22/08/2026
Laporan: Alor Setar Marathon 2026
Telah berlangsungnya acara Alor Setar Marathon pada minggu yang lalu dimana antara acara yang ditunggu-tunggu oleh para pelari Malaysia dek kerana laluannya yang agak rata dan sangat sesuai untuk para pemula dan pengejar catatan rekod baharu.
Acara yang meliputi pelbagai kategori bermula dengan jarak 1km sehinggalah 42.2km atau Marathon Penuh turut dihadiri oleh beberapa orang wakil Team melalui beberapa tempat ikonik Kota Setar yang penuh dengan ketenangan.
Berikut adalah keputusan wakil team yang berjaya mendapatkan podium:
Kategori 21.1km Lelaki Veteran:
ππ» Azrulnizam aka Ijea
π Juara Kategori
ππ» Engku Azmi aka Abe Raja
π
Ke-6 Kategori (Rekod Peribadi Baharu)
Tahniah kami ucapkan kepada mereka atas kejayaan berkenaan! Tahniah juga diucapkan kepada lain-lain ahli team Yusman, Zul, Basir dan Humairah kerana berjaya menamatkan larian dengan jayanya! Kami bangga dengan anda semua! π₯³
Tahniah buat anda semua walau apa jua keputusan. Teruskan mencuba kerana suatu hari nanti pasti anda akan berjaya! πͺπ»π€©
Keputusan rasmi:
https://runnersunite.racetecresults.com/results.aspx?CId=16634&RId=1353&EId=5&dt=0&g=1&c=30
Gambar rasmi:
https://sspix.photohawk.com/galleries/alor-setar-marathon-2026
-sixsixsix jalan rata ke bukit merata ke tetap bonk di separuh jalan sebab malas training π₯Ή-