Kembara Terengganu

Kembara Terengganu KELAB KEMBARA & EKSPLORASI TERENGGANU (KKET)

Akan lebih bermakna kalau keindahan alam ini dikongsi. Udara? Kenapa tidak!

Hiking, Camping, Water Activities dan InSyaAllah akan diteroka lagi selagi mampu. Jom hayati alam semulajadi sambil beriadah!

๐ŸŽ‰๐ŸŽŠHappy New Year 2026๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰
01/01/2026

๐ŸŽ‰๐ŸŽŠHappy New Year 2026๐ŸŽŠ๐ŸŽ‰




Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..Maaf Zahir Dan Batin.1 Syawal 1445 / 10 April 2024
09/04/2024

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri..
Maaf Zahir Dan Batin.
1 Syawal 1445 / 10 April 2024

27/03/2024
Salam KEMBARA.Alhamdulillah, tanggal 6 Jan 2024 kami mulakan acara rasmi KKET pada tahun 2024 dgn mngadakan ' Majlis Anu...
07/01/2024

Salam KEMBARA.
Alhamdulillah, tanggal 6 Jan 2024 kami mulakan acara rasmi KKET pada tahun 2024 dgn mngadakan ' Majlis Anugerah KEMBARA HIKE 365 - 2023'.
KEMBARA HIKE 365 adalah program julung-julung kalinya d adakan bagi mengalakkan ahli-ahli menjejak kaki ke seberapa banyak puncak bukit atau gunung sepanjang tahun 2023.
Antara objektif utama adalah untuk samaยฒ berkongsi cerita puncak-puncak bagi panduan sesama ahli.
Tiga peserta yg telah mencapai puncak terbanyak menerima hadiah-hadiah wang tunai, plak dan juga sijil.
Penyampain hadiah telah d sempurnakan oleh Syed Al-Habshie Tuan Syed Mohd Yasni (Jurulatih Rekreasi Kebangsaan).
Tahniah kpd Penganjur Cik FaRz yg telah menguruskan majlis dgn baik dan d bantu oleh Cda.
Terimakasih kpd semua yg hadir dan memeriahkan majlis ini.
Segala kekurangan, maaf jua yg d pinta.
InSyaAllah, dgn semangat dan kerjasama semua AJK & Ahliยฒ, KKET akan terus bergerak aktif & positif.
Sebarang pertanyaan mengenai KKET boleh disalurkan kpd Pengerusi Lynn Ahmad atau Setiausaha Fariz Ahmad Kembara Terengganu

Ekspedisi Mat Kilau Historical Trail2023Alhamdulillah,Puji dan Syukur ke Hadrat Allah SWT, keranakeizinanNYA dapat kami ...
06/10/2023

Ekspedisi Mat Kilau Historical Trail2023

Alhamdulillah,
Puji dan Syukur ke Hadrat Allah SWT, kerana
keizinanNYA dapat kami menyempurnakan โ€˜Ekspedisi Mat Kilau Historical Trail2023โ€™ ( Jejak Pahlawan Mat Kilau )
Anjuran insiatif bersama Jab. Perlancongan Neg. Terengganu & Per. Penggerak Rekreasi Terengganu, selama 4 hari ( 22hb- 24hb Sept ).

Sekalung Terima Kasih & penghargaan jua kpd
Tuan Adam Rahman APM Pahang selaku Cip Expidition dan Tuan Syed Al-Habshie menjadi
Penyelaras bersama kpd program ini, tak lupa kpd AJK Penggerak sekalian juga kpd semua guide yang terlibat dengan ekspedisi kali ini.
Semua peserta merasai pengalaman yg sangat bernilai:
- menaiki bot 3jam ( Kg Bantal ke K. Lurut )
-meranduk sungai lebih 2jam ( K. Lurut ke Sg. Chair )
-trail + meranduk ank sungai 1jam ( Sg. Chair ke Sg. Kemala campsite )
-bermalam di campsite ( hentian purba pokok durian & rambutan lama )
- mendaki & trail denai Bkt Pecah Pinggan
ke Bkt Main Angin 2-3jam
-Bkt Main Angin ke Batu Sempadan & turun ke simpang ke Sg. Temeka 2jam.
- Sg. Temeka ke Lubuk Kundang lebih 1jam
-menaiki hardcore 4x4 Lubuk Kundang ke Pasir Raja 3-4jam
Total lbh kurang 63km

Our team yang semua hebat, anda semua memang awesome ๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช๐Ÿ’ช

Semoga semua aktiviti, kerja amal, ekspedisi kita ini mendapat redha, rahmat & barokah dari ALLAH SWTโ€ฆ Aamiin

Jumpa & Jumpa lagi
Kredit Tuan Adam

10/09/2023

Alhamdulillah. Pada 09.09.2023, KKET selesai menguruskan satu lagi program di dalam kalender tahunan Pelancungan Dan Kebudayaan Negeri Terengganu 2023.
Program : Terengganu Merdeka Hike 2023(TMH 2023).
Lokasi : Bukit Pejajat, Pantai Marina, Kemaman, Trg.
Program telah dlm makluman dan mendapat sokongan drpd KBS, PDRM, Majlis Daerah, RELA, APM, YBC, YBK dll.
Tuan Esa Bin Ibrahim, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Kemaman, telah melakukan 'Flag-Off' dan sebelum itu sudi memimpin senaman ringkas. Terbaikkk...
Jutaan Terimakasih kepada semua kumpulan dan individu yg trlibat, Ampun Maaf Lahir Batin atas segala kekhlifan dan kekurangan.
Moga kita dapat bergabung lagi. InSyaAllah.
Lynn Ahmad Sue Ida Lynda Aripin Kelab Kembara & Eksplorasi Terengganu (KKET) Zainal Abidin Hamzah

Alhamdulillah. Selesai sudah program 'Plogging Merdeka 2023'  pada 31 Ogos 2023, hasil kolabrasi antara Pej Belia & Suka...
31/08/2023

Alhamdulillah. Selesai sudah program 'Plogging Merdeka 2023' pada 31 Ogos 2023, hasil kolabrasi antara Pej Belia & Sukan Daerah Kemaman dan Kelab Kembara Dan Eksplorasi Terengganu (KKET), serta mendapat kerjasama yang sngt baik dari Geng Teluk Mak Nik (GTMN).
TAHNIAH & JUTAAN TERIMAKASIH kepada semua yang terlibat. Moga kita dapat bergabung lagi. InSyaAllah.
'Sihatkan badan-Bersihkan alam'
Kelab Kembara & Eksplorasi Terengganu (KKET) Lynn Ahmad Fariz Ahmad Muhamad Zulhelmi Zainal Abidin Hamzah Geng Teluk Mak Nik

Jom daftar sekarang.. Kita jumpa di Bukit Pejajat..
25/07/2023

Jom daftar sekarang.. Kita jumpa di Bukit Pejajat..

TERENGGANU HIKING DAY (THD2023) 22 Julai 2023BUKIT PEJAJAT, KEMAMAN.Terima Kasih kepada Para Peserta yang sporting. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜  ...
24/07/2023

TERENGGANU HIKING DAY (THD2023) 22 Julai 2023

BUKIT PEJAJAT, KEMAMAN.

Terima Kasih kepada Para Peserta yang sporting. ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜













23/07/2023

TERENGGANU HIKING DAY 2023

TERENGGANU HIKING DAY (THD2023) 22 Julai 2023BUKIT PEJAJAT, KEMAMAN.Assalamualaikum.. Alhamdulillah THD2023 selesai deng...
23/07/2023

TERENGGANU HIKING DAY (THD2023) 22 Julai 2023

BUKIT PEJAJAT, KEMAMAN.

Assalamualaikum.. Alhamdulillah THD2023 selesai dengan jayanya. Terima kasih kepada
pihak yang terlibat menjayakan program ini terutama pihak penganjur yang banyak membantu dan memberikan kerjasama dengan baik. Terima Kasih juga kepada AJK Bukit Pejajat, Anggota Pertahanan Awan Kemaman, Anggota Polis IPD Kemaman, Anggota Rela Kemaman, pihak Pejabat Kesihatan Kemaman yang turut hadir bersama-sama memberikan sokongan dan kerjasama serta para peserta yang hadir. Tidak lupa juga kepada Majlis Perbandaran Kemaman yang turut menyediakan kemudahan pada acara tersebut.

Kehadiran jemputan istimewa En. Zulhelmi Hisham Kementerian Belia dan Sukan Daerah Kemaman bagi menyempurnakan acara THD2023 turut meriahkan lagi. Terima Kasih kerana sudi turut serta menjayakan program ini.

Gambar acara akan menyusur kemudian.. ๐Ÿ˜Š














18/07/2023

TERENGGANU HIKING DAY (THD) 2023

Pendaftaran Penyertaan:
Orang ramai yang ingin turut sama menyertai dan memeriahkan acara ini dijemput ke 7 lokasi pilihan masing-masing:
1. Bukit Besar, Kuala Terengganu
2. Bukit Tok Salai, Kuala Terengganu
3. Bukit Maras, Kuala Nerus
4. Bukit Lubuk Batu, Marang
5. Bukit Pejajat, Kemaman
6. Bukit Keluang, Besut
7. Bukit Balik Hidung, Hulu Terengganu

Penyertaan adalah PERCUMA dan akan menerima Sijil Penyertaan digital yang akan dihantar melalui emel yang didaftarkan.
Pautan pendaftaran penyertaan:
https://forms.gle/WUw8vd22iMKqgXwAA

TERENGGANU HIKING DAY (THD) 2023
TARIKH : 22 JULAI 2023 (SABTU)
MASA : 7.15 - 11.00 pagi

Address

Terengganu
Kerteh

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kembara Terengganu posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share