ALKIS VC

ALKIS VC ALKIS Volleyball Club

19/10/2025

Semuanya bermula di sini. Perlawanan Akhir ALKIS VC vs ASHURA.

TAHNIAH AHMAD SYAHMIE — BEST SPIKER 2025! 🏐🔥Kejohanan kali ini bukan sahaja menyaksikan kebangkitan ALKIS VT sebagai pas...
19/10/2025

TAHNIAH AHMAD SYAHMIE — BEST SPIKER 2025! 🏐🔥

Kejohanan kali ini bukan sahaja menyaksikan kebangkitan ALKIS VT sebagai pasukan underdog yang berjaya mara ke pentas akhir, malah turut mencipta sejarah peribadi buat salah seorang pemain kami.

AHMAD SYAHMIE BIN MOHAMAD AKHRADZI (SPM 2016) telah dinobatkan sebagai BEST SPIKER 2025, mengiktiraf ketangkasan, kekuatan dan konsistensi beliau sepanjang kejohanan berlangsung.

Pengiktirafan ini bukan sekadar milik individu, tetapi lambang semangat juang seluruh pasukan ALKIS VT yang telah berlatih dan berjuang bersama. Kami bangga dengan pencapaian ini dan berharap ia menjadi inspirasi buat generasi alumni akan datang.

Teruskan melangkah, teruskan menyinar!

FROM ZERO TO HERO: ALKIS VT Bangkit!Kami turun tanpa tekanan, tapi penuh harapan. Penyertaan sulung ALKIS VT  dalam kejo...
19/10/2025

FROM ZERO TO HERO: ALKIS VT Bangkit!

Kami turun tanpa tekanan, tapi penuh harapan. Penyertaan sulung ALKIS VT dalam kejohanan alumni, dengan barisan pemain baru yang dibentuk hanya dalam 2 bulan, menjadikan kami pasukan underdog yang tak dijangka.

Alhamdulillah, berkat kerjasama mantap semua pemain, kami muncul Johan peringkat kumpulan dan mara ke suku akhir. Tamat sahaja perlawanan peringkat kumpulan, sebahagian daripada kami terpaksa beransur pulang atas urusan keluarga — namun semangat pasukan tetap membara.

Sepanjang perjalanan pulang, keputusan perlawanan terus dikongsi rakan-rakan melalui WhatsApp. ALKIS VT melangkah ke pentas akhir dan menamatkan kejohanan sebagai Naib Johan. Satu pencapaian luar biasa untuk pasukan baru. Tahniah semua pemain, kalian memang terbaik!

Setinggi-tinggi penghargaan kepada:

• Alumni Kolej Islam atas sokongan padu dari awal hingga akhir
• Penaja ALKIS VT:
Klinik Pergigian Awani Dental,
Legasi Al Amin Deer Farm,
MyFon Network Sdn Bhd
• Individu-individu yang menyumbang secara peribadi

Semoga segala sumbangan dan usaha kalian diganjari sebaiknya oleh Allah SWT. Kejayaan ini milik semua.

20/09/2025

Address

Kolej Islam Sultan Alam Shah
Klang

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ALKIS VC posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share