15/09/2021
Assalamualaikum, makluman untuk semua rider2 di daerah Kemaman.
KEMAMAN VIRTUAL FUNRIDE 2021
Semperna Sambutan Hari Sukan Negara
Anjuran: Jabatan Belia dan Sukan Kemaman/ Kementerian Belia dan Sukan
Anjuran Bersama: Rider OutFit Community Of Kemaman (ROCK)/ ROCK Organizer Team (ROT)
Tarikh Event: 1hb - 7hb Oktober 2021
Tarikh Penyampaian Hadiah: 9hb Oktober 2021
KONSEP PERTANDINGAN/ EVENT
1. Kayuhan secara santai atau funride oleh individu atau kumpulan kecil dengan mematuhi SOP kawalan pandemik Covid19.
2. Tempoh dan masa kayuhan bermula pada 1hb Oktober 2021 (6.30am) dan berakhir pada 7hb Oktober 2021 (6.30pm), selama 7 hari.
3. Setiap peserta perlu merekod jarak kayuhan pada setiap kali kayuhan dalam tempoh masa pertandingan dengan menggunakan aplikasi Strava, Realive atau apa-apa aplikasi yang boleh merekodkan Jarak kayuhan, tarikh kayuhan, lokasi kayuhan dan masa.
4. Setiap peserta perlu menghantar rekod kayuhan kepada penganjur dengan cara "screen shot" rekod kayuhan dari telefon pintar. Rekod perlu dihantar setiap hari selepas selesai membuat kayuhan pada hari tersebut. Rekod kayuhan hari terakhir mestilah mencatatkan masa tamat kayuhan pada hari tersebut adalah sebelum atau pukul 6.30petang.
5. Jarak kayuhan terkumpul paling jauh dalam tempoh masa pertandingan akan dikira sebagai pemenang tempat pertama, kedua dan ketiga bagi setiap kategori penyertaan.
SYARAT-SYARAT PENYERTAAN
1. Penyertaan adalah tertutup daerah Kemaman, dimana peserta hendaklah tinggal atau bermaustatin di Kemaman serta kayuhan mestilah dibuat didalam kawasan daerah Kemaman. Setiap peserta yang membuat pendaftaran penyertaan perlu " screen shot" bil elektrik atau bil air sebagai bukti tinggal diKemaman.
2. Penyertaan adalah PERCUMA
3. Tempoh pendaftaran penyertaan adalah bermula 16hb September 2021 - 27hb September 2021 (sebelum jam 10.00mlm).
4. 5 Kategori Penyertaan.
• Men Elite (Penganjur akan tentukan peserta elite)
• Men Open (18 tahun- 45 tahun)
• Men Junior (18 Tahun kebawah)
• Men Veteran (45 tahun keatas)
• Woman Open (Pelbagai peringkat umur)
5. Jenis Basikal adalah bebas (Roadbike, Mountain Bike, Fat Bike, Folding Bike, Fixie, Basikal Tua, Choper, dll). Basikal yang menggunakan kuasa enjin atau motor adalah tidak layak untuk.menyertai.
** Cara mendaftar penyertaan akan dimaklumkan kemudian sebelum tarikh 16hb September 2021.
HADIAH PERTANDINGAN
1. Hadiah Pertama Bagi Setiap Kategori Bernilai RM 250, dan Medal dari KBS
2. Hadiah Kedua Bagi Setiap Kategori Bernilai RM 150, dan Medal dari KBS
3. Hadiah Ketiga Bagi Setiap Kategori Bernilai RM 100, dan Medal dari KBS
MAJU SUKAN UNTUK NEGARA
PELAN SUKAN NEGARA 2030
Sebarang Pertanyaan Boleh Hubungi;
Syah 0148064652
Labib Abby 0198444528
Kancil Kamal 0139330623
Firdaus 0145332688
Azam 01115116462
Zamri 0139351719