KELAB Sepaktakraw Tanjung Tokong

KELAB Sepaktakraw Tanjung Tokong Kelab ini ditubuhkan bagi mencungkil bakat dalam sukan sepaktakraw terutamanya di Tanjung Tokong

20/12/2024

Teknik yang menarik untuk belajar break ball

20/12/2024
"Kawan Bukan Lawan" Assalamualaikum semua, semalam kelab bertandang ke Batu Feringghi bagi perlawanan persahabatan di an...
19/12/2024

"Kawan Bukan Lawan"

Assalamualaikum semua, semalam kelab bertandang ke Batu Feringghi bagi perlawanan persahabatan di antara BFTC dan TTSC , alhamdulilah layan depa ni, semua memang rancak la, terimakasih kami ucapkan kepada BFTC kerana sudi menganjurkan perlawanan tersebut, inshaAllah dengan adanya semangat seperti ini kita dapat melahirkan bakat2 yang ada di komuniti kita dan juga yang paling penting dapat mengeratkan persahabatan kita, inshaAllah kita jumpa lagi.

"Dalam court kami lawan, luar court kami kawan"


" Ada Game Kita Layan" Assalamualaikum rakan-rakan muka buku semua, hari ni KELAB Sepaktakraw Tanjung Tokong turun ke Ba...
07/12/2024

" Ada Game Kita Layan"

Assalamualaikum rakan-rakan muka buku semua, hari ni KELAB Sepaktakraw Tanjung Tokong turun ke Batu Feringghi bagi Kejohanan Sepaktakraw anjuran JPKKP Batu Feringghi,

Sapa yang free tu boleh la mai support 😁, lokasi kejohanaan belakang masjid Ar Rahman Batu Feringghi,

"Usaha Sampai Boleh"


"Menang kalah adat permainan"Gambar sesi latihan yamg sempat dirakamkan bagi persediaan untuk pertandingan pada hujung m...
02/12/2024

"Menang kalah adat permainan"

Gambar sesi latihan yamg sempat dirakamkan bagi persediaan untuk pertandingan pada hujung minggu ini, seperti biasa coach yang membawa latihan iaitu Haji Toy kita..


20/11/2024

"The Living Legend"

Coach kami masuk tv oiii😁

Haji Rozali atau lebih dikenali sebagai Haji toy merupakan antara lagenda sepaktakraw yang berasal dari Tg Tokong.

Buat pengetahuan rakan-rakan muka buku , buat masa sekarang Haji Toy merupakan jurulatih utama kelab ini. InshAllah dengan semangat dan pengalaman yang ada pada beliau kelab ini boleh mengembalikan semangat dan kemampuan yang sama suatu ketika dahulu terutamanya di Tanjong Tokong.

"we learn from the best but we never claim that we are the best"

16/11/2024

"wa pon local citizen city"

Assalamualaikum semua,

InshAllah 23 November 2024 (Sabtu) ni kelab akan adakan perlawanan persahabatan 3 penjuru bersama badan beruniform iaitu Balai Bomba Bagan Jermal dan Balai Polis Tanjong Tokong,

Kerjasama ini merupakan usaha menjalinkan hubungan dari segi semangat kesukanan di antara penduduk setempat, ahli kelab dan badan beruniform. Usaha ini juga merupakan salah satu cara pihak Kelab Sepaktakraw Tanjung Tokong membantu kerajaan ataupon pihak KBS dalam inisiatif pembangunan bakat sukan badan beruniform.

Jadi bagi rakan-rakan muka buku yang berkelapangan boleh turun padang untuk memberikan sokongan , kita jumpa sabtu ni.😁

"Jaga2 makin laju kami dok mai ni"


"Kita upgrade" Alhamdulilah hari ini kami menerima kunjungan dari Yb Daniel Gooi 魏子森  Exco Belia, Sukan & Kesihatan P.Pi...
11/11/2024

"Kita upgrade"

Alhamdulilah hari ini kami menerima kunjungan dari Yb Daniel Gooi 魏子森 Exco Belia, Sukan & Kesihatan P.Pinang bagi melihat keadaan semasa gelangang dan kawasan latihan dijalankan.

Kami mengucapkan terimakasih kepada Yb dan pihak2 yang turut hadir pada hari ini.

InshAllah kita akan bekerjasama dengan pihak YB bagi membangunkan kembali sukan sepaktakraw di dalam Tg Tokong.

"Hampa jaga kami dok mai dah"


"Throwback bulan 10"Telah berlansungnya Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Dan Jemputan Tanjong Tokong anjuran JPKKP Kampung...
10/11/2024

"Throwback bulan 10"

Telah berlansungnya Kejohanan Sepaktakraw Tertutup Dan Jemputan Tanjong Tokong anjuran JPKKP Kampung Warisan Tanjong Tokong dan Ikatan Belia Tanjong Tokong dengan kerjasama Kelab Sukan Asas Abadi,

Somoga usaha ini dapat diteruskan lagi demi anak anak Tanjong Tokong.

"Kelab Sepaktakraw Tanjung Tokong "

Kami dok mai dah ni 😁


09/11/2024

"Tanjong Tokong comeback"

Antara sesi latihan yang dapat dirakamkan petang tadi.

Buat pengetahuan rakan2 muka buku , kelab ini ditubuhkan untuk mengembalikan pemain sepaktakraw yang dah lama terpendam di sini,
Usaha sama legend sepaktakraw iaitu Haji Rozali @ Haji Toy yang akan mengemudi latihan.

Tanjung Tokong Sepaktakraw Club akan kembali mencipta nama

Hampa tunggu kami dok mai dah😁


Address

George Town
10470

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KELAB Sepaktakraw Tanjung Tokong posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Share

Category