28/08/2026
Sumbangan Prihatin Buat Keluarga Allahyarham Mohd Rayyan
Assalamualaikum dan salam takziah.
Dengan penuh dukacita, pihak MBVTC ingin memaklumkan bahawa salah seorang ahli kelab, Adik Mohd Rayyan, telah kembali ke rahmatullah.
Sebagai tanda keprihatinan dan solidariti daripada keluarga besar MBVTC, pihak kelab mengambil inisiatif dan ikhtiar untuk mengumpulkan sumbangan bagi membantu serta meringankan beban keluarga Allahyarham dalam menghadapi saat sukar ini.
Kami amat mengalu-alukan sumbangan daripada para ibu bapa, ahli kelab serta sahabat-sahabat yang ingin bersama-sama menyumbang. Walaupun sedikit, setiap sumbangan amat bermakna dan sangat dihargai.
Semoga dengan sumbangan dan keprihatinan kita bersama, sedikit sebanyak dapat membantu keluarga Allahyarham melalui masa yang sukar ini.
Sumbangan boleh di buat ke akaun Maybank
Suzsie Jimlih
110198019122
*(Ref : Mohd Rayyan)*
Terima kasih π’