09/11/2025
Alhamdulillah...
Berakhir sudah Kejohanan Hoki PSKPPJ (Luar Musim) yang berlangsung di SK Sawah Ring, Tangkak.
Bukan sekadar kejohanan, tetapi menjadi platform untuk :
1) Merapatkan ukhwah guru secara berpasukan dalam daerah.
Secara automatik mengenali antara senior dan veteran di daerah masing-masing. Kadang-kadang muncul watak yang kita tak ketahui dari mana, tapi hebat bergambar dan mengomen tentang hoki. Kita boleh kenali bersama-sama di sini😊. Insyaallah, yang mana memang bermain untuk Johor, akan saling mengenali walaupun berbeza zaman dan waktu.
2) Merapatkan ukhwah guru di antara daerah.
Sebab mereka akan saling bekerjasama terutamanya ketika membawa pasukan untuk negeri Johor. Ada guru yang hanya terlibat untuk luar pendidikan. Ada juga guru yang hanya aktif di peringkat sekolah sahaja. Tak dikenali ramai, tapi dapat menjadi jurulatih yang menghasilkan bakat-bakat hebat di negeri Johor.
3) Menimba ilmu menguruskan dan melaksanakan kejohanan.
Dulu kejohanan MSSJ dilaksanakan secara bergilir. Maka, dalam menguruskan kejohanan, dapatlah menguatkan kerjasama sesama guru dalam daerah...
Dan atas dasar "modern hockey", kejohanan MSSJ kita fokuskan di tempat yang ada turf. Turf hanya ada di BP, JB, KT.
Disebabkan itu, komuniti hoki tidak dapat merasakan pengalaman untuk mengurus dan bekerjasama dalam kejohanan hoki. Oleh itu, PSKPPJ ini boleh dijadikan platform untuk pengalaman mengurus tersebut. 2 tahun sekali, kita bagi gilir😁. Sama-sama susun, sama-sama kita main tenang-tenang.
4) Pembangunan kepengadilan (telinga kuali)
Kalau nak "azankan" pengadil pun, rasa tak sampai hati. Sebab kawan sendiri😁. Pengadil baru, dapat timba pengalaman dengan tekanan intensiti ngeri di sini🤭. Ada Pengetua, ada Guru Besar, ada pegawai PPD dan lain-lain😂
5) Menguruskan pasukan sendiri.
Jika tak larat nak bermain, boleh menyumbang tenaga sebagai pengurus atau jurulatih pasukan. "Jangan menyombong😊". Sama-sama penat yaa.
Semua boleh menyumbang tenaga dari pelbagai aspek. Sebab kejohanan ini, ditampung oleh diri sendiri.
Macam mana kita mengurus pasukan kita, macam tu jugalah gambaran kita mengurus pasukan MSSJ.
Secara ringkasnya, kejohanan kali ini yang dilaksanakan di padang rumput (setelah 15 tahun), rata-rata mendapat reaksi positif dari semua...
Setinggi-tinggi jutaan terima kasih kepada PPD Tangkak (Unit Sukan), PTPS Tangkak (Cikgu Raja), SK Sawah Ring (Cikgu Dalin) di atas pengelolaan yang mantap dan dalam "class" tersendiri. Another round next year ya!😁. Penampilan khas, Ketua Kampung Sawah Ring yang hadir menonton final.
Tahniah kepada semua pasukan yang bertanding. Juga kepada Team Pontian yang berjaya menjadi juara serta mempertahankan kejayaan yang lepas. Kepada yang tak berjaya, kita training atas padang lagi sebab kita dah tak sebut bola itu bulat, tapi kita sebut, "padang itu tak rata"😁. Jumpa lagi untuk Edisi Padang Ke-2 tahun hadapan.
Final Result :
Johan : Pontian
Naib Johan : Pasir Gudang
Ketiga : Johor Bahru
Keempat : Muo Maju 2030