Akademi Santan Kids

Akademi Santan Kids Akademi Santan Kids ini ditubuhkan untuk mendidik kanak- kanak 12 tahun ke bawah mempelajari asas bolasepak.

Juara Raptors Cup U11 2025 ๐Ÿ†
N.Juara Arau Cup U11 2025 ๐Ÿฅˆ
N.Juara Karnival Hari-Hari Gopeng U12 ๐Ÿฅˆ
Johan U12 Liga Santan Kids 2026 ๐Ÿฅ‡

02/06/2026

๐€๐†๐ˆ๐‹๐ˆ๐“๐˜ ๐€๐๐ƒ ๐…๐ˆ๐“๐๐„๐’๐’ ๐ƒ๐‘๐ˆ๐‹๐‹

Latihan Agility and Fitness Drill merupakan antara elemen penting dalam pembangunan pemain bola sepak. Fokus utama latihan ini adalah untuk meningkatkan kelincahan, kepantasan pergerakan, koordinasi badan serta tahap kecergasan pemain.

Melalui pelbagai bentuk latihan seperti ladder drill, cone drill, larian pecut dan perubahan arah, pemain dapat meningkatkan keupayaan mengawal pergerakan badan dengan lebih baik ketika beraksi di dalam perlawanan.

Selain itu, latihan kecergasan yang dijalankan membantu meningkatkan daya tahan fizikal, memastikan pemain mampu mengekalkan intensiti permainan sepanjang perlawanan. Komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan oleh para pemain sepanjang sesi latihan membuktikan semangat mereka untuk terus berkembang dan menjadi pemain yang lebih berkualiti.

26/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ“ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐ˆ๐’๐ˆ ๐Š๐„ ๐“๐„๐‘๐„๐๐†๐†๐€๐๐”

Walaupun cuti sekolah sedang berlangsung, latihan tetap diteruskan hari ini sebagai persiapan menghadapi kejohanan yang bakal disertai di Terengganu pada bulan Jun nanti.

Semangat dan komitmen yang ditunjukkan para pemain jelas membuktikan kesungguhan mereka untuk terus memperbaiki prestasi serta mempersiapkan diri menghadapi cabaran akan datang.

Semoga segala usaha, disiplin dan pengorbanan sepanjang latihan ini membuahkan hasil yang terbaik buat Akademi Santan Kids di bumi Terengganu nanti. ๐Ÿ’ชโšฝ



๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’ ๐ŸคโšฝSelamat datang diucapkan kepada Iman dari Sri Al Furqan dan Faris dari ...
23/05/2026

๐’๐„๐‹๐€๐Œ๐€๐“ ๐ƒ๐€๐“๐€๐๐† ๐Š๐„ ๐Š๐„๐‹๐”๐€๐‘๐†๐€ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’ ๐Ÿคโšฝ

Selamat datang diucapkan kepada Iman dari Sri Al Furqan dan Faris dari SK Seri Indera ke Akademi Santan Kids.

Semoga kehadiran kalian berdua dapat menambah semangat serta kekuatan pasukan. Teruskan berusaha, berdisiplin dan tunjukkan semangat juang yang tinggi dalam setiap latihan dan perlawanan.

Selamat maju jaya bersama Akademi Santan Kids! ๐Ÿ’ช๐Ÿ”ฅ




Terima Kasih Arena Sukan Perlis ๐Ÿซก๐Ÿค
22/05/2026

Terima Kasih Arena Sukan Perlis ๐Ÿซก๐Ÿค

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐”Sekitar rakaman lensa penyokong setia ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ sepanjang Kejohanan Bolasepak MSSPs Bawah 12 Tahun y...
20/05/2026

๐Ÿ๐ŸŽ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐‘๐€๐๐”

Sekitar rakaman lensa penyokong setia ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ sepanjang Kejohanan Bolasepak MSSPs Bawah 12 Tahun yang berlangsung di Padang Jati UiTM Arau, Perlis.

Terima kasih kepada semua ibu bapa, keluarga dan para penyokong yang sentiasa hadir memberikan sorakan, semangat dan sokongan tanpa henti buat anak-anak Santan Kids. Kehadiran anda semua menjadi pembakar semangat untuk pasukan terus berjuang di atas padang.

Sokongan padu inilah yang menjadikan ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ lebih kuat sebagai sebuah keluarga. ๐Ÿ’™โšฝ




๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’Hari ini pihak pengurusan Akademi Santan Kids telah mengadakan satu ma...
16/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ” ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Œ๐€๐‰๐‹๐ˆ๐’ ๐€๐๐‘๐„๐’๐ˆ๐€๐’๐ˆ ๐€๐Š๐€๐ƒ๐„๐Œ๐ˆ ๐’๐€๐๐“๐€๐ ๐Š๐ˆ๐ƒ๐’

Hari ini pihak pengurusan Akademi Santan Kids telah mengadakan satu majlis khas bagi meraikan para pemain yang telah beraksi dalam Kejohanan Bolasepak MSSPs Bawah 12 Tahun yang berlangsung baru-baru ini.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan atas komitmen, semangat juang dan pengorbanan yang telah ditunjukkan oleh semua pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Kejayaan dan pengalaman yang diperoleh menjadi satu kebanggaan buat pasukan serta seluruh warga Akademi Santan Kids.

Turut diraikan adalah barisan jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan kepada pemain-pemain sepanjang kempen MSSPs kali ini.

Semoga penghargaan ini menjadi pembakar semangat buat semua pemain untuk terus berusaha, memperbaiki prestasi dan melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.




๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€๐’๐„๐๐€๐Š ๐Œ๐’๐’๐๐’ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐Hari ini bermulanya aksi separuh akhir antara SK Santan menentang ...
14/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ’ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐๐Ž๐‹๐€๐’๐„๐๐€๐Š ๐Œ๐’๐’๐๐’ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐

Hari ini bermulanya aksi separuh akhir antara SK Santan menentang SK Simpang Empat. Perlawanan berlangsung cukup seimbang pada separuh masa pertama apabila kedua-dua pasukan saling mengasak ke kubu lawan dalam usaha mencari jaringan awal.

Memasuki separuh masa kedua, SK Santan berjaya memanfaatkan kesilapan pihak lawan untuk membuka jaringan. Semangat dan disiplin permainan yang ditunjukkan akhirnya membuahkan hasil apabila SK Santan menamatkan perlawanan dengan kemenangan 2 - 0 sekali gus melayakkan diri ke pentas akhir.

Di perlawanan akhir, SK Santan dipertemukan dengan juara bertahan iaitu SK Tengku Budriah selepas mereka menewaskan SK Guar Nangka di separuh akhir.

Perlawanan akhir berlangsung sengit apabila SK Santan berjaya menyerap tekanan dan memberikan saingan hebat kepada pihak lawan sehingga mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti. Namun, rezeki lebih memihak kepada SK Tengku Budriah apabila SK Santan tewas 2 - 4 menerusi sepakan penalti.

Tahniah diucapkan kepada SK Tengku Budriah kerana berjaya mempertahankan kejuaraan MSSPs kali ini.

Buat SK Santan, walaupun tewas di pentas akhir, kalian tetap juara di hati kami semua. Pencapaian naib juara ini merupakan satu pencapaian terbaik dan sangat membanggakan buat pasukan SK Santan sepanjang kejohanan ini.

Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung terutama para jurulatih, guru-guru, ibu bapa serta pihak penaja yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang kejohanan berlangsung.

โ€œ๐–๐„ ๐–๐ˆ๐‹๐‹ ๐‚๐Ž๐Œ๐„๐๐€๐‚๐Š ๐’๐“๐‘๐Ž๐๐†๐„๐‘โ€ ๐Ÿ’ชโšฝ



๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐’๐’๐๐’ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐Perjalanan cemerlang pasukan bola sepak SK Santan diteruskan lagi apabila ha...
13/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ‘ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐’๐’๐๐’ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐

Perjalanan cemerlang pasukan bola sepak SK Santan diteruskan lagi apabila hari ini bermulanya saingan pusingan kalah mati.

Di pusingan 32 terbaik, SK Santan berjaya menewaskan SK Seri Tunjong dengan keputusan 2-1 untuk melangkah bergaya ke pusingan seterusnya.

Cabaran lebih getir menanti di pusingan 16 apabila SK Santan menerima tentangan hebat daripada SK Seberang Ramai. Pasukan lawan mengejutkan SK Santan dengan gol awal, namun para pemain berjaya mengadaptasi tempo permainan dan mengikat kedudukan 1-1. Perlawanan kemudiannya diheret ke penentuan sepakan penalti. Penjaga gol SK Santan tampil cemerlang dengan menyelamatkan sepakan pihak lawan sekali gus membawa SK Santan mara ke peringkat suku akhir.

Di peringkat suku akhir p**a, SK Santan bertemu SK Kayang bagi merebut tempat ke separuh akhir. Walaupun beraksi dalam cuaca panas, SK Santan mempamerkan semangat juang yang tinggi dan berjaya membenam cabaran SK Kayang dengan kemenangan 1-0.

Esok bakal berlangsung aksi separuh akhir dan SK Santan kini hanya selangkah lagi untuk mara ke perlawanan akhir.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada para ibu bapa, YDP PIBG SK Santan serta pihak penaja yang sentiasa turun padang memberikan sokongan padu kepada para pemain sepanjang kejohanan berlangsung. Semoga SK Santan terus melakar kejayaan!




๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐’๐’๐๐ฌ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐Hari ini merupakan perlawanan pembukaan bagi Kump**an IJKL MNOP dalam Kejoha...
12/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐Š๐„๐‰๐Ž๐‡๐€๐๐€๐ ๐Œ๐’๐’๐๐ฌ ๐๐€๐–๐€๐‡ ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐€๐‡๐”๐

Hari ini merupakan perlawanan pembukaan bagi Kump**an IJKL MNOP dalam Kejohanan MSSPs Bawah 12 Tahun 2026. SK Santan telah diundi bersama SK Beseri, SK Stella Marris dan juga SK Padang Kota.

SK Santan memulakan perlawanan pertama dengan sedikit goyah apabila sekadar mencatat keputusan seri 2-2 menentang SK Beseri. Namun begitu, pada perlawanan kedua, SK Santan mula menemui rentak kemenangan apabila berjaya menewaskan SK Padang Kota dengan jaringan 1-0.

Pada perlawanan terakhir kump**an, SK Santan terus mempamerkan aksi cemerlang apabila berjaya mengetepikan cabaran SK Stella Marris dengan kemenangan bergaya 4-0.

Esok akan bermulanya pusingan kalah mati dan SK Santan bakal bertemu SK Seri Tunjong bagi merebut tempat ke pusingan 16 terbaik. Diharapkan perjalanan pasukan SK Santan dipermudahkan dan para pemain terus berjuang dengan penuh semangat.

Terima kasih diucapkan kepada ibu bapa, guru-guru pengiring serta pihak penaja yang sudi turun padang memberikan sokongan dan semangat kepada para pemain sepanjang kejohanan berlangsung.



๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐’๐ˆ ๐“๐‘๐€๐•๐„๐‹Hari ini pihak pengurusan ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ telah menyampaikan jersi travel ...
11/05/2026

๐Ÿ๐Ÿ ๐Œ๐„๐ˆ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ” | ๐’๐„๐’๐ˆ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‰๐„๐‘๐’๐ˆ ๐“๐‘๐€๐•๐„๐‹

Hari ini pihak pengurusan ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ telah menyampaikan jersi travel kepada para pemain yang bakal menyertai ๐Š๐ž๐ฃ๐จ๐ก๐š๐ง๐š๐ง ๐Œ๐’๐’๐๐ฌ ๐๐š๐ฐ๐š๐ก ๐Ÿ๐Ÿ ๐“๐š๐ก๐ฎ๐ง ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ”.

Semoga dengan penyerahan jersi ini dapat menaikkan lagi semangat para pemain yang terpilih mewakili ๐’๐Š ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง serta mempamerkan mutu permainan yang terbaik sepanjang kejohanan berlangsung.

Pihak ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada para penaja yang sudi berkongsi rezeki bersama para pelatih ๐€๐ค๐š๐๐ž๐ฆ๐ข ๐’๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ข๐๐ฌ. Semoga segala kebaikan ini dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan dipermudahkan segala urusan.




Address

Kangar
01000

Telephone

+60175641449

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Santan Kids posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Akademi Santan Kids:

Share

Category