Gelanggang Taji Merlela Seni Silat Sendeng Malaysia

Gelanggang Taji Merlela Seni Silat Sendeng Malaysia Halaman ini adalah untuk hebahan segala aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Gelanggang Taji Merlela.

Gelanggang Taji Merlela Seni Silat Sendeng Malaysia Masjid Bandar Seri Putra Bangi/Kajang ini ditubuhkan pada 10 Disember 2023 dibawah aktiviti Masjid Bandar Seri Putra. Kelas latihan pertama telah bermula sejak 20 Disember 2023 pada hari rabu jam 9.00 malam hingga 11.00 malam dengan dihadiri seramai 17 orang termasuk dewasa & kanak-kanak. Gelanggang ini adalah salah satu gelanggang yang bernaung

di bawah "Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014)" yang mana dahulunya dikenali sebagai "Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia". Manakala guru latih pembimbing bagi gelanggang ini adalah Cikgu Akmal Effendee Bin Abdul Razak. Untuk pengetahuan semua Gelanggang Taji Merlela, Seni Silat Sendeng Malaysia, Masjid Bandar Seri Putra yang bertempat di Bandar Seri Putra, Bangi/Kajang Selangor ini masih aktif bergerak sejak penubuhannya pada tahun 2023 hingga kini. Untuk sesi latihan gelanggan ini akan diadakan pada seperti berikut:-

Hari: Setiap Hari Rabu
Masa: Dari Jam 9.00-11.00 malam
Tempat: Masjid Bandar Seri Putra, Bandar Seri Putra, Bangi/Kajang Selangor. Sebarang pertanyaan boleh diajukan ke:-
1-Guru latih: Cikgu Akmal (017-6178979)
2-Pengurus Gelanggang MBSP: En. Abdul Latiff (011-10947404)

Sekian, terima kasih.

-Admin-
[Pembantu Gelanggang]

PERMASYHURAN GURU UTAMA PSSSMDengan penuh rasa syukur, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) telah melakar satu...
19/01/2026

PERMASYHURAN GURU UTAMA PSSSM

Dengan penuh rasa syukur, Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) telah melakar satu detik bersejarah dengan berlangsungnya Istiadat Permasyhuran Guru Utama PSSSM sempena Majlis Adab & Warisan Sendeng Nusantara (ADIWIRA) 2026.

Maka dengan penuh adat dan tertib, PSSSM telah memasyhurkan

Y.Bhg. Dr. Jamaluddin bin A. Jalal
sebagai

GURU UTAMA PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA.

Istiadat ini telah disempurnakan oleh YANG AMAT BERHORMAT DATO' SERI AMIRUDIN BIN SHARI, Menteri Besar Selangor, dan PSSSM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas sokongan beliau terhadap usaha memartabatkan warisan silat dan budaya bangsa..

Ucapan terima kasih juga dirakamkan kepada Presiden PSSSM, Ahli Majlis Tertinggi PSSSM serta seluruh AJK ADIWIRA 2026 atas kepimpinan dan komitmen yang memungkinkan istiadat ini dilaksanakan dengan penuh tertib dan berwibawa.

Permasyhuran ini menandakan kesinambungan amanah dalam penjagaan ilmu, adab dan warisan Sendeng untuk generasi masa hadapan.

Sendeng adalah warisan.
Sendeng adalah adab.
Sendeng adalah amanah..





Silat Sendeng Malaysia pernah di angkat jadi 'subjek' dalam filem TOMBIRUO...
27/12/2025

Silat Sendeng Malaysia pernah di angkat jadi 'subjek' dalam filem TOMBIRUO...

Yang berhajat untuk menyertai kelas, bolehlah menghubungi Ketua Gelanggang masing-masing seperti berikut:SENARAI GELANGG...
12/12/2025

Yang berhajat untuk menyertai kelas, bolehlah menghubungi Ketua Gelanggang masing-masing seperti berikut:

SENARAI GELANGGANG PSSSM MALAYSIA

1. GELANGGANG SERAMPANG LAUT (Sepang)

๐Ÿ“ Kota Warisan, Selangor
๐Ÿ‘ค Tn. Azli Shah Bin Zakaria
๐Ÿ“ž 014-622289

2. GELANGGANG TIGA SETURUT (Muar)

๐Ÿ“ Bukit Pasir, Muar, Johor
๐Ÿ‘ค Tn. Mohd Taufik Bin Hashim
๐Ÿ“ž 014-9203484

3. GELANGGANG ASTAKA TUAH (Saujana Putra)

๐Ÿ“ Bandar Saujana Putra, Selangor
๐Ÿ‘ค Tn. Shikh Muhammad Norhisham
๐Ÿ“ž 019-7958387
๐Ÿ“ง [email protected]

4. GELANGGANG ZULFAKAR (Seremban)

๐Ÿ“ Taman Arowana Impian, Seremban
๐Ÿ‘ค Tn. Muhammad Luthfi Muslim
๐Ÿ“ž 013-9256971
๐Ÿ“ง [email protected]

5. GELANGGANG MENARA LEBAH MENGURAP (Kuala Lumpur)

๐Ÿ“ Kampung Bharu, Kuala Lumpur
๐Ÿ‘ค Tn. Abdul Majid Bin Wahid
๐Ÿ“ž 012-6960231

6. GELANGGANG HELANG BERBEGA (Klang)

๐Ÿ“ Bandar Bukit Raja, Selangor
๐Ÿ‘ค Tn. Hanif Farhan Bin Mohd Rasdi
๐Ÿ“ž 019-6101300
๐Ÿ“ง [email protected]

7. GELANGGANG PUKOL TUJOH (Klang)

๐Ÿ“ Sungai Udang, Klang
๐Ÿ‘ค Tn. Amirul Bin Ahmat Sharif
๐Ÿ“ž 017-2580870
๐Ÿ“ง [email protected]

8. GELANGGANG JAGGURU RIATTANG (Klang)

๐Ÿ“ Kampung Jawa, Klang
๐Ÿ‘ค Tn. Shahrul Nizam Saim
๐Ÿ“ž 019-3441907
๐Ÿ“ง [email protected]

9. GELANGGANG SENDENG PAKAR (Shah Alam)

๐Ÿ“ Seksyen 24, Shah Alam
๐Ÿ‘ค Tn. Abdul Rahman Bin Shamsul Bahri
๐Ÿ“ž 012-3331283
๐Ÿ“ง [email protected]

10. GELANGGANG W.P LABUAN

๐Ÿ“ Sungai Keling, WP Labuan
๐Ÿ‘ค Tn. Anuar Bin Berzuri
๐Ÿ“ž 012-8287996
๐Ÿ“ง [email protected]

11. GELANGGANG AMPANG SAUJANA

๐Ÿ“ Ampang Saujana, Selangor
๐Ÿ‘ค Tn. Nazrullnizam Bin Abdullah
๐Ÿ“ž 016-6609006
๐Ÿ“ง [email protected]

12. GELANGGANG TANJUNG LIPIS (Pahang)

๐Ÿ“ Tanjung Lipis, Pahang
๐Ÿ‘ค Tn. Ramly Bin Rasul
๐Ÿ“ž 013-9868700

13. GELANGGANG DATOโ€™ BENTARA LUAR (Muar)

๐Ÿ“ Jalan Daud, Muar
๐Ÿ‘ค Tn. Mohamed Bin Hashim
๐Ÿ“ž 012-3232195

14. GELANGGANG SK DUMPAR (Muar)

๐Ÿ“ SK Dumpar, Muar
๐Ÿ‘ค Tn. Mohd Fadhil Bin Mohamad Amin
๐Ÿ“ž 019-7548943

15. PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG SARAWAK

๐Ÿ“ Kuching, Sarawak
๐Ÿ‘ค Tn. Wan Adzman Bin Wan Abdul Rahman
๐Ÿ“ž 016-3601996
๐Ÿ“ง [email protected]

16. GELANGGANG TAJI MERLELA (Kajang)

๐Ÿ“ Bandar Seri Putra, Selangor
๐Ÿ‘ค Tn. Akmal Effendee Bin Abdul Razak
๐Ÿ“ž 017-6178979
๐Ÿ“ง [email protected]

17. GELANGGANG HUJAN PANAS (Muar)

๐Ÿ“ Taman Desa Warisan, Muar
๐Ÿ‘ค Tn. Mohd Hidayat Bin Md Esa
๐Ÿ“ž 014-9356001

Dipohon agar dapat disebarkan kepada saudara-mara, sahabat handai dan anak-anak muda yang ingin mempelajari seni pusaka bangsa.

Semoga PSSSM terus makmur, terpelihara dan diberkati Allah SWT...

22/11/2025

Moh kita raikan bersama..

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) atau dahulu dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar (SSSM) telah diasask...
03/11/2025

Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (PSSSM) atau dahulu dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar (SSSM) telah diasaskan oleh Almarhum Guru Utama Haji Hamid Bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau mewarisi ilmu persilatan daripada nenda-nenda serta guru-guru yang terkenal dengan ilmu kependekaran dan kerohanian sejak awal abad ke-20. Gabungan tiga aliran utama iatu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng, dan Pukulan Tujuh Hari menjadikan seni ini unik dan tinggi nilainya.

SUMBER : PAGE PSSSM2014

MENJEJAKI PENDEKAR LONG MAMAT : Bahagian 127 September 2025Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johorโ€œSebelum ini belum ada s...
21/10/2025

MENJEJAKI PENDEKAR LONG MAMAT : Bahagian 1

27 September 2025
Kampung Parit Ibrahim, Pontian, Johor

โ€œSebelum ini belum ada sesiapa yang datang untuk mengetahui mengenai waris dan pusara Long Mamat,โ€ ujar Tuan Haji Zaini Saat, Ketua Kampung Parit Ibrahim, suami kepada cucu Pendekar Long Mamat, Hajah Awa binti Mohd Yassin.

Dengan penuh rasa takzim, wakil Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia (2014) telah menziarahi pusara Pendekar Long Mamat, atau nama asalnya Muhamad bin Lena, tokoh yang menjadi tunjang kepada warisan ilmu dan falsafah perguruan Sendeng di bumi Melayu.

Delegasi pertubuhan diketuai oleh
Dr. Jamaluddin bin A. Jalal (Guru Amanah & Guru Kejurulatihan serta Adat Istiadat),
Dr. Zainal bin Dapit (Ahli Majlis Perguruan),
serta pesilat muda Saudara Mohd Hazim dan Saudara Hakimi.

Dalam lawatan tersebut, pihak pertubuhan telah diberi penerangan tentang asal-usul keturunan Long Mamat oleh keluarga warisnya. Menurut Tuan Haji Zaini dan Hajah Awa, mereka menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada PSSSM 2014 kerana sudi mengambil berat tentang nasab dan pusaka perjuangan datuk mereka.

Mereka turut menyatakan hasrat untuk menaik taraf pusara Pendekar Long Mamat dengan pemasangan kepuk baharu, agar mudah dikenal dan diziarahi oleh generasi pelapis yang ingin menelusuri jejak warisan ini.

โ€œSesungguhnya, menziarahi pusara pendekar bukan sekadar menatap batu nisan, tetapi meneguhkan janji untuk menyambung perjuangan.โ€

Bahagian 2 bakal membawa kita menelusuri langkah seterusnya dalam misi mengangkat kembali nama Pendekar Long Mamat ke persada persilatan tanah air dan nusantara.

SUMBER : PSSSM2014

---

CERITA RINGKAS KIAI SALLEH (PANGLIMA SALLEH) DALAM PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA (PSSSM)Lebih di kenali sebagai...
14/10/2025

CERITA RINGKAS KIAI SALLEH (PANGLIMA SALLEH) DALAM PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA (PSSSM)
Lebih di kenali sebagai Kiai Salleh atau Panglima Salleh, Batu Pahat. Beliau mengetuai orang-orang Melayu menangani Bintang Tiga di Batu Pahat, Johor. Panglima Salleh telah dilahirkan pada tahun 1916 di Jorak, Muar. Sepanjang hayatnya, beliau banyak berguru dengan guru agama dan persilatan. Antara guru beliau yang di ketahui ialah Kiai Mustahir, Pagoh dan Kiai Arshad al Banjari. Dari kedua-dua guru ini, beliau telah menuntut ilmu agama dan amalan perang yang berasaskan amalan ayat empat. Beliau mula memimpin orang melayu Batu Pahat pada usia 29 tahun iaitu sekitar 1945. serangan pertama ke atas kubu komunis di Bukit Simpor di buat selepas suboh pada 19 April 1945 yang d sertai oleh 38 orang penduduk kampung. Itulah kali pertama penduduk kampung menyaksikan kehebatan Panglima Salleh dala pertempuran. Panglima Salleh telah menerima almarhum Hj Hamid sebagai murid setelah di suruhnya mengerjakan kebunnya selama 6 bulan. Selepas berakhir 6 bulan barulah Panglima Salleh bertanyakan namanya dan di panggil untuk di perturunkan ilmu-ilmu keagamaan dan dalaman. Hj Hamid telah beguru dan tinggal bersama Panglima Salleh selama tiga tahun iaitu dari tahun 1946 sehingga 1949. Waktu itu almarhum Hj Hamid berusia 19 tahun.
Pada tahun 1949 Hj Hamid dan Panglima Salleh telah mengetuai dua pasukan penduduk kampung untuk memburu Mat Indera. Panglima Salleh di ketahui amat benci amalan-amalan khurafat dan karut seperti bertapa di gunung-ganang dan sebagainya. Sebelum di khatamkan, Hj Hamid telah di uji kefahaman ilmu Tauhid oleh gurunya dan di suruh beramal di dalam sebuah gua di Parit Sulong untuk mendapat ilmu dari harimau jadian. Hj Hamid faham dengan tujuan gurunya lalu menolak permintaan itu dengan cara yang baik dan menyatakan lebih baik dia beramal di masjid. Panglima Salleh yang gembira jawapan tersebut menyatakan Hj Hamid layak dikhatamkan. Menurut almarhum Hj Ismail, Hj Hamid dikhatamkan dalam kelambu oleh Panglima Salleh untuk mengelak dari di lihat oleh anak muridnya yang lain. Panglima Salleh meninggal dunia pada 21 April 1959 di hospital besar Johor Bharu kerana penyakit bengkak paru-paru. Dari almarhum Hj Hamid, amalan ayat empat ini telah di kembangkan kepada ahli-ahli PSSSM. Kesemua tokoh-tokoh yang telah di sebutkan di atas adalah susur galur guru-guru yang menurunkan ilmu kepada almarhum Hj Hamid. Guru-guru yang lain di ketahui mengajar almarhum Hj Hamid ialah Kiai Mustahir dan Panglima Lias dari Pagoh, Haji Mohd Lip Bedu (ilmu Tauhid), Hj Abdul Ghani, Datoโ€™ Mohd Bakar (Kadi Besar, Johor), Ustaz Sulaiman Sujak dan Ustaz Ahmad Tunggal.

SUMBER : BLOG SSSM : https://sendengmalaysia.blogspot.com/2008/01/haji-salleh-abd-karim.html

***foto rakaman : Haji Salleh Abdul Karim atau lebih dikenali Kiyai Salleh atau Panglima Salleh (dalam bulatan) pernah menggempur kubu komunis sekitar tahun 1945 di Bukit Simpor...

SENDENG TUJUH HARI (Haji Mohd Arif Samsu)Haji Mohd. Arif Samsu, terkenal dengan pukulan sendeng 7 harinya. Beliau telah ...
09/10/2025

SENDENG TUJUH HARI
(Haji Mohd Arif Samsu)
Haji Mohd. Arif Samsu, terkenal dengan pukulan sendeng 7 harinya. Beliau telah berguru dengan Long Mamat dan kemudian menghalusi permainan sendeng dari Taman Dagang setelah tewas mencabarnya. Beliau pernah merantau sehingga ke Pattani dan Pulau Pinang untuk mencuba pukulan sendeng 7 harinya. Di katakan ketika beliau sedang mengajar di Pulau Pinang pada tahun 1939, Hj Hassan Pendekar telah ikut serta dalam rombongan tersebut. Sebelum itu, Hj Mohd Arif Samsu pernah mencuba Hj Hassan Pendekar.

Walaupun pukulan tangan Hj Mohd Arif gagal di saingi tetapi kepantasan Hj Hassan Pendekar gagal di tangani Hj Mohd Arif. Beliau mengajar sendeng 7 harinya pada almarhum Hj Hamid bersama beberapa orang dewasa seperti Pak Ngah Hassan dan lai-lain lagi. Ketika itu almarhum Hj Hamid baru berusia 12 tahun. Almarhum Hj Hamid pernah di uji dengan di panggil naik ke rumah dan di serang dari belakang pintu tetapi serangan itu berjaya di elaknya. Hj Arif mengiktiraf Hj Hamid boleh menjadi guru. Hj Mohd Arif Samsu telah meninggal pada penghujung 1940 an.

SUMBER : BLOG SSSM https://sendengmalaysia.blogspot.com/.../haji-mohd-arif...

***foto ini tiada kena mengenai dengan cerita ini, sekadar hiasan. noted

LOGO ASAL PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIARangkai kata - โ€˜SENI SILAT SENDENGโ€™Pemakaian rangkai kata โ€˜SENI SILAT SE...
08/10/2025

LOGO ASAL PERTUBUHAN SENI SILAT SENDENG MALAYSIA

Rangkai kata - โ€˜SENI SILAT SENDENGโ€™
Pemakaian rangkai kata โ€˜SENI SILAT SENDENGโ€™ yang diabadikan kepada perguruan ini adalah memperlambangkan ciri-ciri pembelajaran yang terkandung didalamnya.

Ciri utama atau teras yang menunjangi pembelajaran ini ialah SENDENG, kerana setiap pergerakan dan penggayaan yang di aksikan baik seni tari, seni permainan alat silat dan seni mempertahankan diri dipraktikkan secarang menyendeng atau miring. Inilah sebabnya perguruan ini dinamakan โ€˜SENI SILAT SENDENGโ€™. Berbentuk bulat dan ditengah-tengahnya terdapat sebilah keris bersarung dan diapit dengan pelbagai jenis peralatan silat yang digrafikkan secara simbolik dan simitrikal serta dikelilingi dengan rangkai kata โ€˜Seni Silat Sendeng Malaysiaโ€™ berwarna putih dan berlatarbelakangkan warna hitam. Putih bererti KESUCIAN dan Hitam bermaksud KEASLIAN.

Cogankata / Motto
SENDENG โ€“ PUSAKA WARISAN BANGSA DAN NEGARA.

SUMBER : BLOG SSSM https://sendengmalaysia.blogspot.com/2007/01/logo-and-motto.html

04/10/2025
SEJARAH RINGKAS SENI SILAT SENDENG MALAYSIASeni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh...
04/10/2025

SEJARAH RINGKAS SENI SILAT SENDENG MALAYSIA
Seni Silat Sendeng diasaskan oleh Long Mamat dan seterusnya dikembangkan oleh Allahyarham Haji Abdul Hamid bin Haji Hamzah dengan nama Seni Silat Sendeng Muar. Dibawah kepimpinan beliau perguruan ini dikenali sebagai Seni Silat Muar yang berpusat di Sungai Mati, Muar, Johor Darul Takzim. Sekembalinya beliau ke rahmatullah pada 19 Mei 1990, adinda beliau Allahyarham Haji Ismail bin Haji Hamzah telah dipilih untuk mengetuai perguruan ini sebagai โ€˜Guru Utama.โ€™ Pada 11 Julai 1992, Seni Silat ini telah didaftarkan atas nama โ€˜Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysiaโ€™ dengan gabungan 7 buah cawangan negeri iaitu Johor, Melaka, Pahang, Perak, Kuala Lumpur, Selangor dan N.Sembilan. Terdapat lebih kurang 42 gelanggang di seluruh negara yang dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah seramai 48 orang. Keseluruhan jumlah ahlinya yang berdaftar adalah seramai 2,240 orang.
Pertubuhan Seni Silat Sendeng Malaysia terus berkembang negeri seperti Kelantan, Sabah dan Labuan dibawah beliau dan pelbagai pembaharuan idea telah tercetus. Setelah melibatkan diri dalam program wajadiri anjuran Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pertubuhan telah menganjurkan banyak aktiviti riadah dan pertandingan. Antara pertandingan yang pernah disertai ialah Kejohanan Seni Mempertahankan Diri Kebangsaan, aktiviti budaya anjuran KBS dan menganjurkan aktiviti dibawah PSSSM seperti Sendeng Full Contact.
Setelah berkhidmat dan mengabdikan diri dalam PSSSM allahyarham telah kembali ke rahmatullah pada 22 Mac 2002.

SUMBER : https://sendengmalaysia.blogspot.com/2007/01/psssm-history.html

Address

Masjid Bandar Seri Putra
Kajang
43000

Opening Hours

21:00 - 23:00

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Gelanggang Taji Merlela Seni Silat Sendeng Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category