09/08/2024
MATCHDAY
LIGA SUPER 2024/2025 | LS07
JOHOR DARUL TA'ZIM FC vs KEDAH DARUL AMAN FC
Pertembungan antara pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Johor Darul Ta'zim FC (JDT FC) buat kali ketiga musim ini dan kedua berturut-turut. Setelah disingkirkan oleh JDT FC pada saingan separuh akhir Piala FA baru-baru ini, pasukan KDA FC sudah pastinya mahu melupakan kekalahan lalu dan turun ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI) sekali lagi dengan misi yang berbeza.
Misi untuk mencuri mata di SSI mungkin dilihat sukar dan juga agak mustahil dengan prestasi semasa pasukan dan keupayaan barisan pemain JDT FC yang dilihat berkelebihan dari segala aspek. Namun jika dilihat pada aksi separuh akhir Piala FA perlawanan pertama antara KDA FC dan JDT FC, KDA FC mampu memberi saingan dan tidak mustahil sekurang-kurangnya mengutip satu mata di SSI.