Kelab Bola Sepak ATM Gladiator Ipoh

Kelab Bola Sepak ATM Gladiator Ipoh Ditubuhkan pada tahun 2015. Pusat latihan di Padang Pernama Markas 2 Briged Ipoh

01/02/2026

Alhamdulillah, Kejohanan Piala Akademi Gladiator telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih kepada semua pasukan, jurulatih, pengadil & ibu bapa.Anda semua sebahagian dari kejayaan ini.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada Penaja Utama, Qlasco Toys Ipoh, atas sokongan dan kepercayaan yang diberikan.

28/01/2026

Selamat datang ke ipoh kepada semua team yang akan bertanding merebut piala, kejohanan piala akademi gladiators ipoh 2026.

26/01/2026

Piala Akademi Gladiator U12 & U11
31/1/2026
Padang ATM Gladiator

26/07/2025

Setelah hampir 2 minggu tiada weekly training disebabkan padang ATM digunakan untuk joint excersie army, para coaches hari ini memberi tumpuan kepada pemulihan tahap kecergasan pelatih dan kawalan bola.

Antara fokus utama dalam sesi latihan minggu ini ialah:
✅ Larian ringan & latihan interval
✅ Pemulihan kecergasan asas (fitness base recovery)
✅ Foam rolling & stretching otot utama
✅ Dribbling dan ball control
✅ Refresh taktik & posisi dalam padang

Kita kembali perlahan-lahan tetapi dengan semangat yang lebih kuat.
Momentum kena ‘on’ semula! 💪⚽️

🏆 JUARA BERGAYA! 🏆Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan buat Kelab Bola Sepak ATM Gladiators apabila kedua-dua kat...
31/05/2025

🏆 JUARA BERGAYA! 🏆

Alhamdulillah, satu pencapaian membanggakan buat Kelab Bola Sepak ATM Gladiators apabila kedua-dua kategori U10 dan U8 berjaya merangkul kejuaraan dalam Pestabola Teluk Intan 2025, Piala Dato’ Haji Mohd Azhar bin Jamaluddin yang diadakan baru-baru ini : 18 Mei 2025

Semangat juang, disiplin tinggi dan kerjasama padu para pemain cilik ini membuktikan bahawa usaha gigih pasti membuahkan hasil. Terima kasih kepada jurulatih dan ibu bapa yang sentiasa memberi dorongan dan sokongan tidak berbelah bahagi. 🙌💪

Ini baru permulaan. Akar umbi yang kuat, insyaAllah bakal melahirkan bintang bola sepak negara suatu hari nanti! 🌟🇲🇾







04/05/2025

“Beginilah suasana sebenar latihan ATM Gladiator!”

Setiap Sabtu dan Ahad, dari pukul 5.00 petang hingga 7.00 malam, inilah waktu kami mencabar diri, fizikal, mental dan semangat berpasukan.

Dalam 2 jam latihan ini, bukan sekadar push-up, sit-up atau larian. Kami belajar tentang disiplin. Kami diajar untuk bertahan bila badan dah penat, tapi semangat tak boleh padam. Kami bina kekuatan bukan untuk gagah semata-mata, tapi untuk jadi versi diri yang lebih baik setiap minggu.

Video ni cuma secebis dari apa yang kami lalui setiap sesi.

Datang & sertai kami.
- Latihan Setiap Sabtu & Ahad | 5.00 – 7.00 petang
- Padang Pernama (sebelah mr steak house)
Bawa semangat, pakaian sukan & air mineral. Yang lain-lain, kami akan ajar.

ATM Gladiator bukan sekadar kelab.
Ini medan tempaan jiwa & badan.

19/04/2025

Sekitara Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri ATM Gladiator 2025

Address

Padang Pernama, Markas 2 Briged
Ipoh
30450

Telephone

+60149504274

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Kelab Bola Sepak ATM Gladiator Ipoh posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Kelab Bola Sepak ATM Gladiator Ipoh:

Shortcuts

Share

Category