MRSM Kepala Batas Hockey

MRSM Kepala Batas Hockey MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Hockey Team - Boys and Girls

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ž๐—œ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐ŸฒTahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pemain hoki MRSM Tun Abdullah A...
16/08/2026

๐—ฃ๐—˜๐— ๐—œ๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—จ๐—ž๐—”๐—ก ๐—›๐—ข๐—ž๐—œ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—  ๐—ฃ๐—จ๐—Ÿ๐—”๐—จ ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—”๐—ก๐—š ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 4 orang pemain hoki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi (MRSMTAAB) yang telah terpilih menjalani pemilihan Fasa 1 Pasukan Hoki MSS Pulau Pinang bagi menghadapi Kejohanan Hoki MSSM 2026:

1. Ahmad Aidil bin Amrul Fadly
2. Muhammad Ridhuan bin Khairul Anuar
3. Muhammad Ariff Nabil bin Rozaidi
4. Muhamad Faris bin Hafizol

Daripada 4 pemain tersebut, Muhammad Ariff Nabil bin Rozaidi dan Muhamad Faris bin Hafizol berjaya meneruskan pemilihan ke Fasa 2.

Lebih membanggakan, Muhamad Faris bin Hafizol berjaya menempatkan diri dalam 18 pemain terbaik yang terpilih untuk mewakili Pulau Pinang ke Kejohanan Hoki MSSM 2026 yang akan berlangsung di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Kejayaan ini merupakan satu pencapaian yang cukup membanggakan dan membuktikan bahawa pelajar MRSM juga mampu bersaing di tahap tertinggi, bersama pelajar-pelajar daripada Sekolah Sukan Negeri dan Sekolah Sukan Malaysia.

Pencapaian ini menjadi bukti bahawa dengan usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang, pelajar MRSM mampu bersaing dan mengharumkan nama sekolah di pentas yang lebih tinggi. ๐Ÿ’ช๐Ÿ‘

Tahniah Faris! ๐ŸŽ‰
Teruskan berusaha, kekalkan fokus dan berikan yang terbaik untuk Pulau Pinang.

Good luck, Faris! Buat yang terbaik di MSSM 2026! ๐Ÿ”ฅ๐Ÿ‘

Kami bangga dengan pencapaianmu!




21/07/2026
๐Ÿ‘ MRSM SUPER X HOKI 2026๐Ÿ“… 19 Julai 2026๐Ÿ“ Stadium Hoki BertamBoysvs MRSM Balik Pulau โ€” menang 6-0vs MRSM Transkrian โ€” men...
20/07/2026

๐Ÿ‘ MRSM SUPER X HOKI 2026
๐Ÿ“… 19 Julai 2026
๐Ÿ“ Stadium Hoki Bertam

Boys
vs MRSM Balik Pulau โ€” menang 6-0
vs MRSM Transkrian โ€” menang 11-0

๐Ÿ† TAAB Boys dinobatkan sebagai JOHAN

Girls
vs MRSM Transkrian โ€” kalah 2-3
vs MRSM Balik Pulau โ€” menang 4-0

๐Ÿฅˆ TAAB Girls dinobatkan sebagai NAIB JOHAN

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Tuan Pengetua, TPKA, TPPP, TPPB, guru-guru dan semua warga MRSMTAAB atas doa, sokongan dan dorongan yang diberikan kepada pasukan hoki MRSMTAAB.

Tahniah kepada semua pemain dan jurulatih atas komitmen serta semangat juang yang ditunjukkan.

Teruskan mencipta sejarah. ๐Ÿ‘๐Ÿ’™

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฃ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ2-3 Julai 2026Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang...
03/07/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ฎ๐—ท๐—น๐—ถ๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐—ผ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐—ฃ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐˜‚ ๐—ฃ๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ป๐—ด (๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฃ) ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ
2-3 Julai 2026
Stadium Hoki Bertam, Pulau Pinang

Alhamdulillah. Pasukan Hoki Lelaki 18TKB MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi (MRSMTAAB) berjaya mencipta sejarah apabila muncul sebagai Naib Johan Kejohanan Hoki MSSPP Peringkat Negeri Pulau Pinang 2026.

Walaupun tewas 0โ€“2 kepada Sekolah Sukan Negeri Pulau Pinang Mutiara Impian pada perlawanan akhir, anak-anak TAAB mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya memecahkan dominasi final MSSPP Negeri yang sejak 2011 hanya melibatkan Mutiara Impian dan Penang Free School.

Tahniah juga kepada Ahmad Aidil yang dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Perlawanan Akhir, sekali gus menambah koleksi anugerah peribadinya selepas menerima pengiktirafan yang sama di MRSM National Hockey Tournament 2025 dan MSSPP Peringkat Seberang Perai 2026.

Terima kasih kepada Tuan Pengetua, barisan pentadbir, guru-guru, jurulatih, ibu bapa dan semua penyokong atas doa dan sokongan yang tidak putus-putus.

Tahniah warga Hoki MRSMTAAB. Kejayaan ini adalah permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang pada masa hadapan. ๐Ÿ’™๐Ÿ‘



Alhamdulillah. Rezeki 2026. Buat julung kali team hoki lelaki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya ke Final MSSPP Peri...
02/07/2026

Alhamdulillah. Rezeki 2026. Buat julung kali team hoki lelaki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi berjaya ke Final MSSPP Peringkat Negeri bertemu SSN Penang Mutiara Impian. Doakan sejarah terus tercipta. Jom sama2 bagi sokongan kepada pasukan MRSMTAAB.

Empat Gelaran Dipertaruh Pada Final Hoki MSSPP 2026

KEPALA BATAS, 2 Julai โ€“ Bahang saingan Kejohanan Hoki Majlis Sukan Sekolah Pulau Pinang (MSSPP) Peringkat Negeri 2026 memuncak apabila empat perlawanan akhir dijadual berlangsung esok di Stadium Hoki Bertam, sekali gus menentukan pasukan terbaik sekolah di negeri ini.

Perlawanan akhir bakal menghimpunkan lapan pasukan yang mempamerkan prestasi cemerlang sepanjang kejohanan, dengan aksi pertama kategori Lelaki Bawah 18 Tahun menemukan SMK Mutiara Impian dan MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi pada jam 8.00 pagi.

Saingan diteruskan menerusi kategori Perempuan Bawah 18 Tahun pada jam 8.40 pagi membabitkan SMK Mutiara Impian menentang SM Sains Kepala Batas, sebelum SK Kampung Selamat berdepan SK Bagan Ajam bagi kategori Perempuan Bawah 12 Tahun pada jam 9.20 pagi.

Perlawanan terakhir dijangka tidak kurang sengit apabila SK Hashim Awang bertemu SK Seberang Jaya 2 dalam aksi akhir Lelaki Bawah 12 Tahun pada jam 10.00 pagi.

Kejohanan yang bertemakan โ€œMenjana Kecemerlangan Atlet Hokiโ€ itu bukan sahaja menjadi pentas merebut kejuaraan negeri, malah berperanan sebagai medan mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

Penganjuran kejohanan ini turut mencerminkan komitmen berterusan MSSPP dalam memperkukuh pembangunan sukan hoki di sekolah, selain menyemai nilai disiplin, semangat berpasukan dan daya saing dalam kalangan atlet muda.

Orang ramai, ibu bapa, guru serta penyokong sukan hoki dijemput hadir bagi memeriahkan suasana final dan memberikan sokongan kepada semua pasukan yang bakal berentap.

Majlis penutupan dan penyampaian hadiah akan berlangsung sejurus tamat semua perlawanan bagi meraikan kejayaan pasukan yang muncul juara serta menghargai usaha dan semangat kesukanan yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

๐— ๐—๐—›๐—Ÿ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ผ๐—ณ๐—ณ๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐— ๐—ง๐—”๐—”๐—• ๐˜ƒ๐˜€ ๐—๐—  ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ธ๐˜€13 June 2026Our journey came to an end at the playoff stage. While the result is dis...
15/06/2026

๐— ๐—๐—›๐—Ÿ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ฃ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ผ๐—ณ๐—ณ
๐— ๐—ฅ๐—ฆ๐— ๐—ง๐—”๐—”๐—• ๐˜ƒ๐˜€ ๐—๐—  ๐—›๐—ฎ๐˜„๐—ธ๐˜€
13 June 2026

Our journey came to an end at the playoff stage. While the result is disappointing, every challenge is an opportunity to learn, improve, and grow stronger.

A heartfelt thank you to all players, coaches, team management, parents, and supporters who stood by us throughout the season.

We fall. We learn. We rise again.

๐Ÿ”ฅ Comeback Stronger.



๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐Ÿญ๐Ÿด๐—ง๐—ž๐—•)Pasukan Hoki Perempuan 18TKB MRSMTAAB_Peringkat Kumpulan_ โœ… 1-...
12/06/2026

๐—ž๐—ฒ๐—ท๐—ผ๐—ต๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—›๐—ผ๐—ธ๐—ถ ๐— ๐—ฆ๐—ฆ๐—ฃ๐—ฃ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ธ๐—ฎ๐˜ ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ (๐Ÿญ๐Ÿด๐—ง๐—ž๐—•)

Pasukan Hoki Perempuan 18TKB MRSMTAAB

_Peringkat Kumpulan_
โœ… 1-0 SMK Seberang Jaya
โŒ 0-1 SMS Kepala Batas
โœ… 2-0 BM High School

_Peringkat XY_
โœ… 1-0 SMK Guar Perahu
โŒ 0-1 SMK Datuk Haji Abdul Kadir

_Penentuan Tempat Ke-3/4_
โœ… 1-0 Tun Syed

๐Ÿฅ‰ Tempat Ketiga

Pasukan Hoki Lelaki 18TKB MRSMTAAB

_Peringkat Kumpulan_
โœ… 4-0 SMK Haji Ahmad Badawi
โœ… 1-0 SMS Kepala Batas
โœ… 6-0 SMK St. Mark

_Peringkat XY_
โœ… 1-0 SMK Bakti
โž– 0-0 SMK Datuk Haji Abdul Kadir

_Perlawanan Akhir_
โŒ 0-1 SMK Tinggi Bukit Mertajam

๐Ÿฅˆ Naib Johan

Ahmad Aidil bin Amrul Fadly juga telah dinobatkan sebagai Penjaga Gol Terbaik Kejohanan.

Alhamdulillah, kedua-dua pasukan hoki MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mempamerkan aksi yang cemerlang dengan pencapaian Naib Johan (Lelaki) dan Tempat Ketiga (Perempuan) dari 13 pasukan yang bertanding setiap kategori.

Tahniah kepada semua pemain, jurulatih, guru-guru dan pihak pengurusan atas komitmen, usaha dan sokongan yang diberikan sepanjang kejohanan.

Doakan kejayaan pasukan di peringkat negeri nanti.



Tahniah kepada pemain hoki Batch Xtrovia SPM 2025 atas pencapaian yang sangat cemerlang dalam SPM.Istimewa buat Hadif Sy...
24/04/2026

Tahniah kepada pemain hoki Batch Xtrovia SPM 2025 atas pencapaian yang sangat cemerlang dalam SPM.

Istimewa buat Hadif Syahmi yang berjaya meraih keputusan straight A+. Beliau turut menamatkan hafazan 30 juzuk Al-Quran sepanjang berada di MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi . Hadif juga merupakan tonggak utama pasukan hoki maktab dan juga pasukan hoki MRSM Pulau Pinang yang beraksi dalam MRSM National Hockey Tournament 2025 (Pahang โ€“ Tempat Ketiga) dan MRSM National Hockey Tournament 2026 (Terengganu โ€“ Naib Johan).

Cemerlang Akademik. Cemerlang Hafazan. Cemerlang Hoki.

24/04/2026

Address

Kepala Batas

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when MRSM Kepala Batas Hockey posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to MRSM Kepala Batas Hockey:

Shortcuts

Share