03/07/2025
Kejohanan Silat Challenge Tertutup Kuala Langat 2025
Alhamdulillah dan Tahniah kepada Pasukan Silat Lincah Kuala Langat (Lincah Selangor) atas pencapaian yang amat membanggakan dalam Kejuaraan Silat Challenge Tertutup Kuala Langat 2025, yang telah berlangsung pada 28hb–29hb Jun 2025 bertempat di Dewan Sri Jugra, Telok Datok, Banting, Selangor.
Kejohanan ini telah dianjurkan oleh Persatuan Silat Kebangsaan (PESAKA) Daerah Kuala Langat dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kuala Langat, melibatkan seramai 150 orang peserta dari pelbagai pasukan silat di daerah ini.
Tujuan utama kejohanan ini adalah bagi mencari pesilat terbaik yang akan mewakili Daerah Kuala Langat ke peringkat Kejohanan Antara Daerah yang akan datang.
Dengan semangat juang dan latihan yang konsisten, Pasukan Silat Lincah Kuala Langat berjaya membawa pulang:
🥇 5 Emas
🥈 4 Perak
🥉 8 Gangsa
➡️ Jumlah keseluruhan: 17 pingat daripada 20 pesilat bertanding
Semoga kejayaan ini menjadi batu loncatan untuk lebih banyak kejayaan di masa hadapan, serta menyemarakkan lagi semangat anak muda dalam meneruskan warisan seni silat tanah air.