10/08/2026
Alhamdulillah selesai sudah kejohanan bukit gantang league pada tahun ini. Terima Kasih diucapkan kepada semua pemain dan juga pengurusan atas semangat juang yang cukup tinggi untuk liga pada kali ini. Walaupun sasaran maksimum kelab untuk menjadi juara tidak kesampaian tetapi kelab berjaya untuk mencapai sasaran minimum yang ditetapkan oleh pengurusan iaitu di tempat ke 4 keseluruhan dan bagi membolehkan pasukan Kamunting Rovers ke separuh akhir SOLEH CUP 2026 pada sabtu minggu hadapan. Oleh yang demikian diharapkan semua pemain dapat berusaha lebih keras dalam memastikan pasukan boleh melangkah jauh dan seterusnya menjadi juara pada edisi kali ini. Tidak dilupakan kepada penganjur Bukit Gantang League 2026 kerana banyak membantu serta memudah cara dalam apa jua keadaan. Justeru itu diharapkan kejohanan ini dapat diteruskan pada tahun hadapan. Kelab juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada peminat - peminat bola sepak seluruh Taiping kerana tidak henti - henti menyokong dan memberi kata - kata perangsang disetiap perlawanan untuk Kamunting Rovers yang menaikkan lagi semangat pasukan ini.