Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan - PSOK

Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan - PSOK N-KTN-14476

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾 ​Kemerdekaan sebenar bermula dari dalam diri—apabila kita membebaskan jiwa daripada sifat ...
31/08/2026

Merdeka! Merdeka! Merdeka! 🇲🇾

​Kemerdekaan sebenar bermula dari dalam diri—apabila kita membebaskan jiwa daripada sifat mementingkan diri dan menggantikannya dengan kasih sesama manusia serta cinta yang mendalam terhadap tanah air.
​Marilah kita semai taat setia yang teguh dan tekad untuk memelihara bumi bertuah ini. Biar anak-anak dan generasi masa depan menyaksikan bahawa kita adalah jiwa-jiwa yang sanggup berkorban demi mempertahankan tanah tumpahnya darah kita.
​Bumi ini amanah kita. Tugas kita adalah mencintai, menjaga, dan memeliharanya agar maruah negara tidak sesekali tergadai.

WELCOME TO OUR COMMUNITYTahniah PSOKKR atas kelulusan mnjdi ahli gabungan PSOK. Semoga kerjasama ini dpt membantu PSOK m...
10/07/2026

WELCOME TO OUR COMMUNITY

Tahniah PSOKKR atas kelulusan mnjdi ahli gabungan PSOK. Semoga kerjasama ini dpt membantu PSOK melahirkan atlet orienteering di negeri Kelantan dan amnya di Daerah KUALA KRAI. Persatuan peringkat daerah ini merupakan persatuan yang sah berdftr dengan PJS dan merupakan ahli gabungan berdftr bersama PSOK. 1 More To Go. PSOKBR.




23/06/2026
KARNIVAL SUKAN ORIENTEERING (KASOK) 2026 telah melabuhkan tirainya. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ybrs. En. Mo...
23/06/2026

KARNIVAL SUKAN ORIENTEERING (KASOK) 2026 telah melabuhkan tirainya. Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ybrs. En. Mohd Saipuddin Bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan. Program ini berlangsung pada 20-22 Jun 2026 di bawah Dana Sukan Komuniti (DSK). Dengan kerjasama IPG Kampus Kota Bharu, program orienteering ini mendapat sambutan di peringkat awal melaui penglibatan dari bakal guru.

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026Assalamualaikum dan Salam Sejahte...
02/06/2026

KURSUS ASAS KEJURULATIHAN REKREASI LUAR (OUTREC) TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Sukacita dimaklumkan bahawa pendaftaran bagi Kursus Asas Kejurulatihan Rekreasi Luar (OUTREC) Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 kini dibuka kepada individu yang berminat untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang rekreasi luar serta kejurulatihan.

Objektif Kursus :
✅Memberi pendedahan asas mengenai konsep dan amalan rekreasi luar.
✅Membangunkan kemahiran kejurulatihan dan kepimpinan dalam aktiviti rekreasi.
✅Memahami aspek keselamatan, pengurusan risiko dan etika dalam aktiviti luar.
✅Melahirkan jurulatih rekreasi luar yang berpengetahuan dan berkemahiran.

📅Tarikh: 17 - 20 Jun 2026 (Rabu-Sabtu)
⏰Masa: 2.00 petang / 17 Jun 2026 (Rabu) -Pendaftaran
📍Tempat: Taman Rimba Sungai Ketil, Gua Musang
📌Yuran Penyertaan: PERCUMA
❗️Sasaran Peserta: Belia, pendidik, jurulatih, pemimpin komuniti dan individu yang berminat.

Syarat Penyertaan❗️
✅Berumur 18 tahun ke atas.
✅Sihat tubuh badan dan mampu menyertai aktiviti luar.
✅Berminat dalam bidang rekreasi luar dan pembangunan kejurulatihan.

Pendaftaran boleh dibuat sebelum 9 Jun 2026 (Selasa) melalui pautan berikut:

https://forms.gle/tRsJJHx2Uih8CT1u7

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Puan Ainaa : 0199078103
Encik Fazrin : 0134097327

Tempat adalah terhad❗️❗️❗️
✅Penyertaan awal amat digalakkan.

"Membina Kompetensi, Memperkasa Kepimpinan Rekreasi Luar"

Sekian, terima kasih.

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan da...
26/05/2026

🌙 Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha 1447H / 2026M 🌙

Semoga Aidiladha yang mulia ini membawa keberkatan, ketenangan dan kebahagiaan kepada seluruh umat Islam.
Marilah kita bersama menghayati nilai pengorbanan, keikhlasan dan kasih sayang dalam memperkukuhkan ukhuwah sesama insan.

✨ Salam Aidiladha, Maaf Zahir dan Batin ✨

18/05/2026

KURSUS TALI TINGGI SEACF TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN TAHUN 2026

GUA MUSANG, 17 Mei 2026 - Cawangan Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dengan kerjasama South East Asia Climbing Federation (SEACF) & Kelab Mendaki Terapul telah menganjurkan Kursus Tali Tinggi SEACF Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 pada 15 hingga 16 Mei 2026 yang lalu, bertempat di Taman Etnobotani, Gua Musang. Penyertaan seramai 35 orang peserta terdiri daripada belia dan penggiat rekreasi di seluruh negeri Kelantan. Menariknya kursus ini turut disertai oleh En. Hazri Nizam bin Zakaria, Timbalan Pengarah (Sukan), Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

Kursus Tali Tinggi SEACF Tahap 1 merupakan kursus asas yang dirangka bagi meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kefahaman peserta dalam pengendalian aktiviti tali tinggi mengikut standard antarabangsa. Objektif kursus ini adalah bertujuan untuk melahirkan tenaga penggerak berkualiti dan bertauliah dalam bidang tali tinggi mengikut standard SEACF serta memberi pendedahan tentang teori dan amali asas tali tinggi, disamping menguasai teknik penggunaan peralatan dengan betul dan selamat.

Kaedah pelaksanaan kursus selama 2 hari ini meliputi modul teori yang dijalankan melalui sesi penerangan dan perkongsian oleh jurulatih bertauliah, disertai dengan demonstrasi serta perbincangan kumpulan bagi memudahkan pemahaman peserta.

Peserta telah diperkenalkan kepada asas kursus, standard dan kod etika SEACF, peralatan tali, simpulan asas serta prosedur kerja tali tinggi dengan menekankan aspek keselamatan dan pengurusan risiko. Pendekatan ini secara tidak langsung membantu peserta memahami konsep secara teori sebelum diaplikasikan dalam latihan praktikal.

Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh En. Mohd Saipuddin bin Zakaria, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan.

30/04/2026

🔥🪢KURSUS TALI TINGGI SEACF TAHAP 1 PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2026🪢🔥

Minat terhadap Sukan Mendaki & Tali Tinggi???

Anda ingin belajar teknik-teknik pengendalian Tali Tinggi SEACF yang betul??? Inilah Masanya !!!

Jom sertai Kursus Tali Tinggi SEACF Tahap 1 Peringkat Negeri Kelantan 2026 anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan

📍 Lokasi: Taman Etnobotani, Gua Musang
📆 Tarikh: 15-16 Mei 2026 (Jumaat-Sabtu)
⏰ Masa: 2.30 petang / 15 Mei 2026 (Jumaat) - Pendaftaran
🧗‍♀️Penyertaan PERCUMA❗
🧗🏾‍♀️Makan minum & penginapan disediakan
🚗 Kenderaan sendiri ke tempat kursus

Terbuka kepada :
✅ Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas
✅ Sihat tubuh badan dan tidak mempunyai masalah kesihatan
🚨 TERHAD kepada 20 orang peserta terawal! (tertakluk kepada terma & syarat penyertaan)

🔗 Link Pendaftaran : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSeIfg1R_Q_HbbyO8kY5Xhx2sBXLYMUryDCc7Juc_cAFEWAZqQ/viewform?usp=dialog

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi :
Pn. Ainaa : 0199078103
En. Fazrin : 0134097327





Penutup penuh bermakna! 💚Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Aina Diyyana Binti Mokhtar mewakili Pengarah Jabatan Be...
01/04/2026

Penutup penuh bermakna! 💚
Setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan Aina Diyyana Binti Mokhtar mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan atas perasmian penutup Kelantan Orienteering Challenge 2026, serta Encik Shahabuddin bin Deraman atas sokongan padu.
Selama 28–30 Mac 2026, seramai 30 peserta telah menyahut cabaran di Taman Etnobotani KESEDAR, Gua Musang, Kelantan dengan penuh semangat!
Teruskan aktif, teruskan mencabar diri! 💪🧭



Kejohanan yang memerlukan kemahiran bernavigasi.
26/02/2026

Kejohanan yang memerlukan kemahiran bernavigasi.

Kuala Nerus 2026: Ledakan Evolusi Sukan Orienteering Terengganu!
Dunia navigasi kini berubah! Persatuan Sukan Orienteering Negeri Terengganu (PSOT) dengan bangganya membawakan Kejohanan Orienteering Peringkat Negeri Terengganu 2026 pada 3 – 4 April ini di Kuala Nerus. Bukan sekadar larian biasa, edisi kali ini bakal mencatat sejarah sebagai penganjuran paling canggih pernah diadakan di bumi Terengganu.

Buat julung kalinya, kami memperkenalkan Sistem Huichang — teknologi yang baru sahaja mendapat pengiktirafan International Orienteering Federation (IOF) pada 2025. Teknologi ini memastikan setiap saat larian anda dimanfaatkan sepenuhnya dengan ketepatan rekod masa yang profesional.

Sebagai ahli gabungan Persatuan Sukan Orienteering Malaysia (PESOM), misi kami jelas: Mencari "Ubi Muda" untuk digilap menjadi atlet bertaraf dunia seperti di pentas World Ranking Event (WRE). Ini bukan sekadar ujian stamina, tetapi pertembungan antara kepintaran navigasi dan kepantasan fizikal mengikut piawaian antarabangsa yang sangat ketat.

Adakah anda "permata" yang kami cari? Sertai kami di Kuala Nerus dan rasai sendiri pengalaman sukan masa hadapan. Sahut cabaran, kuasai peta, dan jadilah sebahagian daripada sejarah revolusi sukan negeri!

Pendaftaran dibuka untuk 200 peserta sahaja.
Kategori: IPT [Lelaki / Wanita]
Kategori: Terbuka [Lelaki / Wanita]
Pautan Pendaftaran: https://tinyurl.com/yxp8vfp7
Yuran Penyertaan: RM65.00
Tarikh tutup pendaftaran: 5 Mac 2026 [Jam 2.00 Petang]



Untuk sebarang pertanyaan: Izham 012-9833560

Address

Lot 355, Kg. Teratak Pulai
Jelawat
16370

Telephone

+60134097327

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan - PSOK posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Persatuan Sukan Orienteering Negeri Kelantan - PSOK:

Shortcuts

Share

Category