16/10/2024
Berkuda Bersama Walis: Pengembaraan Kami di Tengah Hujan
Sebagai seorang pencinta s**an ekstrem, aku, Adtop, dan Mtop sering mencari cabaran baru untuk memacu adrenalin. Kami biasanya bersama-sama terbang paramotor, tetapi kali ini kami tukar angin — Adtop ajak turun menunggang kuda p**ak! Since Adtop dah buat booking semua so kita ON je.
Cuaca pada hari itu mendung, awan gelap berkumpul di langit, tapi itu tidak mematikan niat kami. Kami tetap dengan keputusan untuk meneruskan pengembaraan ini.
Dah lama aku tak menunggang kuda, jadi perasaan sedikit canggung dan resah muncul. Dengan seorang pemandu yang menemani kami, kami mula menyusuri jejak hutan yang serba hijau. Sempit jalannya, dan kiri kanan pokok pokok hijau, Ada juga dahan pokok sebesar lengan tangan yang melintang ditengah jalan. Adtop, yang nampaknya dah biasa berkuda, kelihatan tenang mengawal haiwan besar itu. Begitu juga Mtop seorang yang lincah di udara, dan kini nampaknya handal di darat juga.
Namun, aku merasakan sedikit ketegangan di bahagian belakang yang mula memberi rasa tak selesa. Walau begitu, semangat tetap membara! Kami teruskan perjalanan sambil berbual dan menikmati keindahan alam yang menenangkan jiwa.
Di pertengahan jejak, tanpa diduga, hujan mulai turun perlahan-lahan. Langit yang suram mula mencurahkan air, dan lama-kelamaan hujan makin lebat. Kami cepat-cepat mencari tempat berlindung di bawah bangsal kecil, menunggu hujan berhenti. Suasana ketika itu sangat mendamaikan, walaupun agak mencabar. Hujan membawa satu lagi elemen keseronokan dalam pengembaraan kami.
Tapi, dengan hujan yang tak kunjung reda dan hari yang semakin gelap, kami akhirnya memutuskan untuk kembali ke kandang. Walaupun perjalanan terpaksa dipendekkan, pengalaman menunggang bersama sahabat-sahabat seperti Adtop dan Mtop memang tidak ternilai. Bukan sahaja kami menguji diri, tetapi juga merapatkan lagi ikatan persahabatan kami.
Pengalaman ini, meskipun penuh cabaran, tetap membawa kegembiraan. Sama seperti ketika kami meluncur di udara dengan paramotor, menunggang kuda juga memberikan rasa kebebasan yang luar biasa. Cuaca buruk tidak pernah menjadi penghalang untuk kami mencari keseronokan dan menikmati detik-detik pengembaraan bersama.
🚁🐎 Mencari pengembaraan seterusnya? Paramotor atau kuda, apa apa je—janji rock