16/07/2025
MBI vs MPSepang BC Tamat Sudah, Tapi Persahabatan Baru Bermula!
Selesai sudah perlawanan persahabatan badminton antara MPSepang BC dan Menteri Besar Incorporated (MBI) yang telah berlangsung dalam suasana penuh ceria dan semangat kesukanan!
Aksi-aksi hebat di gelanggang bukan sahaja mencuri tumpuan, malah menghiburkan semua yang hadir. Tapi yang paling mengujakan gelak tawa, sorakan rakan sepasukan dan semangat sporting kedua-dua pasukan sepanjang perlawanan.
Perlawanan ini telah menjadi satu pengalaman berharga untuk membina jaringan ukhwah dan menyemai semangat berpasukan antara kakitangan MPSepang dan MBI.
Terima kasih kepada semua pemain, urus setia dan penyokong yang menjayakan perlawanan ini.
Jumpa lagi di gelanggang akan datang lebih kuat, lebih bersatu!
Menteri Besar Selangor Incorporated