniah dan Syabas diucapkan kepada semua.

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG CAWANGAN NANGOH/PAMOL Kelab Taekwondo Beaufort telah mengadakan majlis ujian kenaikan tali ...
09/09/2019

UJIAN KENAIKAN TALI PINGGANG CAWANGAN NANGOH/PAMOL

Kelab Taekwondo Beaufort telah mengadakan majlis ujian kenaikan tali pinggang Siri 2 tahun 2019 seperti butiran berikut:-

Tarikh: 08 September 2019 (Ahad)
Tempat: Dewan SMK Pamol

Seramai 39 orang pelatih telah berjaya menduduki ujian kenaikan tali pinggang yang telah disempurnakan oleh
Master Francis Langkab selaku penguji (Examiner) dan Presiden Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah (UTSA).

Turut hadir pada majlis ujian tersebut adalah Master Mhd Zaini Bin Usop (Ketua Jurulatih), Kevin Amit (Jurulatih) serta ibubapa para pelatih.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang terlibat.

-Admin-

Address

Pos Mini Indah Permai, Peti Surat 24, Jalan Sepanggar Bay
Kota Kinabalu
88450

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Beaufort Taekwondo Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share