29/04/2026
Kecederaan sukan yg biasa berlaku bagi sukan berlari cth bola sepak dan pelari².
Achilles tendinitis ialah keradangan @ iritasi pada tendon Achilles. Ia antara tendon terbesar dalam badan yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit iaitu Achilles tendon.
Apa puncanya?
Selalunya berlaku kerana:
🔹Overuse — terlalu banyak berlari, melompat, futsal, hiking.
🔹Naikkan intensiti sukan mendadak — contohnya tiba-tiba training berat.
🔹Repeated strain — pergerakan berulang yang beri tekanan pada tendon.
🔹Kasut sukan tak sesuai.
🔹Otot betis tegang (tight calf muscles)
Simptom biasa:
🔹Sakit belakang buku lali / atas tumit.
🔹Rasa tegang dan kaku waktu pagi.
🔹Bengkak atau panas pada tendon.
🔹Sakit bila berjalan,berlari,naik tangga@ jinjit.
🔹Kadang berbunyi “creak” bila digerakkan
Rawatan awal (R.I.C.E)
✅ Rest – kurangkan aktiviti
✅ Ice – tuam ais 15–20 minit
✅ Compression – balutan sokongan jika perlu
✅ Elevation – tinggikan kaki
Pemulihan
🔹Regangan betis & latihan penguatan (eccentric calf raises sangat membantu).
🔹Fisioterapi jika berlarutan.
🔹Recovery boleh ambil beberapa minggu hingga beberapa bulan, ikut tahap kecederaan.
Bila bahaya? 🆘🚷
Kalau:
🔺sakit sangat kuat tiba-tiba,
🔺susah pijak kaki,
🔺terasa macam “pop” di belakang tumit,
itu mungkin Achilles tendon rupture (tendon koyak) dan perlu jumpa doktor segera.☝🏽
Ada beza Tendinitis vs Tendinosis ?
🔺Tendinitis = keradangan (biasanya fasa awal)
🔺Tendinosis = tendon mula rosak/degenerasi sebab overuse kronik (lebih serius).
Ramai ingat semua “radang”, padahal kadang tendon dah masuk fasa degeneratif.
semoga bermanfaat..