Team Memanah Kedah - Recurve

Website

Team Memanah Kedah - Recurve Kedah SUKMA Recurve Archery Team 🏹
State Representative | Elite Athletes
Precision β€’ Discipline β€’ Excellence
πŸ“ Kedah, Malaysia

Memandangkan selection SUKMA dah makin dekat, mai kita ramai-ramai daftar di kassarchery.my!Tak kira hangpa ni pemanah s...
23/10/2026

Memandangkan selection SUKMA dah makin dekat, mai kita ramai-ramai daftar di kassarchery.my!

Tak kira hangpa ni pemanah sekolah rendah, sekolah menengah, senior, junior, beginner ka, dah lama main ka… semua dialu-alukan!

Tak kira kategori apa pun, tak kira level mana pun. Yang penting hangpa pemanah Kedah dan ada minat nak terus maju dalam sukan memanah. πŸ’ͺ

Kita nak buat bancian pemanah Kedah. Nak tengok berapa ramai sebenarnya pemanah kita yang aktif, yang baru nak mula, dan yang tengah bersiap sedia untuk selection akan datang.

πŸ“Œ Jom register di:
🌐 kassarchery.my

Jangan dok tunggu sampai selection baru nak kalut cari nama. Kita mula dari sekarang!

Mana tau, nama hangpa antara yang bakal mewarnai skuad SUKMA Kedah nanti. πŸ˜‰

Pemanah Kedah, mai register ramai-ramai!

Alhamdulillah, Elman antara atlet SUKMA Kedah yang terpilih menyertai Kem Kecemerlangan SPM 2026 anjuran MSN Kedah. πŸ“šπŸ’ͺPr...
23/10/2026

Alhamdulillah, Elman antara atlet SUKMA Kedah yang terpilih menyertai Kem Kecemerlangan SPM 2026 anjuran MSN Kedah. πŸ“šπŸ’ͺ

Program ni dah bermula semalam, 22 Oktober, dan berlangsung selama 3 hari 2 malam. Esok masih ada lagi, baru habis!

Memanah kena pulun, SPM pun kena pulun naa. Bukan setakat nak jadi atlet hebat, pelajaran pun kena jaga. Masa depan depa ni penting jugak

Terima kasih banyak kat MSN Kedah sebab sediakan program macam ni untuk atlet-atlet kita. Besar maknanya sokongan macam ni.

Semoga Elman dan semua atlet yang bakal menduduki SPM tahun ni dapat manfaat daripada program ni. Moga dipermudahkan urusan dan berjaya cemerlang dalam SPM nanti.

Terima kasih Majlis Sukan Negeri Kedah ❀️




Selama ni minat memanah, tapi teringin nak melangkah lebih jauh dalam dunia sukan ni? πŸ‘€Inilah masanya! πŸ’₯πŸ“£ KURSUS ASAS KE...
22/10/2026

Selama ni minat memanah, tapi teringin nak melangkah lebih jauh dalam dunia sukan ni? πŸ‘€

Inilah masanya! πŸ’₯

πŸ“£ KURSUS ASAS KEJURULATIHAN MEMANAH

Bukan sekadar belajar tentang memanah, tetapi peluang untuk menimba ilmu, menambah pengetahuan dan membuka langkah ke arah menjadi jurulatih memanah!

πŸ“… 20–21 NOVEMBER 2026
πŸ“ Sekolah Kebangsaan Siputeh, Kodiang, Kedah

πŸ’° Yuran penyertaan: RM250 seorang

βœ… Berumur 18 tahun ke atas
βœ… Mempunyai pengalaman dalam sukan memanah sekurang-kurangnya 3 tahun
βœ… Pemilihan calon tertakluk kepada Jawatankuasa Kejurulatihan NAAM

⏳ PENDAFTARAN DIBUKA SEHINGGA 12 NOVEMBER 2026!

Jangan tunggu sampai orang lain dah melangkah jauh, baru kita nak mula. πŸ˜‰

Kalau ada minat, pengalaman dan semangat untuk menyumbang kepada pembangunan sukan memanah, inilah peluang untuk anda!

πŸ“² Pertanyaan lanjut:
☎️ Tengku Azlan Bin Tuan Mat β€” 013-531 1200
☎️ Cik Fairuz SM Rahim β€” 010-562 1904

πŸ“’ Tag kawan-kawan pemanah, jurulatih pelapis dan mereka yang berminat nak ceburi bidang kejurulatihan!

BINA ILMU. TAMBAH PENGALAMAN. LAHIRKAN GENERASI PEMANAH SETERUSNYA! 🎯🏹

22/10/2026

Tahniah Ahmad Mujahid, Naib Johan Recurve Men Kebangsaan 2026! πŸ₯ˆπŸ’šπŸ’›

Tahniah juga buat Quik Chern Xin atas kejayaan merangkul gelaran Johan Recurve Men Kebangsaan 2026! πŸ₯‡πŸΉ

Persaingan yang cukup menarik di pentas final. Syabas kedua-dua pemanah! πŸ‘πŸ”₯

πŸ“£ KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SIPUTEH 2026 dah mai!🏹 Kategori bawah 12 tahun (lelaki & perempuan)🏹 Kategori bawah 10 tahun...
20/10/2026

πŸ“£ KEJOHANAN MEMANAH TERBUKA SIPUTEH 2026 dah mai!

🏹 Kategori bawah 12 tahun (lelaki & perempuan)
🏹 Kategori bawah 10 tahun (lelaki & perempuan)

πŸ“… 20–21 November 2026
πŸ“ SK Siputeh, Kodiang, Kedah

πŸ’₯ Bukan sekadar datang bertanding, tapi peluang untuk bina keyakinan, tambah pengalaman dan buktikan kemampuan di gelanggang!

Mak ayah yang ada anak minat memanah, mai bagi depa rasa pengalaman bertanding! ❀️

⏳ Pendaftaran dibuka hingga 6 NOVEMBER 2026 sahaja!

πŸ“² Pertanyaan:
☎️ 013-531 1200
☎️ 010-562 1904

Tag geng pemanah cilik korang! πŸ‘‡πŸ”₯

KITA TENGOK SIAPA JUARA CILIK SIPUTEH 2026! πŸ†πŸΉ

19/10/2026

Semalam punya aksi final 🏹πŸ”₯ Kita upload sikit-sikit naa, nanti sambung lagi! πŸ’šπŸ’›

Alhamdulillah, penutup tahun 2026 yang cukup manis untuk Ahmad Mujahid dan Team Recurve Kedah! πŸ’šπŸ’›πŸΉTahun ni tahun pertama...
18/10/2026

Alhamdulillah, penutup tahun 2026 yang cukup manis untuk Ahmad Mujahid dan Team Recurve Kedah! πŸ’šπŸ’›πŸΉ

Tahun ni tahun pertama Mujahid masuk level senior, mula memanah jarak 70 meter. Baru tahun pertama, dah berjaya sampai ke Grand Final dan bawa balik Naib Johan, Pingat Perak Kejohanan Memanah Kebangsaan 2026. Alhamdulillah, rezeki! πŸ’ͺ

Bukan mudah nak sampai ke tahap ni. Kena lawan atlet-atlet berpengalaman, tapi Mujahid berjaya buktikan dia pun boleh bersaing sampai ke final.

Tahniah Jahid! Jangan dok puas hati lagi naa πŸ˜‚ Banyak lagi kena belajar, banyak lagi nak kena baiki. Kita buat pelan-pelan, kerja kuat dan terus konsisten. Insya-Allah, moga ada rezeki yang lebih besar lepas ni.

Terima kasih banyak kat semua yang singgah support LIVE TikTok kami tadi ❀️πŸ₯°Terima kasih yang dok komen, bagi semangat d...
18/10/2026

Terima kasih banyak kat semua yang singgah support LIVE TikTok kami tadi ❀️πŸ₯°

Terima kasih yang dok komen, bagi semangat dan support anak-anak Kedah. Jauh dekat tak kisah, janji dok bagi sokongan kat depa πŸ’šπŸ’›

Terima kasih semua! Moga murah rezeki selalu. Jumpa lagi di LIVE akan datang naa! 😍🏹

18/10/2026

FINAL KMK GRAND FINAL 2026 🏹

Perlawanan akhir bermula dengan cukup sengit! Mujahid dan Quik sama-sama garang, terikat 28-28 pada set pertama.

Namun, Quik yang lebih berpengalaman sebagai atlet podium berjaya menggunakan pengalamannya untuk memenangi perlawanan dengan keputusan 6-2.

Tahniah Mujahid! πŸ’šπŸ’›

Alhamdulillah, berjaya membawa pulang gelaran NAIB JUARA KEBANGSAAN 2026. Satu pencapaian yang sangat membanggakan untuk Kedah. Bukan mudah untuk sampai ke tahap ni, lebih-lebih lagi pada usia semuda 16 tahun.

Terus belajar, terus usaha dan jangan cepat puas hati. Insya-Allah, perjalanan masih panjang. πŸ’ͺ🏹

Address

SMK MEGAT DEWA
Kodiang
06000

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Team Memanah Kedah - Recurve posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category