Evoke Football Club

Evoke Football Club Small Team Big Dream

23/08/2026

๐Ÿ†โšฝ TAHNIAH & SYABAS, PEMAIN EVOKE! โšฝ๐Ÿ†

Setinggi-tinggi tahniah buat pemain-pemain Evoke Football Club yang telah terpilih dan diberi kepercayaan untuk mewakili Bahagian Sarikei FA dan Sibu FA dalam saingan Sarawak Premier League 2026! ๐Ÿ‘๐Ÿ”ฅ

Ini bukan sekadar satu pemilihan, tetapi satu pengiktirafan terhadap usaha, disiplin, komitmen dan semangat juang yang telah ditunjukkan sepanjang bersama Evoke FC. Kini, pentas yang lebih besar menanti untuk kalian buktikan kemampuan dan mengharumkan nama pasukan, keluarga serta kawasan yang kita banggakan. ๐Ÿ’ชโšฝ

Pergilah membawa nama EVOKE dengan penuh maruah.
Bermain dengan hati. Berjuang tanpa mengenal penat. Jangan takut untuk bersaing dengan pemain-pemain yang lebih hebat kerana setiap perlawanan adalah peluang untuk belajar, berkembang dan membuktikan kemampuan diri. ๐Ÿ”ฅ

Kepada semua pemain Evoke yang masih berjuang dan mengejar impian โ€” jangan pernah rasa perjalanan kalian terhenti hanya kerana belum terpilih hari ini. Teruskan bekerja keras, tingkatkan disiplin, jaga kecergasan dan sentiasa percaya kepada proses. Peluang itu akan datang kepada mereka yang terus berusaha dan tidak mudah mengalah. ๐Ÿ’ฏ

Evoke FC juga berharap agar kejayaan ini menjadi pencetus semangat untuk kita terus mencungkil, membentuk dan melahirkan lebih ramai bakat muda dari sekitar Bahagian Sarikei, Julau dan Pakan untuk diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Kita mahu melihat lebih ramai anak-anak muda dari kawasan kita berani bermimpi besar โ€” daripada padang kampung, ke peringkat bahagian, negeri, dan seterusnya membuka jalan untuk bersaing di arena bola sepak Malaysia. ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พโšฝ

Hari ini mereka terpilih.
Esok mungkin giliran anda.
Terus berusaha, terus percaya, terus berjuang.

๐Ÿ”ฅ SMALL TEAM, BIG DREAM.
๐Ÿ”ฅ EVOKE FC โ€” BUILDING DREAMS, DEVELOPING TALENTS.

Sekali lagi, TAHNIAH WIRA-WIRA EVOKE! ๐Ÿซก๐Ÿ‘
Bawa nama Evoke dengan bangga dan tunjukkan bahawa bakat dari Sarikei, Julau dan Pakan juga mampu berdiri sama tinggi di pentas yang lebih besar!

EVOKE! EVOKE! EVOKE! ๐Ÿ’™โšฝ๐Ÿ”ฅ

Jom Player Muda.!.Serlahkan Bakat Anda.Jangan Lepaskan peluang ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ
28/07/2026

Jom Player Muda.!.Serlahkan Bakat Anda.Jangan Lepaskan peluang ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ”ฅ

๐Ÿšจ๐—•๐˜‚๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฎ๐—ป. ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต ๐—ง๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฎ๐˜ ๐——๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—บ ๐—ฆ๐—ธ๐˜‚๐—ฎ๐—ฑ ๐—ฆ๐—ฃ๐—Ÿ ๐—•๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐—ด๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—ถ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฒ!

Masa untuk buktikan kemampuan. Masa untuk melangkah ke pentas yang lebih tinggi.

Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei (PBBS) membuka peluang kepada pemain-pemain berbakat untuk menyertai Sesi Pemilihan Skuad Sarikei bagi menghadapi kempen Sarawak Premier League (SPL) 2026.

Adakah anda mempunyai disiplin, semangat juang dan keinginan untuk bersaing di peringkat tertinggi? Kini masanya untuk tampil dan rebut tempat dalam skuad.

๐Ÿ“… Tarikh: 1 Ogos 2026 (Sabtu)
๐Ÿ•’ Masa: 3.00 Petang
๐Ÿ“ Tempat: Padang Bola Sepak Susur Jambu, Sarikei

โœ… Terbuka kepada pemain berumur 17 tahun ke atas.
โœ… Pemain berumur 18 tahun ke bawah wajib mendapat kebenaran ibu bapa atau penjaga.
โœ… Hadir dengan pakaian latihan bola sepak yang sesuai.

Rebut peluang. Tunjukkan kualiti. Menang tempat dalam skuad.

๐‘ซ๐‘ฌ๐‘ด๐‘ฐ ๐‘ณ๐‘ฌ๐‘ต๐‘ช๐‘จ๐‘ต๐‘จ ๐‘ซ๐‘ฐ ๐‘ซ๐‘จ๐‘ซ๐‘จ โค๏ธ๐Ÿ’›

SELAMAT HARI SARAWAK 22 JULAI 2026!Dari Evoke Football Club buat seluruh rakyat Sarawak.Berbeza budaya, satu jiwa. Bersa...
22/07/2026

SELAMAT HARI SARAWAK 22 JULAI 2026!

Dari Evoke Football Club buat seluruh rakyat Sarawak.
Berbeza budaya, satu jiwa. Bersama kita melangkah, bersatu kita gagah. Sarawak maju, rakyat sejahtera!

Sarawak, Tanah Airku. โค๏ธ๐Ÿ–ค๐Ÿงก
Sarawak Maju Makmur,Segulai Sejalai๐Ÿค

Liga Sarikei bakal kembali.Evoke Fc antara salah satu kelab yang bakal menghangatkan liga tersebut nanti.Pemain lama dan...
15/06/2026

Liga Sarikei bakal kembali.Evoke Fc antara salah satu kelab yang bakal menghangatkan liga tersebut nanti.Pemain lama dan baru bakal dipilih untuk berentap di liga itu nanti.Nantikan senarai akhir 25 orang pemain akan dipilih membarisi Skuad Evoke FC โ€ผ๏ธ Jom anak muda Julau dan kawasan sekitar.Pemilihan pemain akan dibuat tidak lama lagi.Barisan pemain Evoke FC yang sedia ada,diminta bersiap sedia dari segi fizikal dan mental untuk mewakili kelab di kejohanan bola sepak Liga S 2026 itu nanti.๐Ÿ’ช๐Ÿป

Semalam 11 April 2026 Team Pengurusan Evoke FC telah menghadiri mesyuarat PBBS Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei di ...
12/04/2026

Semalam 11 April 2026 Team Pengurusan Evoke FC telah menghadiri mesyuarat PBBS Persatuan Bola Sepak Bahagian Sarikei di Bilik VIP Kompleks Sukan Sarikei.

Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Presiden PBBS, Cr. Hj. Qalam Iko itu memperincikan perancangan & takwim PBBS bagi tahun 2026.

Turut di bincangkan perancangan awal bagi persediaan untuk menghadapi pertandingan Sarawak Premier League (SPL) 2026 yang akan bermula pada bulan Julai nanti.

Berita baik untuk Pemain Evoke FC dan seluruh pemain kelab2 di serata Sarikei.boleh dah ktakorg self training dan bersedia dari segi mental dan fizikal untuk menyertai Team Sarikei di Tournament2 yg akan datang๐Ÿ™

20/03/2026
๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 ๐ŸŒ™Dari padang ke hati, dari perjuangan ke kemenangan โ€”kami dari Evoke Footbal...
20/03/2026

๐ŸŒ™ Selamat Hari Raya Aidilfitri 1447H / 2026 ๐ŸŒ™

Dari padang ke hati, dari perjuangan ke kemenangan โ€”
kami dari Evoke Football Club ingin mengucapkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang menyambut.
Di hari yang penuh keberkatan ini,
kami memohon maaf zahir dan batin
atas segala kekurangan, kesilapan dan kelemahan.
Seperti dalam bola sepak,
setiap jatuh bangun mengajar kita erti kesatuan,
setiap cabaran menguatkan semangat berpasukan,
dan setiap kemenangan adalah hasil kebersamaan.
Semoga Syawal ini membawa
kegembiraan, keberkatan, dan kekuatan baru
untuk kita terus melangkah lebih jauh โ€”
di dalam padang, dan juga dalam kehidupan.
โœจ Bersatu Hati, Melangkah Penuh Semangat โœจ

Ikhlas daripada,
Evoke Football Club โšฝโ€

Salam sejahtera Dan Salam Malaysia madani kepada semua keluarga dan fans Evoke FC. Dengan ini admin mewakili seluruh ahl...
16/02/2026

Salam sejahtera Dan Salam Malaysia madani kepada semua keluarga dan fans Evoke FC.

Dengan ini admin mewakili seluruh ahli pengurusan Dan keluarga besar Evoke FC ingin mengucapkan selamat menyambut Tahun Baru Cina buat semua yang menyambut nya.

Happy Chinese new year and happy holidaysโ˜บ๏ธ

"Gong Xi Fa Cai! May your wealth and success gallop in as swiftly as a Fire Horse this year."

08/02/2026

AGM Sarikei FA 2026

Salam sejahtera, Salam satu jiwa Dan Salam Malaysia madani kepada semua. Wajah baru, semangat baru, pengurusan baru untu...
08/02/2026

Salam sejahtera, Salam satu jiwa Dan Salam Malaysia madani kepada semua.

Wajah baru, semangat baru, pengurusan baru untuk Sarikei FA.

Dengan ini admin selaku wakil Evoke FC management merakamkan ucapan Tahniah kepada Presiden baharu Sarikei FA iaitu Mr. Qalam atas pelantikan beliau Sebagai Presiden baru. Dengan harapan yang tinggi berharap agar tampok kepimpinan yang baharu ini dapat membawa Sarikei FA lebih jauh lagi dalam saingan bolasepak tempatan di Sarawak.

Pada peluang kali ini juga, Evoke FC management mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sarikei FA di atas jemputan untuk menjadi salah satu kelab gabungan di bawah naungan Sarikei FA. Semoga peluang Dan ruang untuk menjadi ahli gabungan ini dapat membawa Sarikei FA lebih unggul Dan berikan saingan sengit kepada persatuan bola Sepak yang ada di Sarawak.

Pada AGM kali ini juga beberapa pekara penting telah diusurkan untuk menghidupkan kembali Sarikei FA anataranya Ialah cadangan untuk melaksanakan Liga S seperti dahulu Dan juga pelantikan AJK baharu.

Semoga kerjasama ini dapat melahirkan lebih banyak peluang Dan ruang untuk mencungkil bakat bakat pemain di sekitar Sarikei, Bintangor, Julau, Pakan Dan Meradong.

Sekian dari admin,
Unit published Evoke FC management

Address

Julau
96600

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Evoke Football Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category