Jom Sihat

Jom Sihat Halaman ini adalah mengenai info, petua dan tips kesihatan

29/07/2022

Tanyalah sesiapa yang berjaya mengurangkan berat badan menerusi diet sihat. Rule #1 mesti sanggup tinggalkan minuman dengan gula tambahan.

Minuman dengan gula tambahan ni sangat tinggi kalori, gula ringkas dalam minuman diserap tubuh dengan sangat pantas menyebabkan peningkatan gula dalam darah secara mendadak.

Gula berlebihan sebenarnya akan bertukar menjadi LEMAK menerusi proses lipogenesis dan disimpan dalam tisu adipose. Makin banyak lemak disimpan, berat badan akan bertambah dan menjadi obese.
Mulakan esok,

❌ Minuman dengan gula tambahan
✅ Air kosong

05/07/2022

Adakah minum jus buah anda dapat manfaat yang sama dengan makan sebiji buah yang sama?

Apabila anda makan buah (bersama kulit) , serat yang terlandung dalam buah memperlahankan proses penghadaman dan penyerapan gula ke dalam darah.

Kulit buah paling kaya dengan serat dan flavonoids . Sari buah (yang berserat) paling kaya dengan vitaman dan mineral. Inilah bahan bahan penting dalam buah.

Jus buah p**a menyebabkan kandungan gula dalam darah meningkat mendadak. Hormon insulin akan dirembeskan dengan banyak, menyebabkan penghasilan lemak dan peningkatan berat badan.

Namun sudah tentu, jus buah (tanpa gula) lebih baik dari minuman tinggi gula lain. Pastikan pengambilan tidak lebih 1 gelas setiap hari, dan kalau boleh tidak perlu buang kulit dan sari buah.

CEGAH TANDA KOLESTEROL TINGGI PADA TUBUHTanda-tanda ini sukar untuk dikenal pasti pada peringkat awal, oleh itu amalan g...
26/03/2022

CEGAH TANDA KOLESTEROL TINGGI PADA TUBUH

Tanda-tanda ini sukar untuk dikenal pasti pada peringkat awal, oleh itu amalan gaya hidup seimbang amat penting!

Berhenti merokok dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat dan meningkatkan kadar kolesterol baik.

Sasarkan untuk mendapat berat badan seimbang antara indeks j***m badan (BMI) 18.5 hingga 22.9.

Makan secara sihat, bersenam dan pantau kadar kolesterol melalui pemeriksaan doktor secara berkala.

26/03/2022

Buah pinggang merupakan salah satu organ TERPENTING dalam badan kita yang bertindak untuk menapis semua bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh badan.

Penyakit buah pinggang merupakan penyakit senyap yang berbahaya dan biasanya tidak disedari hingga penyakit menjadi teruk dan sukar diselamatkan.

Jadi, sayangilah buah pinggang anda..Pantau status kesihatan anda secara berkala seperti tekanan darah dan bacaan gula dan kolesterol dalam darah..dan paling penting amalkan pemakanan sihat sebagai satu gaya hidup yang berterusan.








26/03/2022

Dah berapa gelas air kosong anda minum harini? Cukup tak lagi 8 gelas? Minum air kosong secukupnya dapat mengoptimumkan fungsi tubuh..

Jom minum ikut saranan iaitu 6-8 gelas air sehari..

Pusat Maklumat Pemakanan Negeri Pahang



Address

39, Jalan Eco 1, Zon Industri Ayer Keroh Baru, Ayer Keroh
Kampong Bukit Katil
75450

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Jom Sihat posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category