20/04/2026
𝐌𝐀𝐊𝐋𝐔𝐌𝐀𝐍 : Kepada semua pegawai pasukan, dukacita dimaklumkan Real Chukai Grassroot Carnival 2026 siri 2 yg dijadualkan berlangsung bulan Mei ini terpaksa 𝐃𝐈𝐁𝐀𝐓𝐀𝐋𝐊𝐀𝐍.
Selepas mengambil kira pelbagai faktor, kami dapati keadaan cuaca panas ekstrim yg melanda negara kita sekarang amatlah tidak sesuai dianjurkan kejohanan bersifat karnival kerana bimbang akan memberi kesan buruk kepada pemain.
Kami juga turut maklum beberapa pasukan yg mengalami kekangan pemain disebabkan pemain terlibat dengan aktiviti sekolah yg sedang aktif berlangsung.
Maka kami sebulat suara membuat keputusan untuk menunda sementara kejohanan ini sehingga tarikh baharu yg akan diberitahu kelak.
Segala kesulitan amatlah kami kesali.
Terima kasih.