13/06/2023
CCC X EZR @ KAYUHAN AMAL: NUREENA BATRISYA
Kayuhan untuk mengumpul dana bagi membantu meringankan kos rawatan dan pembedahan adik Nureena Batrisya iaitu anak kepada rakan kayuhan kita; Salmi dan Maizarina. Adik Nureena dijadualkan akan menjalani prosedur pembedahan jantung PVC pada tarikh 15 Jun 2023 di Hospital Serdang.
Kayuhan amal akan diketuai oleh EZR.Putrajaya dengan dua jarak kayuhan yang berlainan.
📅: 13-Jun-23, Selasa
⏰: 9.30pm (Roll-out) 🏁
📍 : Parking Jalan P3M, Putrajaya (Sebelah PoJ)
👚: THE SIRAP BANDUNG’S
🛣:
Group B (54km) - AVG 33-35 km/h (1 stop) - Putrajaya & Cyberjaya
Group C (27km) - AVG 30 km/h (1 stop) - Putrajaya
Untuk tujuan sumbangan dana, pihak penganjur akan menyediakan tabung sumbangan fizikal yang akan ditempatkan di kawasan RV dan Pit Stop. QR Code bagi sumbangan terus kepada saudara Salmi Mohd Ghazali turut disediakan.
Semoga dengan bantuan ini dapat meringankan sedikit beban yang perlu ditanggung dan memudahkan urusan keluarga Salmi dan Maizarina.
Untuk tujuan keselamatan ketika kayuhan, diminta semua pembalap ikut arahan pacer EZR & guideline yang disediakan.