Al Qasr Sports Centre / Qaseh Qasrina

Al Qasr Sports Centre / Qaseh Qasrina Satu lokasi yang menarik yang jauh dari hingar bingar kota. Venue yang luas dihiasi dengan keindahan

Alhamdulillah syukur
30/08/2026

Alhamdulillah syukur

Ikhtiar Untuk Rakyat sempena Hari Kebangsaan 2026.

Bersama melangkah ke masa depan, demi kesejahteraan rakyat.



Alhamdulillah
30/08/2026

Alhamdulillah

PMX umum kerajaan akan menaikkan ambang pengecualian e-Invois daripada jualan tahunan RM1 juta kepada RM3 juta.

Apa maksud ni?

Ni bermakna perniagaan dengan jualan bawah RM3 juta setahun tak lagi diwajibkan menggunakan sistem tu.

Aakaannn tetapi! Ini bukan bermaksud syarikat untung RM3 juta, tetapi jumlah jualannya RM3 juta atau purata kira-kira RM250,000 sebulan.

Golongan yang paling mendapat manfaat ialah perniagaan dalam lingkungan jualan RM1 juta hingga RM3 juta yang sebelum ini sudah termasuk dalam fasa wajib e-Invois.

Dari sudut peniaga kecil, langkah ini memang melegakan sebab jualan besar tak semestinya untung besar.

Katakanlah perniagaan dengan jualan RM3 juta tetapi margin bersih cuma 10 peratus hanya memperoleh sekitar RM300,000 setahun sebelum cukai, sedangkan mereka masih perlu menanggung gaji pekerja, sewa, perisian akaun dan bayaran khidmat akauntan.

Jadi kerajaan sebenarnya mengakui bahawa kos serta kerumitan pematuhan e-Invois boleh jadi terlalu berat untuk perniagaan yang masih kecil, lebih-lebih lagi jika mereka banyak beroperasi secara manual.

Cuma dari sudut kerajaan, pengecualian lebih luas ini ada risikonya kerana e-Invois sudah terbukti membantu mengesan pendapatan yang sebelum ini tidak dilaporkan.

Sejak sistem ini bermula pada Ogos 2024, LHDN dilaporkan berjaya mendorong lebih 52,540 pembayar cukai mengisytiharkan tambahan pendapatan bercukai sebanyak RM4.07 bilion, sekali gus menghasilkan kira-kira RM1 bilion cukai tambahan.

Apabila perniagaan berjualan sehingga RM3 juta dikeluarkan daripada sistem wajib, sebahagian transaksi dalam sektor tunai mungkin kembali lebih sukar dijejaki.

Secara keseluruhannya, langkah ini bagus untuk kurangkan tekanan segera kepada PKS, tetapi ia juga boleh memperlahankan usaha kerajaan mendigitalkan sistem percukaian dan mengecilkan ekonomi bayangan.

Jalan tengah yang lebih baik ialah peniaga bawah RM3 juta dikecualikan daripada kewajipan dan penalti, tetapi tetap digalakkan menggunakan MyInvois secara sukarela dengan sistem percuma yang lebih mudah.

30/08/2026

Kumpulan antirasuah C4 mempersoalkan macam mana akaun Tabung Haji bagi 2017 boleh menunjukkan keuntungan RM3.4 bilion, sedangkan semakan PwC dan dapatan RCI menyatakan TH sepatutnya mencatat kerugian sekitar RM1.4 bilion jika MFRS digunakan sepenuhnya.

Memang betul kaedah, skop dan tujuan audit boleh berbeza, tetapi apabila perbezaannya sampai RM4.8 bilion dan menukar gambaran daripada untung kepada rugi, penjelasan “apple dengan orange” sahaja memang tak cukup.

Kena faham juga, RM4.8 ialah perbezaan keputusan kewangan selepas mengambil kira perkara seperti rosot nilai pelaburan, penilaian aset dan bagaimana pendapatan diiktiraf.

Tetapi ia tetap sangat serius kerana angka keuntungan itulah yang digunakan untuk menggambarkan TH berada dalam keadaan sihat dan menjadi asas kepada keputusan membayar hibah, sedangkan RCI mendapati aset TH sebenarnya sudah lebih rendah daripada liabiliti sejak 2014.

Sebab itu cadangan supaya amalan Jabatan Audit Negara disemak memang ada asas, bukan untuk terus menghukum juruaudit tetapi untuk menjawab siapa memilih kaedah tersebut, apakah amaran yang sudah diketahui, kenapa akaun masih menerima pendapat audit tanpa teguran dan siapa meluluskan hibah ketika kedudukan sebenar TH begitu lemah.

Kalau semua pelarasan RM4.8 bilion diterangkan satu per satu kepada orang ramai, barulah kita boleh tentukan sama ada ini sekadar perbezaan pertimbangan profesional atau kegagalan audit dan tadbir urus yang jauh lebih besar.

25/08/2026

Hakikatnya ialah Skim Pak Man Telo, pusing duit pelabur utk bayar hibah kerana duit pelaburan sudah kena sakau dan saham2 Dan tanah2 yang dibeli jauh dari nilai pasaran sebenar.
Senang cerita TH beli pada harga 10-20 tahun akan datang ha ha ha kan jahat mereka yang buat keputusan tsbt.

24/08/2026

Dulu tahun 80-an bank komersial memang tak layan orang miskin especially luar bandar terutamanya wanita.

Jadi Anwar Ibrahim minta USM kaji konsep Grameen Bank untuk dibuat di Malaysia. Maka wujudlah Amanah Ikhtiar Malaysia..

Projek perintis libatkan 373 keluarga miskin. Hari ni dah jadi mikrokredit paling besar di Asia Tenggara. Hampir 1 juta wanita telah dibantu keluar dari miskin tegar.

Ini antara usaha memartabatkan ekonomi rakyat.

Kenapa org Kristian gambarkan Jesus,angel dll putih dan yang jahat dan selalunya hitam atau coklat?
23/08/2026

Kenapa org Kristian gambarkan Jesus,angel dll putih dan yang jahat dan selalunya hitam atau coklat?

This Muhammad Ali interview reads like a set on a late-night show.

Address

Batu 11, Kg Sg Serai
Hulu Langat
43100

Opening Hours

Monday 08:00 - 23:55
Tuesday 08:00 - 23:55
Wednesday 08:00 - 23:55
Thursday 08:00 - 23:55
Friday 08:00 - 23:55
Saturday 08:00 - 23:55
Sunday 08:00 - 23:55

Telephone

+60192262173

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Al Qasr Sports Centre / Qaseh Qasrina posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Contact The Business

Send a message to Al Qasr Sports Centre / Qaseh Qasrina:

Shortcuts

Share