08/04/2024
MAJLIS AGIHAN BUBUR LAMBUK BUAT WARGA BUAT WARGA KEM TERENDAK
Kelab Mutiara Indah telah menganjurkan Majlis Memasak Bubur Lambuk Buat Warga Kem Terendak sempena penghujung bulan Ramadan yang mulia 1445H. Kerja-kerja memasak bubur lambuk telah dimulakan seawal jam 7.00 pagi oleh para petugas ahli Kelab Mutiara yang terdiri Dari anggota 361 Bateri RAD (Para) dan anggota Kem 10 Bgd (Para) yang diselia oleh Mej Mohd Azizul bin Amad Salbani selaku Penasihat Kelab Mutiara Indah.
Yang Berbahagia Mej Jen Datoβ Khairul Azmizal bin Ahmad Natal, Panglima 10 Briged (Para) turut hadir untuk mengagihkan bubur lambuk yang siap dibungkus kepada seluruh warga Kem Terendak yang meliputi anggota tentera dan staf kakitangan awam yang berkhidmat di dalam Kem Terendak.
Sejumlah 3 periuk bubur lambuk resipi istimewa warisan turun temurun Kelab Mutiara Indah telah dimasak secara bergotong-royong melalui program berkenaan. Dianggarkan sejumlah 1000 bungkus bubur lambuk dapat diagihkan untuk dinikmati oleh seluruh warga Kem Terendak sempena program tersebut.
Penganjuran majlis agihan bubur lambuk sinonim untuk menyebarluaskan mesej penting sebagai satu wadah yang signifikan dalam menyuburkan semangat muhibah dan memperkukuh kesatuan ummah lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan yang penuh keberkatan disamping berkongsi rezeki dibulan yang penuh keberkatan ini.
Selain menyediakan juadah berbuka puasa untuk warga Kem Terendak, penganjuran program tahunan ini tersebut dapat menyemai sifat prihatin dan cakna terhadap golongan yang kurang berkemampuan selaras dengan konsep ihsan dan rahmah sebagaimana tuntutan ajaran Islam. Semoga program seperti ini akan dapat diteruskan lagi pada tahun yang mendatang.