JPKK Kampung Sungai Danga

JPKK Kampung Sungai Danga JPKK Kampung Sungai Danga . Adalah merupakan badan yang mengendalikan pentabiran kampung sungai Danga

22/08/2026
20/08/2026
16 OGOS 2026|AHADAlhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Kampung Sungai Danga...
16/08/2026

16 OGOS 2026|AHAD

Alhamdulillah, selesai sudah Program Sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2026 Peringkat Kampung Sungai Danga “Zon Perling” yang berlangsung dengan penuh meriah di Dataran Kampung Sungai Danga.

Majlis pada hari ini turut diserikan dengan kehadiran YB Tuan Pannir Selvam a/l Paliksina, yang sudi meluangkan masa bersama-sama masyarakat setempat dalam memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan ini.

Kehadiran beliau amat dihargai dan menjadi satu penghormatan kepada seluruh warga Kampung Sungai Danga serta komuniti Zon Perling. 🇲🇾

Seawal pagi, program dimulakan dengan Semarak Subuh, diikuti dengan pelbagai aktiviti dan pertandingan yang berjaya menghimpunkan penduduk Kampung Sungai Danga serta masyarakat sekitar dalam suasana penuh semangat, keceriaan dan kebersamaan.

Pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya senam aerobik, Fun Run, sukaneka, Street Soccer, E-Sport FIFA 2025, pertandingan mewarna, pakaian beragam, memanah, gubahan bunga, Netball Shoot & Score Challenge serta pelbagai aktiviti menarik yang lain.

Pihak JPKK Kampung Sungai Danga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada Ahli Majlis MBIP Zon Perling En Mohamed Kamalruzaman bin Isa, semua agensi dan organisasi yang bekerjasama, pihak sekolah ,Guru-guru ,PIBG & KSIB SK Sungai Danga & Sk Taman Perling 3, masjid Kg Sg Danga,
Danga Boy,Pertubuhan Seni Silat Hulubalang Seligi Tunggal Johor Bahru,AIM Sri Danga para penaja, urus setia, sukarelawan, para peserta serta seluruh penduduk yang hadir dan bersama-sama menjayakan program ini.

Tidak dilupakan juga kepada semua yang telah bertungkus-lumus dari peringkat awal persiapan sehingga program selesai. Kejayaan program ini adalah hasil kerjasama, komitmen dan semangat gotong-royong semua pihak.

Semoga program seperti ini terus mengeratkan hubungan silaturahim, memupuk semangat perpaduan serta menyemarakkan rasa cinta dan bangga terhadap negara tercinta. ❤️🇲🇾

Selamat Menyambut Hari Kebangsaan Tahun 2026!
Bersama Kita Semarakkan Semangat Kemerdekaan! 🇲🇾






MESYUARAT AJK JPKK KG SG DANGA BIL.04/202629 April 2026 | Rabu | 9.00 Malam | Balairaya Kg Sg Danga
30/04/2026

MESYUARAT AJK JPKK KG SG DANGA BIL.04/2026
29 April 2026 | Rabu | 9.00 Malam | Balairaya Kg Sg Danga

29/04/2026

Address

Jalan Dewan Raya , Kampung Sungai Danga
Johor

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 13:00
Sunday 09:00 - 17:00

Telephone

+60107124768

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when JPKK Kampung Sungai Danga posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to JPKK Kampung Sungai Danga:

Shortcuts

Share