ARC CUKAI

ARC CUKAI ARCC

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونTakziah diucapkan atas pemergian salah seorang rider ARC DUN Cukai,Allahyarham ...
21/12/2025

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون

Takziah diucapkan atas pemergian salah seorang rider ARC DUN Cukai,
Allahyarham Ustaz Dr. Megat Suhaimi bin Megat Idrus.

‎بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ya Allah Ya Tuhan kami,
ampunilah dosa-dosanya, rahmatilah beliau, maafkan kesalahannya, muliakan kematiannya, lapangkan kuburnya, jadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya, dan kurniakan kesabaran serta ketabahan kepada seluruh ahli keluarganya.
Semoga Allah SWT menempatkan arwah dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah 🤲

Salam takziah daripada kami

ARC DUN Cukai

Ziarah Kasih Anak Muda Untuk Dr. Megat 💚Alhamdulillah, Ketua ARC Kawasan Kemaman bersama Ketua ARC DUN Chukai serta bari...
29/10/2025

Ziarah Kasih Anak Muda Untuk Dr. Megat 💚

Alhamdulillah, Ketua ARC Kawasan Kemaman bersama Ketua ARC DUN Chukai serta barisan Pemuda PAS DUN Chukai telah menziarahi Dr. Megat yang kini sedang menerima rawatan di Hospital Besar Kuala Terengganu.

Ziarah ini tanda kasih sayang dan semangat perjuangan anak muda terhadap sosok yang banyak memberi sumbangan dalam kerja-kerja dakwah dan kebajikan masyarakat.

Semoga Allah SWT mengurniakan kesembuhan yang cepat, dipermudahkan segala urusan, serta diberi kekuatan untuk terus istiqamah dalam perjuangan Islam. 🤲🏼

🌿 Ziarah membawa doa, doa menyulam kasih, kasih menumbuh semangat perjuangan. 🌿

Pantun Perjuangan:
Berakit ke hulu membawa semangat,
Bersampan di muara meniti harapan,
Doa kami buat Dr. Megat,
Terus kuat dalam perjuangan. 💚

20/08/2025

🚶‍♂️ BRISK WALK MERDEKA DUN CUKAI 2025

📅 30 Ogos 2025 (Sabtu)
🕖 7.00 pagi
📍 Kemaman Arena Square

💥 Daftar Sekarang!

Peserta berdaftar layak menerima:
👕 1 pasang t-shirt
🎁 Cabutan bertuah menarik!

⚠️ Tempat terhad!

Tunggu apa lagi?

Scan QR di poster atau klik link pendaftaran di bawah 👇🏻
📲 (https://forms.gle/h1Y28s5iw7jiQYm48)

Kami ARC Cukai mengucapkan Selamat Datang kepada semua peserta RXZ Member 7.0 yang hadir ke bumi Terengganu.Semoga perja...
20/08/2025

Kami ARC Cukai mengucapkan Selamat Datang kepada semua peserta RXZ Member 7.0 yang hadir ke bumi Terengganu.

Semoga perjalanan kalian lancar, selamat pergi dan pulang.
Ingat, hati-hati di jalan raya – yang kental, pasti sampai! 💪🏍️

𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐑𝐂 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐊𝐞 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭𝐨𝐰𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠Alhamdulillah, selesai sudah Program Jelajah ARC Cukai ke Pulau Pinang yang...
06/07/2025

𝐉𝐞𝐥𝐚𝐣𝐚𝐡 𝐀𝐑𝐂 𝐂𝐮𝐤𝐚𝐢 𝐊𝐞 𝐆𝐞𝐨𝐫𝐠𝐞𝐭𝐨𝐰𝐧, 𝐏𝐮𝐥𝐚𝐮 𝐏𝐢𝐧𝐚𝐧𝐠

Alhamdulillah, selesai sudah Program Jelajah ARC Cukai ke Pulau Pinang yang berlangsung selama 3 hari 2 malam bersama Dato' YB Haji Hanafiah Mat, Exco Kerajaan Negeri merangkap ADUN Cukai.

Program ini bukan sekadar musafir santai, tetapi menjadi medan memperkukuh ukhuwah, menyemai semangat berpasukan, dan menghayati keindahan ciptaan Allah SWT yang menenangkan jiwa.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada:

✨ YB Ust Muhammad Fauzi, ADUN Sungai Dua merangkap Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang
✨ YB Yusni Mat Piah, ADUN Penaga merangkap AJK PAS Pusat..kerana sudi menyambut dan meraikan kehadiran kami dengan penuh mesra dan semangat perjuangan.

Jutaan terima kasih juga kepada semua AJK ARC Cukai dan Pemuda PAS Dun Cukai atas komitmen, perancangan, dan pengorbanan masa yang memastikan program ini berjalan lancar dari awal hingga akhir.

💚 Semoga ukhuwah yang terjalin ini terus subur dan diberkati Allah SWT.








Alhamdulillah.. Terima kasihHAJI HANAFIAH MATAhmad Khairuddin Mohd ZakiRamlan Hj Mahmoodkerana memberi peluang pada kami...
06/07/2025

Alhamdulillah.. Terima kasihHAJI HANAFIAH MATAhmad Khairuddin Mohd ZakiRamlan Hj Mahmoodkerana memberi peluang pada kami team ARC CUKAI untuk hadirkan program yang amat berharga ini..

“ARC ni kelab motor je ke? Ride jalan-jalan je?” Ramai yang menyangka kami hanya “ride suka-suka”, konvoi motor ke sana ...
06/07/2025

“ARC ni kelab motor je ke? Ride jalan-jalan je?”

Ramai yang menyangka kami hanya “ride suka-suka”, konvoi motor ke sana sini tanpa hala tuju…

Hakikatnya, ARC bukan sekadar kelab motor.

✅ Kami bawa misi.
✅ Kami bawa pengisian.
✅ Kami bawa dakwah dalam bentuk santai.

📿 Dalam setiap perjalanan kami, diselitkan tazkirah, peringatan iman, dan nilai hidup.
🤝 Kami ziarah pejuang agama, bantu yang memerlukan, eratkan ukhuwah & hormat masyarakat.
🕌 Kami jadikan ride ini sebagai wasilah untuk dekat dengan Allah dan sesama insan.

Nabi SAW bersabda:
“Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat kepada manusia.”
(HR. Ahmad)

Bukan hanya ride. Tapi kami hidupkan semangat ukhuwah fillah & kebajikan – dengan cara kami.



ARC – Bukan sekadar ride. Tapi ada nilai. Ada arah. Ada jiwa.







Doakan Perjalanan Kami …🛵*JELAJAH ARC CUKAI*📍 Kemaman ➡️ Batu Ferringhi, Penang👤 *Bersama Dato’ YBC!*🗓️ Tarikh: 3 – 5 Ju...
02/07/2025

Doakan Perjalanan Kami …

🛵*JELAJAH ARC CUKAI*
📍 Kemaman ➡️ Batu Ferringhi, Penang
👤 *Bersama Dato’ YBC!*

🗓️ Tarikh: 3 – 5 Julai 2025
🕡 Berkumpul: Pejabat adun cukai, jam 6:30 pagi
🏍️ Jenis Motor: OPEN



إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ   Dimaklumkan Ustaz Hasbullah (ARC Kuala Terengganu) baru saja meninggal du...
02/07/2025

إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dimaklumkan Ustaz Hasbullah (ARC Kuala Terengganu) baru saja meninggal dunia. Terlibat dalam kemalangan.

Kami difaham arwah meninggalkan isteri yang baru selesai melangsungkan perkahwinan 4 hari yang lalu.

Jom sama-sama sedekah surah Al-Fatihah dan semoga Allah SWT memberi ketabahan kepada keluarga Almarhum. 🤲🏻


02/07/2025
Ziarah & Sumbangan Ikhlas ke Maahad Tahfiz Mandarin 🌙📚Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi Pondok Maaha...
17/05/2025

Ziarah & Sumbangan Ikhlas ke Maahad Tahfiz Mandarin 🌙📚

Alhamdulillah, hari ini kami berkesempatan menziarahi Pondok Maahad Tahfiz Mandarin — sebuah institusi yang unik menggabungkan ilmu hafazan Al-Quran dan penguasaan bahasa Mandarin, sebagai persiapan daie masa hadapan dalam pelbagai lapangan dakwah global.

Kami turut menyampaikan sedikit sumbangan hasil daripada kutipan ARC cukai sebagai tanda sokongan kepada perjuangan ilmu dan tarbiyah anak-anak tahfiz di sini.

💬 “Setiap sen yang kita infakkan ke jalan Allah, walaupun kecil pada pandangan manusia, besar nilainya di sisi-Nya.”

Semoga usaha kecil ini menjadi saham akhirat buat kita semua, dan semoga Maahad ini terus melahirkan para huffaz profesional yang mampu menyebarkan Islam ke seluruh pelusuk dunia, insyaAllah. 🌍✨






Address

Bandar Cukai
Kemaman
24000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when ARC CUKAI posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category